Wikipedia:Kriteria rencana baik
Suatu rencana baik mencerminkan hasil karya yang baik pada Wikipedia dan menunjukkan standard yang baik pada penulisan dan pembentangan. Di samping harus memenuhi sebahagian besar keperluan standard bagi rencana Wikipedia, rencana-rencana yang baik haruslah:
- Ditulis dengan baik, luas, mempunyai fakta tepat, neutral, tetap fokus pada topik dan stabil
- "Ditulis dengan baik" bermaksud bahawa prosanya menarik, dan ditulis dengan cukup baik.
- "Luas" bererti bahawa artikel membincangkan semua aspek utama
- "Fakta tepat" bererti bahawa pernyataan-pernyataan dapat dipastikan ke sumber dipercayai dan secara tepat mewakili bahan pengetahuan yang diterbitkan. Kenyataan disokong dengan bukti tertentu dan kutipan luar (lihat pemastian dan sumber dipercayai); ini merangkumi pengisian bahagian "Rujukan" yang menyenaraikan sumber, dan jika memungkinkan, dilengkapi dengan kutipan dalam badan artikel. Lihat sumber petikan untuk maklumat pada bila-bila dan bagaimana rujukan boleh diberikan dan untuk cadangan pemformatan rujukan; bentuk nota kaki dianjurkan untuk ini.
- "Neutral" bererti bahawa artikel mewakili pandangan secara adil dan tanpa bias (lihat sudut pandang netral); namun, artikel tidak perlu memberikan liputan terhadap pandangan minoriti secara berimbang.
- "Stabil" bererti bahawa artikel bukan merupakan bahan perang suntingan dan bahawa isi kandungannya tidak berubah secara bermakna dari hari ke hari; pembalikan vandalisme dan pembangunan berdasarkan usul peninjau tidak termasuk dalam pengertian ini.
- Bahagian pembuka yang menyimpulkan kesemua topik dan menyiapkan pembaca untuk butiran lebih lanjut dalam bahagian-bahagian berikutnya;
- Sistem hirarki judul yang baik; serta
- Bahagian senarai isi yang cukup tapi tak berlebihan (lihat bantuan bahagian);
- Mempunyai gambar yang tepat untuk subjek, dengan keterangan gambar yang mencukupi dan status hak cipta yang boleh diterima.
- Mempunyai panjang yang sesuai, tetap fokus pada topik utama tanpa terlalu menggali butir-butir yang tak perlu (lihat gaya abstrak).