Wikipedia:Kelayakan
Laman ialah rencana berkaitan kelayak sesuatu rencana. Untuk kegunaan lain, lihat Wikipedia:Apa yang bukan Wikipedia.
Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Mesej laman ini secara ringkas: Rencana-rencana Wikipedia merangkumi topik-topik penting—topik yang mendapat perhatian dunia dalam tempoh yang agak lama, dan tidak berada di luar skop Wikipedia. Kami mengambil kira bukti daripada sumber-sumber bebas dan sesuatu tajuk dikatakan dikenali sekiranya ia menerima liputan yang cukup meluas dalam sumber sekunder yang boleh dipercayai tentang subjek berkenaan. Garis panduan kelayakan ini tidak menetapkan kandungan rencana, hanya sama ada topik harus mendapat rencananya sendiri. |
Jika anda mahu mendapatkan nasihat sama ada sesuatu topik rencana itu layak atau tidak, sila lawat Wikipedia:Kedai Kopi dan nyatakan soalan di sana. |
Dalam Wikipedia, kelayakan adalah satu ujian yang digunakan penyunting bagi membuat keputusan sama ada sesuatu topik itu boleh diberikan rencananya tersendiri. Maklumat Wikipedia perlu dapat disahkan. Sesuatu topik tidak seharusnya diberi rencananya sendiri jika tiada sumber pihak ketiga dapat diperolehi berkaitannya. Konsep kelayakan Wikipedia mengenakan piawai asas ini bagi mengelakkan pemuatan topik secara sembarangan. Topik-topik rencana dan senari perlulah layak, atau "harus mendapat perhatian". Kelayakan tidak semestinya bergantung kepada perkara-perkara seperti kemasyhuran, kepentingan, atau populariti—walaupun perkara-perkara sedemikian dapat menambah penerimaan sesuatu subjek yang menepati garis panduan yang dijelaskan dengan lebih terperinci di bawah. Garis Panduan Wikipedia Kelayakan ini juga sangat menuruti dasar rasmi kami: Wikipedia:Pengesahan.
Pendahuluan
suntingJika tiada sumber pihak ketiga yang dijumpai mengenai topik itu, maka ia tidak wajar ada rencana sendiri. Konsep kelayakan Wikipedia ini bertujuan menghindari penyertaan topik ke dalam Wikipedia secara sembarangan. Topik rencana dan senarai mestilah "layak diberi perhatian". Penentuan kelayakan tidak semestinya bergantung pada perkara-perkara seperti kemasyhuran, kepentingan, atau populariti—namun ini boleh meningkatkan peluang subjek boleh diterima berlandaskan garis panduan di bawah.
Sesuatu topik dianggap layak mendapat rencana sendiri jika ia memenuhi garis panduan kelayakan am di bawah. Garis panduan berikut hanya menggariskan kesesuaian topik untuk mendapat rencana atau senarai sendiri, tanpa mengehadkan kandungan rencana atau senarai secara langsung. Untuk dasar-dasar kandungan Wikipedia, rujuk Pandangan berkecuali, Pengesahan,Tiada penyelidikan asli, Wikipedia bukanlah, and Biografi tokoh hidup.
Panduan kelayakan am
suntingSesebuah topik dianggap sebagai layak jika ia menerima liputan meluas dalam sumber rujukan yang meyakinkan dan bebas dari subjek itu.
- "Dianggap" bererti bukti objektif memenuhi kriteria, tanpa mengambil kira pertimbangan peribadi subjektif penyunting.[1] Banyak litupan dalam sumber yang boleh dipercayai membuktikan bahawa subjek adalah penting.[2]
- "Liputan meluas" bererti sumber menerangkan subjek secara langsung dan terperinci, tanpa sebarang penyelidikan asli yang diperlukan untuk mengekstrak kandungannya. Liputan meluas tidak boleh remeh-temeh dan tidak wajar berbentuk eksklusif.[3]
- "Sumber," ditakrifkan dalam Wikipedia sebagai sumber sekunder, asalkan bukti kelayakan adalah paling objektif. Bilangan dan sifat sumber boleh dipercayai yang diperlukan ini adalah bergantung pada kedalaman liputan dan mutu sumber-sumbernya. Lebih banyak sumbernya untuk satu perkara, lagi bagus.
