Wikipedia:Majlis WikiProjek

(Dilencongkan dari Wikipedia:MAJLIS)

Majlis WikiProjek merupakan sebuah kumpulan ahli Wikipedia yang berkumpul untuk menggalakkan dan membantu dalam pembangunan WikiProjek yang aktif, dan berperanan sebagai pusat perbincangan dan kerjasama antara Wikiprojek. Halaman garis panduan WikiProjek menggariskan protokol dan konvensyen yang diterima umum.

Objektif sunting

Pembangunan sunting

  • Membuat saranan untuk amalan baik dalam struktur dan fungsi WikiProjek serta menggalakkan dan membantu WikiProjek dalam menerima pakai buah fikiran bernas dan mengambil peranan yang aktif dalam pembangunan sesebuah ensiklopedia.
  • Menyediakan satu forum utama untuk membincangkan isu-isu kepentingan mengenai WikiProjek yang dijalankan termasuklah kerjasama antara projek dan program-program Wikipedia.

Penyelarasan sunting

  • Membantu dalam menyelaraskan kerja-kerja subprojek bebas bersama-sama dengan projek induknya serta projek yang mempunyai pertindihan dari segi skop antara satu sama lain.
  • Menerima cadangan atau permintaan untuk projek-projek baru dan membantu dalam pembangunan projek itu serta memberi panduan kepada mereka yang meminta projek tersebut.
  • Mengekalkan direktori yang komprehensif antara WikiProjek dan program atau jurusan penting (seperti penilaian rencana, ulasan sebaya atau kerjasama) yang berkaitan.

Peserta sunting

Jika anda berminat dalam membantu projek ini, sila tambah nama anda di laman peserta; dan sila tunjukkan juga mana - mana Wikiprojek di mana anda adalah ahli yang aktif.

  1. CyberTroopers (bincang | sumb) - Majlis WikiProjek, WikiProjek Perubatan

Lihat juga sunting

  WikiProjek

 

  Majlis

 

  Panduan