Pentadbiran
Polisi
Tanggungjawab
Permohonan
Pengundian
Senarai pemeriksa
Log hak pengguna
Birokrat
Penyelia

Di Wikipedia bahasa Melayu, Pemeriksa diamanahkan kepada sejumlah pengguna yang dipercayai yang boleh melaksanakan tugas pemeriksaan mengikut budi bicara mereka sendiri. Pelantikan ini diberikan oleh Jawatankuasa Timbang Tara Wikipedia, selepas perundingan antara komuniti dan penyiasatan editor oleh ahli jawatankuasa.

Definisi dan istilah umumSunting

  • Pengguna berdaftar ialah seorang pengguna yang telah berdaftar di Wikipedia bahasa Melayu dan telah berdaftar minimum selama seminggu (selanjutnya dinamakan sebagai "umur") dan telah memiliki minimum 15 jumlah suntingan (selanjutnya dinamakan "editcount") serta bukan merupakan pengguna boneka.
  • Pengguna baru ialah pengguna berdaftar yang tidak memenuhi syarat di atas.
  • Undian pengguna tidak berdaftar, pengguna baru serta pengguna boneka tidak dikira.
  • Jumlah undian adalah jumlah keseluruhan undian yang diundi (sokong + bantah). Undi berkecuali tidak dikira.
  • Waktu yang digunapakai adalah waktu berdasarkan UTC.

Perlantikan menjadi pemeriksaSunting

Syarat utama kelayakanSunting

Syarat-syarat lainSunting

Syarat-syarat yang harus dipenuhi seorang pengguna sebelum mencalonkan diri atau dicalonkan sebagai calon:

  • Calon haruslah seorang yang mengetahui selok belok Wikipedia seperti kata kunci yang terdapat di Wikipedia, templat, kategori, interwiki dsb.
  • Alamat e-mel (surat elektronik) harus diaktifkan dan tepat serta telah dipersetujui. Selain itu, calon penyelia haruslah memperbolehkan pengguna lain mengirimkan e-mel dengan mengaktifkan fungsi tersebut di tatarajah pengguna.
  • Telah menyunting di Wikipedia minimum selama 3 bulan.
  • Jumlah suntingan minimum mencapai 500. Kepelbagaian serta kualiti suntingan juga merupakan faktor.
  • Aktif dalam laman perbincangan/kedai kopi/permohonan pendapat/pengundian dsb.
  • Turut serta melakukan tugas-tugas seorang penyelia. Misalnya, memperbaiki rencana, menambahkan interwiki, kategori, templat, meletakkan templat 'hapus' pada rencana yang layak dsb.
  • Dipersetujui minimum 70% pengundi. (Pengundi haruslah pengguna berdaftar yang mempunyai 15 suntingan dan minimum telah berdaftar selama 1 minggu sebelum pengundian bermula serta bukan merupakan pengguna boneka).
  • Apabila calon dicalonkan oleh pengguna lain, pengusul harus merupakan pengguna berdaftar dan calon harus menyatakan sudah bersedia dicalonkan terlebih dahulu sebelum dicalonkan.

PerlantikanSunting

  • Perlantikan melalui mekanisme pengundian yang berlangsung minimum 1 minggu.
  • Calon dapat dilantik apabila memperoleh undian sokongan minimum 25 ataupun disokong minimum 70% daripada jumlah undian.
  • Pengundian dianggap selesai apabila "jumlah undian" mencapai minimum 35 ataupun pengundian sudah berlangsung selama 1 bulan (30 hari).

Perlucutan status pemeriksaSunting

  • Apabila seorang pemeriksa diputuskan untuk dilucutkan statusnya sebagai pemeriksa, status yang dilucutkan adalah seluruh status jawatannya tanpa dikecualikan.
  • Seorang pemeriksa (tanpa melihat jawatan) dapat dilucutkan jawatannya dengan alasan-alasan berikut:

Melalui pengundianSunting

KetidakaktifanSunting

  • Jumlah suntingan YBS dibawah 50 dalam tempoh 3 bulan terakhir.
  • Apabila YBS sedang bercuti, harus dengan alasan yang kukuh serta diberitahu terlebih dahulu mengenainya. Tempoh cuti maksimum ialah 6 bulan setahun.
  • Usul perlucutan diajukan oleh pengguna berdaftar.

Penyalahgunaan kuasaSunting

Log Pemeriksa biasanya diperiksa oleh penimbang tara (arbitors). Semua tindakan berkaitan peralatan Pemeriksa, terutamanaya secara awam atau bukan awam tertakluk kepada pandangan umum dan aduan boleh difailkan kepada anda jika didapati disalahgunakan oleh Jawatankuasa Penimbangtara, Jawatankuasa Yayasan Wikimedia atau kedua-duanya. Pemeriksa yang menjalankan pemeriksaan berdasarkan tuduhan yang tidak berasas boleh diingatkan atau tertakluk kepada sekatan, sehingga dan termasuk pembatalan kebenaran mereka; untuk contoh sebelumnya, lihat penyiasatan 2009 ini oleh Jawatankuasa Kecil Audit.

  • Seorang pengguna berdaftar kemudian dapat mengajukan permohonan agar status kepenyeliaan YBS dilucutkan.
  • Dalam tempoh seminggu, YBS dapat memberikan penjelasan yang akan dihakimi oleh para penyelia yang lain.
  • Setelah seminggu, jika majoriti penyelia tidak menerima penjelasannya, proses perlucutan status YBS kemudian dilanjutkan kepada proses pengundian secara terbuka (di bawah ini).

ProsesSunting

  • Perlucutan melalui mekanisme pengundian yang berlangsung minimum 1 minggu.
  • Perlucutan status dapat segera diproses apabila disetujui minimum 70% daripada jumlah undian.
  • Pengundian dianggap selesai apabila pengundian sudah berlangsung selama 2 minggu.
  • Keputusan akan dihantar kepada Jawatankuasa Timbang tara (Arbitors) untuk tindakan pelucutan.

LangsungSunting

  • Apabila YBS tidak menyunting sama sekali dalam tempoh 1 tahun, YBS akan langsung diproses perlucutan statusnya tanpa melalui proses pengundian.

Meletakkan jawatanSunting

Jika YBS ingin meletakkan jawatan atas kehendak sendiri, maka YBS diberi tempoh 1 bulan sejak pernyataannya diberikan, apabila dalam tempoh 1 bulan YBS masih tetap dengan pendiriannya untuk meletakkan jawatan atau tidak ada sebarang pernyataan lagi dari YBS, maka perlucutan status pemeriksa segera diproses.

Lihat jugaSunting