- "Meyakinkan" bererti sumber memerlukan integriti editorial yang membolehkan penilaian kelayakan yang boleh disahkan berlandaskan garis panduan sumber yang meyakinkan. Sumbernya boleh merangkumi segala jenis bahan bacaan dan media. Keterdapatan sumber sekunder yang meliputi subjek boleh menguji kelayakan subjek itu.[4]
- "Bebas dari subjek" mengecualikan kerja-kerja yang dihasilkan oleh pihak-pihak yang bersekutu dengan subjek, termasuk: publisiti diri, iklan, bahan terbitan sendiri subjek, autobiografi, kenyataan akhbar, dsb.
Kemashyuran memerlukan bukti objektif
suntingTema biasa dalam garis panduan kemashyuran adalah perlunya terdapat bukti objektif yang disahkan bahawa subjek tersebut telah mendapat perhatian besar oleh dunia atau negara, bagi membukti dakwaan kemashyuran itu.
Bukti mesti menunjukkan bahawa topik telah mendapat litupan bebas meluas atau pengiktirafan, dan ini bukan sekadar cetusan berita sementara, maupun aktiviti mencari publisiti murahan, maupun ia merupakan topik yang tidak sesuai bagi sebab-sebab lain. Sumber bukti mesti termasuk penerbitan rakan sejawat yang diakui, buku yang boleh dipercayai dan memiliki kelayakan (tidak termasuk buku diterbit sendiri ("vanity books"), sumber media dipercayai (bukan tabloid), dan sumber lain yang dipercayai umum.
Rencana yang tidak memenuhi garis panduan kemashyuran
suntingSekiranya rencana gagal memberi sumber rujukan yang mencukupi bagi membuktikan kemashyuran subjek tersebut, cari sumber itu sendiri, atau:
- Tanya pencipta rencana bagi nasihat di mana sumber rujukan boleh didapati.
- Letakkan templat {{kelayakan}} pada rencana bagi memberitahu penyelia lain. Untuk meletakkan templat bertarikh, letakkan templat {{subst:dated|notability}}.
- Sekiranya rencana mengenai bidang khusus, gunakan templat {{expert-subject}} dengan khusus WikiProjek bagi menarik penyelia/penyunting yang berpengetahuan dalam bidang tersebut, yang mungkin memiliki sumber boleh diharap yang tidak terdapat di Internet.
Sekiranya sumber bersesuaian tidak dijumpai, kami mempertimbang supaya kandungan rencana digabungkan dalam rencana yang memberikan konteks lebih umum.
Senarai berdiri sendiri
suntingMisalnya, rencana watak kecil dalam sesebuah karya cereka wajar digabungkan menjadi "Senarai watak kecil dalam ..."; rencana tentang sekolah wajar digabungkan kepada daerah-daerah di mana letaknya sekolah-sekolah tersebut; saudara-mara seseorang tokoh wajar digabungkan kepada rencana tokoh tersebut; rencana bagi tokoh yang hanya dikenali kerana dikaitkan dengan kelompok atau peristiwa tertentu patut digabungkan ke dalam rencana utama kumpulan atau peristiwa itu.
Kelayakan bukan sementara
suntingApabila sesuatu topik menerima liputan berita semasa untuk seketika, tidak bererti ia mendapat bukti objektif untuk kelayakan jangka panjang.[5] Sebaliknya, jika liputan jangka panjang dari sejarah dibuktikan secukup-cukupnya, tiada perlunya menunjukkan liputan yang berterusan. Topik-topik yang tidak memenuhi garis panduan kelayakan pada awalnya mungkin akhirnya memenuhi garis panduan itu dengan berlalunya masa apabila wujudnya sumber-sumber baru. Ingat, jangan tuliskan rencana berdasarkan spekulasi bahawa topik itu mungkin menerima liputan lebih meluas pada masa depan.
