Wikipedia:Laman yatim

Rencana Yatim ialah laman yang tidak mempunyai pautan dari laman lain, tidak termasuk pautan antara bahasa. Ini bermaksud bahawa rencana yatim merupakan rencana yang sukar dicapai oleh pengguna.Untuk mengelakkan rencana anda menjadi rencana yatim anda boleh:

  • Mengkategorikan rencana anda
    Hal ini boleh dilakukan dengan memasukan arahan ini di bahagian terbawah rencana anda:
[[kategori: nama kategori]]
  • Meletakkan pautan yang memandu pengguna ke rencana anda di suatu rencana yang lain.
    Hal ini boleh dilakukan dengan mengenalpasti rencana berkaitan yang wujud, seterusnya memasukkan pautan anda di bawah tajuk kecil "lihat juga".

Pada dasarnya, amalan membina web boleh mengurangkan kemunculan rencana yatim. Ini adalah kerana amalan membina web akan salin mengkaitkan rencana-rencana yang muncul dalam wikipedia. Pada lojiknya, benda yang wujud dalam dunia ini pasti ada hubungan dengan benda yang lain. Maka adalah mustahil wujudnya satu rencana yang tidak sesuai untuk dikaitan dengan rencana yang lain. Sudah pasti wujud rencana lain dalam wikipedia yang sesuai untuk dikaitan dengan recana anda.