Wikipedia:Kepentingan rencana (muzik)

(Dilencongkan dari Wikipedia:NM)

Templat:IncGuide

Laman ini menyediakan garis panduan mengenai cara konsep kepentingan rencana digunakan pada topik-topik berkenaan muzik, termasuk artis dan kugiran, album, dan lagu.

Kriteria untuk pemuzik dan kumpulan sunting

Pemuzik atau kumpulan muzik (termasuk kugiran, penyanyi, rapper, orkestra, DJ, kumpulan teater muzikal, dsb.) boleh dianggap terkemuka jika memenuhi sekurang-kurangnya satu kriteria berikut:

  1. Menjadi subjek kepada karya-karya bukan remeh yang sumbernya bebas dari artis dan juga boleh diharap.[note 1]
    • Kriteria ini merangkumi karya dalam segala bentuk, seperti rencana akhbar, buku, rencana majalah, versi Internet bagi media cetak, dan dokumentari TV[note 2] kecuali yang berikut:
      • Mana-mana cetakan semula keluaran akhbar, penerbitan lain di mana artis menceritakan perihal diri, dan segala bentuk iklan yang menyebut artis itu, termasuk iklan pengeluar produk.[note 3]
      • Karya-karya yang terdiri daripada liputan remeh-temeh, seperti rencana yang sekadar melaporkan tarikh konsert, keluaran maklumat senarai runut, atau penerbitan butiran hubungan atau tempahan dalam buku panduan.
      • Rencana dalam akhbar sekolah atau universiti (atau seumpamanya) biasanya dianggap remeh tetapi boleh dinilai satu demi satu.
  2. Pernah ada single atau album dalam carta muzik kebangsaan mana-mana negar.
  3. Pernah ada rekod yang bersijil emas atau lebih tinggi di sekurang-kurangnya satu negara.
  4. Pernah menerima liputan bukan remeh dalam sesebuah sumber boleh diharap mengenai jelajah konsert antarabangsa, atau jelajah konsert kebangsaan di sekurang-kurangnya sebuah negara berdaulat.
  5. Pernah mengeluarkan dua atau lebih album ketika di bawah naungan suatu label utama atau label bebas yang terkemuka (i.e., label bebas yang sekurang-kurangnya beberapa tahun sejarahnya serta senarai pemuzik yang terkemuka).
  6. Merupakan kumpulan yang terdiri daripada dua atau lebih pemuzik yang terkemuka dengan sendirinya, atau pemuzik individu yang menganggotai dua atau lebih kumpulan yang terkemuka dengan sendirinya.
  7. Menjadi wakil terpenting dalam gaya muzik yang terkemuka atau di persada muzik setempat di bandar; diingatkan bahawa subjeknya masih perlu mematuhi semua piawaian asas Wikipedia, termasuk Pengesahan.
  8. Pernah memenangi atau dicalonkan untuk anugerah muzik terkemuka, seperti Grammy, AIM, atau ABPBH.
  9. Pernah memenangi atau mencapai kedudukan memuaskan dalam pertandingan muzik terkemuka.
  10. Pernah mempersembahkan muzik untuk karya atau media yang penting, cth. lagu tema rancangan TV, persembagan dalam rancangan TV atau filem terkemuka, penyertaan dalam album kompilasi yang terkemuka, dsb. (Tetapi sekiranya inilah satu-satunya kriteria yang dipenuhi, lebih baik disebut dalam rencana utama dan dilencongkan ke rencana utama itu.)
  11. Kerap dimainkan oleh mana-mana rangkaian radio di seluruh negara.
  12. Menjadi subjek siaran setengah jam atau lebih lama di seluruh rangkaian radio atau TV kebangsaan.

Diingatkan bahawa ahli-ahli kumpulan terkemuka harus dilencongkan ke rencana kumpulan itu, melainkan mereka memperlihatkan keterkemukaan sebagai individu yang bergiat bebas dari kumpulan mereka, seperti album solo. Seorang indivisu yang pernah menganggotai dua atau lebih kumpulan terkembuka dianggap cukup penting untuk diberikan rencana sendiri.

Album, single dan lagu sunting

Semua rencana mengenai album, single atau lagu mesti memenuhi kriteria asas dalam garis panduan kepentingan, dengan liputan selengkapnya dalam sumber boleh diharap yang bebas dari subjek.

Secara amnya, jika pemuzik atau kumpulan yang merakam satu album dianggap penting, maka album keluaran rasmi yang cukup terkemuka boleh diberikan rencana sendiri dalam Wikipedia. Album demo, mixtape, bootleg, promo sahaja, dan album belum keluar secara amnya tidak penting; tetapi boleh dianggap penting jika cukupnya liputan bebas dalam sumber yang boleh diharap.

Catatan sunting

  1. ^ Promosi diri dan produk bukan jalan ke arah membentuk rencana ensiklopedia. Sebaliknya, hasil terbitan sepatutnya dikarang oleh pihak luar yang menulis mengenai pemuzik, kumpulan, penggubah atau penulis. Pengukur kepentingan adalah sama ada pihak yang bebas dari subjek pernah menganggap pemuzik, kumpulan, penggubah atau penulis lirik cukup terkenal kerana telah mengarang atau menerbitkan kerja-kerja penting yang tertumpu kepada subjek. Sebabnya, kemudahan melihat seseorang menceritakan perihal diri mereka dalam blog peribadi, tapak web, penerbit buku, laman rangkaian sosial atau laman rangkaian muzik dsb. tidak bererti mereka cukup menerima perhatian seluruh dunia untuk dianggap penting, jika tidak nanti semua orang boleh ada rencana. Wikipedia bukanlah buku panduan.
  2. ^ Istilah "karya" memang begitu luas ertinya.
  3. ^ Misalnya, menjadi duta produk (termasuk poster iklan, risalah, iklan akhbar dan pautan ke laman rasmi syarikat) yang menyenaraikan artis sebagai duta atau mengandungi "temu bual duta" bersama artis.