Garis panduan ini tidak mengehadkan kandungan rencana
suntingGaris panduan kelayakan memberikan panduan sama ada topik itu cukup layak untuk disertakan dalam Wikipedia sebagai rencana berasingan, tetapi tidak mengawal kandungan rencana (selain rencana senarai). Kandungan rencana dijaga oleh dasar-dasar dan garis-garis panduan lain, seperti dasar yang menekankan kebolehsahan, sumber yang boleh dipercayai dan bahagian trivia. Topik-topik dan fakta-fakta dalam rencana tidak dimestikan memenuhi piawaian garis panduan kelayakan rencana.
Nota kaki
sunting- ^ Tidak dikenali (Non-notability) adalah angapan bantahan (rebuttable presumption) berasaskan kekurangan bukti dikenali, yang menjadi tidak bernilai apabila bukti dijumpai. Ia tidak mungkin membuktikan tidak-penting kerana ia memerlukan bukti negetif.
- ^ Bagaimanapun, banyak subjek yang dianggap penting mungkin masih tidak perlu dimasukkan – ia gagal mematuhi pantang-larang Wikipedia, ataupun liputannya tidak betul-betul menyokong kelayakannya setelah diteliti. Misalnya, direktori dan pangkalan data, iklan, kolum pengumuman, bahan berita kecil, dan liputan yang kurang arif, merupakan contoh-contoh maklumat yang tidak cukup memuaskan kelayakan bagi tujuan pembukaan rencana sungguhpun wujud sebagai sumber yang boleh dipercayai.
- ^ Contoh: Buku 360 halaman oleh Sobel dan buku 528 halaman oleh Black tentang IBM nyata sekali tidak remeh-temeh. Sebutan tentang Three Blind Mice dalam satu ayat oleh Walker dalam biografi Bill Clinton (Martin Walker (1992-01-06). "Tough love child of Kennedy". The Guardian. Check date values in:
|date=
(bantuan)) nyata sekali remeh-temeh. - ^ Promosi diri, autobiografi, dan promosi produk bukan cara untuk memperoleh rencana ensiklopedia. Sepatutnya orang lain yang menulis tentang topik dengan bebas tanpa pengaruh langsung daripada subjek topik. (Rujuk Wikipedia:Autobiografi untuk masalah attibusi dan keberkecualian yang menyentuh bahan-bahan yang mana subjek rencana itu sendiri merupakan sumber bahan-bahannya. Lihat juga Wikipedia:Sumber bebas.) Barometer kelayakan adalah sama ada mereka yang bebas daripada topik itu sendiri (ataupun pembuat, pencipta, pengarang, pereka atau penjualnya) pernah benar-benar menganggap topik itu sebagai cukup layak sehingga mereka pernah mengarang dan menerbitkan karya-karya bukan remeh-temeh sendiri yang mengetengahkan topik itu.
- ^ Topik yang bakal dicipta mestilah sifat liputannya bukan sementara, penciptaan topik mestilah tidak hadir dari koleksi maklumat yang menjurus kepada diskriminasi atau bukan diskriminasi kepada sesuatu pihak pada waktu tertentu. Topik tidak boleh datang terus dari sumber berita terhad yang tayangannya bertukar-tukar input secara ketara. Topik yang dicipta mestilah tidak bersangkut pada agenda fitnah-memfitnah, ancam-mengancam, menjatuh dan meninggikan seseorang atau sesuatu pihak tanpa bukti kukuh, atau mempunyai sesuatu agenda tertentu untuk kemenangan dan kerugian dalam jangka masa yang terhad dan terancang.