Wikipedia:Manual gaya penulisan/Senarai semat

Senarai semat adalah senarai yang digunakan dalam rencana yang menambah kandungan prosa rencana. Mereka termasuk dalam teks yang sesuai atau dilampirkan, dan mungkin terdapat dalam format jadual. Wikipedia menggunakan beberapa lampiran piawai, biasanya dalam format senarai, dan juga templat pelayaran.

Senarai semat harus digunakan hanya jika sesuai; kadang-kadang maklumat dalam senarai lebih baik disampaikan sebagai prosa. Menunjukkan terlalu banyak data statistik dalam format senarai boleh bertentangan dengan dasar.

"Anak" (iaitu jarak engsot)

sunting

Gaya senarai sesuai digunakan apabila perkara dalam senarai adalah "anak" dari perenggan yang mendahuluinya. "Anak" tersebut secara logiknya layak untuk diengsot di bawah penerangan induk mereka. Dalam kes ini, jarak engsot perenggan dalam bentuk senarai dapat menjadikan mereka lebih mudah dibaca, terutama jika perenggannya sangat pendek. Contoh berikut berfungsi dengan baik dan tanpa tanda pemula:

Prosa Senarai
Pada awal abad ke-20, Bandar New York menjadi pusat seni bina seni Beaux-Arts, yang menarik bakat arkitek besar seperti Stanford White dan Carrere dan Hastings. Oleh sebab teknologi pembinaan dan kejuruteraan yang lebih baik menjadi berkembang secara beransur-ansur, New York menjadi pusat tumpuan persaingan untuk bangunan tertinggi di dunia.

Pemandangan langit yang menarik di bandar ini terdiri daripada pencakar langit yang banyak dan bervariasi, yang kebanyakannya merupakan ikon seni bina abad ke-20. Flatiron Building, berdiri dengan ketinggian 285 kaki (87 meter) tinggi, merupakan salah satu bangunan tertinggi di bandar setelah siap pada tahun 1902, yang dimungkinkan oleh rangka keluli. Ini adalah salah satu bangunan pertama yang direka bentuk dengan kerangka keluli, dan untuk mencapai ketinggian ini dengan kaedah pembinaan lain pada masa itu pasti sangat sukar. Bangunan Woolworth, sebuah "Katedral Perdagangan" neo-Gotik yang menghadap ke Dewan Bandar Raya, telah direka oleh Cass Gilbert. Pada 792 kaki (241 meter), ia menjadi bangunan tertinggi di dunia apabila siap pada tahun 1913, satu penghormatan yang bertahan sehingga tahun 1930, apabila ia dikalahkan oleh 40 Wall Street. Pada tahun yang sama, Bangunan Chrysler mendahului sebagai bangunan tertinggi di dunia, mencakar langit pada ketinggian 1,046 kaki (319 m). Lebih menarik daripada ketinggiannya ialah reka bentuk bangunan, oleh William Van Alen. Karya seni art deco dengan luaran yang dibuat dari batu bata, Bangunan Chrysler terus menjadi kegemaran New York hingga ke hari ini.

Pada awal abad ke-20, Bandar New York menjadi pusat seni bina seni Beaux-Arts, yang menarik bakat arkitek besar seperti Stanford White dan Carrere dan Hastings. Oleh sebab teknologi pembinaan dan kejuruteraan yang lebih baik menjadi berkembang secara beransur-ansur, New York menjadi pusat tumpuan persaingan untuk bangunan tertinggi di dunia. Pemandangan langit yang menarik di bandar ini terdiri daripada bangunan pencakar langit yang banyak dan pelbagai, kebanyakannya adalah ikon seni bina abad ke-20:
  • Flatiron Building, berdiri dengan ketinggian 285 kaki (87 meter) tinggi, adalah salah satu bangunan tertinggi di bandar itu apabila siap pada tahun 1902, yang dimungkinkan oleh rangka keluli. Ini adalah salah satu bangunan pertama yang direka bentuk dengan kerangka keluli, dan untuk mencapai ketinggian ini dengan kaedah pembinaan lain pada masa itu pasti sangat sukar.
  • Woolworth Building, sebuah "Katedral Perdagangan" neo-Gotik yang menghadap ke Dewan Bandar Raya, telah direka oleh Cass Gilbert. Pada 792 kaki (241 meter), ia menjadi bangunan tertinggi di dunia apabila siap pada tahun 1913, satu penghormatan yang bertahan sehingga tahun 1930, apabila ia dikalahkan oleh 40 Wall Street.
  • Pada tahun yang sama, Bangunan Chrysler mendahului sebagai bangunan tertinggi di dunia, mencakar langit pada ketinggian 1,046 kaki (319 m). Lebih menarik daripada ketinggiannya ialah reka bentuk bangunan itu oleh William Van Alen. Karya seni art deco dengan luaran yang dibuat dari batu bata, Bangunan Chrysler terus menjadi kegemaran New York hingga ke hari ini.

Senarai kerja dan garis masa

sunting