Wikipedia:Kenapa buka akaun?

(Dilencongkan dari Wikipedia:Pengguna)

Anda tidak perlu log masuk untuk membaca Wikipedia. Anda juga tidak perlu log masuk untuk menyunting Wikipedia - sesiapa sahaja boleh menyunting hampir semua rencana. Walau bagaimanapun, mencipta akaun adalah mudah, cepat dan merupakan satu idea yang bagus - keuntungannya seperti:-

  • Lebih senang dihubungi. Setiap pengguna berdaftar mempunyai laman perbualan sendiri.
  • Boleh mendapat reputasi baik. Jika berlaku pertikaian, anda lebih dipercayai untuk membantu menyelesaikannya jika anda mempunyai sejarah sumbangan rencana yang baik.
  • Berkebolehan menyunting beberapa halaman yang hanya dibuka untuk penyunting berdaftar sahaja.
  • Lebih bersendirian (privacy) dan kerahsiaan (anonymity). Jika anda log masuk, nombor IP anda tidak akan terpapar untuk dilihat oleh semua orang.
  • Penganugerahan "barnstar" kepada pengguna berdaftar yang terus komited dalam meningkatkan mutu kualiti Wikipedia.
  • Sebagai pengguna berdaftar anda layak mengemukakan permohonan atau calon kepada banyak aktiviti anjuran Yayasan Wikimedia misalnya permohonan "Steward Wikimedia", permohonan biasiswa penuh ke Persidangan Wikimania (sebuah persidangan berkaitan projek-projek Yayasan Wikimedia termasuk Wikipedia bertaraf dunia) dan banyak lagi.
  • Lebih banyak kelebihan lain pada masa akan datang sebagai pengguna berdaftar.

Kelebihan lain:-

  • Dapat memindahkan laman.
  • Dapat memuatnaik gambar.
  • Dapat menggunakan tatarajah.
  • Laman tampilan terlihat lebih peribadi.
  • Anda dapat membuat laman peribadi anda sendiri.
  • Perubahan pada suatu tampilan halaman dapat diketahui melalui surat elektronik.
  • Pengguna yang lain dapat menghubungi anda kerana anda boleh dikenali dengan sebuah akaun.
  • Pengguna lain dapat menghubungi anda melalui surat elektronik tanpa mengetahui alamat e-mel anda.
  • Alamat IP anda tidak lagi diketahui pengguna lain.
  • Dapat melihat semua suntingan yang anda buat melalui "sumbangan saya".
  • Boleh menggunakan fungsi pemantauan.
  • Dapat mengundi atau berhak menyuarakan suara dalam satu pengundian.

Catatan: Untuk membuat akaun baru, silalah mengunjungi laman pendaftaran (log).