Wikipedia:Jangan masukkan salinan sumber asli

(Dilencongkan dari Wikipedia:NPS)

Jangan masukkan salinan sumber asli (terutamanya teks, peta dan gambar) di Wikipedia. Di sini, sumber asli merujuk kepada sebarang karya yang dihasilkan untuk tujuan yang lain daripada menjadi rencana ataupun entri dalam Wikipedia. Walaubagaimanapun, Wikisource/Wikisumber dilahirkan untuk ini. Selain itu, anda juga boleh letakkannya di Projek Gutenberg.

Kemasukkan salinan sumber asli seperti karya sastera, teks berita, dokumen undang-undang, akan merosakkan sifat Wikipedia sebagai ensiklopedia. Ini adalah kerana salinan ini belum lagi disunting dan disesuaikan ke dalam format ensiklopedia. Daripada itu, Pengguna Wikipedia adalah ditegah daripada mengamalkan perbuatan "cut and paste" atau Wikipedia:Salin dan tampal (sila klik untuk maklumat lanjut) untuk mewujudkan rencana dalam Wikipedia, sama ada bahan yang disalin itu merupakan karya berhak cipta atau tidak.

Sebaiknya, jika boleh letakkan sumber tersebut di Wikisource/Projek Gutenberg, dan kemudian ceritakannya di Wikipedia.

Salinan daripada Ensiklopedia lain sunting

Dari segi format, salinan daripada ensiklopedia lain boleh dimasukkan ke dalam Wikipedia. Tetapi perbuatan ini harus dilakukkan dalam keadaan tidak melanggar hak cipta orang lain.

Sehubungan itu anda boleh memasukkan rencana daripada ensklopedia yang sudah lapuk hak ciptanya, ataupun tiada pemilik hak cipta seperti Ensiklopedia Britannica Edisi tahun 1911. Walaupun demikian, anda digalakkan untuk melakukan penyuntingan dan penyesuaian sebelum memasukkannya ke dalam wikipedia.

Wikipedia bahasa asing sebagai sumber untuk salinan sunting

Anda dilarang menyalin mana-mana ayat dari Wikipedia versi lain secara bulat-bulat, kemudian tampal di Wikipedia bahasa Melayu. Perbuatan tersebut salah.

Namun apa yang anda boleh lakukan adalah:

  1. 1. Menterjemahkan ayat atau karangan rencana daripada Wikipedia bahasa asing kedalam bahasa Melayu. Ini dibenarkan.
  2. 2. Bagi tujuan perbincangan di laman-laman perbincangan, laman Kedai Kopi, Meja Rujukan atau Meja Bantuan, ini dibenarkan. Kebanyakan dasar dan garis panduan Wikipedia bahasa Melayu setakat ini masih mengesahkan penggunaan dasar dan garis panduan yang dikuatkuasakan di Wikipedia bahasa Inggeris untuk diterima pakai disini. Walaubagaimanapun ia mesti seiring dengan ketetapan Wikipedia:Polisi lanjutan.