Wikipedia:Laman serangan

Laman serangan adalah halaman, dalam mana-mana ruang nama, yang wujud untuk merendahkan atau mengancam subjeknya; atau bahan biografi yang sama sekali negatif dalam nada dan tidak mempunyai rujukan atau kurang rujukan. Di bawah kriteria untuk penghapusan segera, halaman-halaman ini tertakluk kepada penghapusan segera. Apabila menjumpai halaman sedemikian, kenalpasti untuk penghapusan segera dengan menyediakan templat {{db-attack}}, dan memberi amaran kepada pengguna yang membuatnya menggunakan templat amaran pengguna {{Attack}}. Halaman serangan harus dikosongkan.

Sebaik sahaja halaman ditandai dengan templat {{db-attack}}, ia akan ditambah kepada Kategori: Calon untuk penghapusan segera sebagai halaman serangan .

Jika subjek artikel itu memenuhi syarat kelayakan, tetapi halaman yang ada utamanya terdiri daripada serangan terhadap subjek atau orang yang hidup, dan tidak ada versi neutral dalam sejarah untuk diundurkan suntingannya maka halaman serangan tersebut harus dihapuskan dan rencana tunas yang sesuai harus ditulis bagi menggantikannya. Ini amat penting jika halaman tersebut mengandungi bahan biografi tentang orang yang masih hidup .

Halaman serangan yang layak untuk penghapusan segera mungkin berada di dalam atau di luar ruang nama utama . Walau bagaimanapun, dasar ini biasanya tidak diguna pakai bagi permintaan untuk komen, permintaan untuk pengantaraan, dan proses yang serupa (walaupun proses ini mempunyai panduan sendiri untuk penghapusan permintaan yang tidak sah atau buruk). Sebaliknya, menyimpan "senarai musuh" atau "senarai semua perkara buruk yang dilakukan oleh pengguna:XXX" di ruang pengguna anda tidak membina dan tidak sesuai. Ingat bahawa kunci untuk menyelesaikan pertikaian bukan untuk mencari dan menyenaraikan semua keburukan yang anda dapati pada seseorang.

Catatan kepada peyelia sunting

Apabila menghapuskan halaman serangan, adalah penting bahawa anda tidak memetik mana-mana kandungan ke dalam ringkasan penghapusan anda. Jika anda ingin menambah sebarang komen selain menggunakan pilihan "G10" dari menu lungsur turun, pastikan anda memasukkan hanya huraian ringkas tanpa butiran serangan.

Lihat juga sunting

Dasar