Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Edmundkh sebagai penyelia 5 Jun 2007

Edmundkh (Perbualan · Sumbangan · Statistik)

Saya telahpun di sini agak seketika, untuk menolong dalam pembangunan Wikipedia Bahasa Melayu. Saya rasa saya boleh membantu dengan lebih lagi. Kini, User:Ychmatematik dan User:Alistair telah dipecat kerana lama tak aktif, dan User:Dekoelie nampaknya pasti tidak terlepas daripada dilucutkan jawatan, berdasarkan tiada orang membantah... Penyelia yg aktif nampaknya cuma beberapa orang sahaja... Walaupun User:Aeonimitz nampaknya pasti akan dilantik, namun saya juga nak menyertainya. Kadangkala saya rasa macam tiada orang bertugas apabila saya online. Apa kata bagi saya bertugas ketika masa seperti itu? Terutamanya mungkin semasa anda Muslim sembahyang, dapatlah saya bertugas, kerana juga ada pengguna yg kafir seperti saya ini (Kristian), mereka juga mungkin merosakkan apa-apa laman. Lagipun, jika saya dilantik, maka saya mengurangkan beban para penyelia pada masa kini. Saya berharap kalian akan menyokong saya menjadi seorang penyelia. Jika ada apa-apa bantahan, saya berharap anda boleh menjelaskannya dengan sebaik-baiknya, lagi jelas lagi bagus, supaya saya memahami masalah saya sendiri. Terima kasih atas sokongan anda! --Edmundkh 17:31, 4 Jun 2007 (UTC)[balas]

Undian sunting

Sokongan sunting

  •   Setuju Saya menyokong perlantikan Edmunkh. Dewasa ini saudara Edmunkh cukup aktif di Wikipedia. Walaupun tahap penguasaan Bahasa Malaysia saudara Edmunkh belum memuaskan, apa salah dia mencuba. Pokoknya dia berusaha. Malahan, lebih ramai penyelia yang aktif, bukankah lebih bagus? Sebagai bangsa Malaysia, saya berharap saudara Edmunkh dapat menolong meningkatkan kualiti wikipedia bahasa kebangsaan Malaysia ini. Pejuang bahasa 15:12, 7 Jun 2007 (UTC)[balas]
  •   Setuju Pada mulanya saya tidak begitu pasti bahawa saudara Edmundkh mempunyai potensi di sini. Tetapi selepas dia sekali lagi menyunting hari ini, saya cadangkan untuk sokong perlantikan Edmundkh sebagai penyelia. Diharapkan dia dapat membantu bersama saya dalam mentadbir di wiki ms ini selepas dia menjadi penyelia. — Aeon 17:23, 7 Jun 2007 (UTC)[balas]
  •   Setuju Satu undi untuk sendiri! --Edmundkh 09:40, 9 Jun 2007 (UTC) Tidak sah untuk dijadikan undian kerana pengundi merupakan seorang calon untuk permohonan ini[balas]

Bantahan sunting

  •   Tidak setuju Saya menukar undi saya kepada bantah. Ini berdasarkan pemerhatian saya bahawa buat masa ini saudara Edmundkh masih tidak layak untuk menjawat jawatan seorang penyelia. Ianya berdasarkan artikel2 tulisan saudara Edmundkh yang masih tidak banyak dan juga kesemuanya tidak mengikut piawaian. Adalah janggal bagi seorang pengguna untuk membetulkan atau terpaksa menegur penyelia sekira beliau dilantik kelak. Pada pendapat saya, seorang penyelia mesti menunjukkan teladan dan dalam kes ini teladan yang patut ditunjukkan ialah corak penulisan yang baik dan mengikut piawaian. Saya minta maaf Edmundkh, tetapi saya yakin, satu masa kelak, anda akan menjadi lebih baik dan pada masa itu, saya tidak akan teragak-agak untuk menyokong anda. Jadi penyelia atau tidak adalah tidak penting. Yang penting ialah kita bersama-sama berganding bahu untuk memajukan Wiki Ms. - Jay 01:43, 13 Jun 2007 (UTC)[balas]
  •   Tidak setuju Berdasarkan pandangan saya kali ini, saya tukarkan undi saya dari setuju ke bantah. Perkara ini kerana saudara Edmundkh masih tidak begitu aktif sejak baru-baru ini dan saya fikirkan dia cuma hanya berminat untuk menjadi penyelia sahaja tanpa berusaha membuat rencana baru sebelum dia menjadi penyelia. Jadi saya akan menyokong Edmundkh jika dia bersungguh-sungguh bergiat aktif sebelum pengundian ini tamat. Yang penting pada saudara Edmundkh ialah dia sentiasa menyumbang di wiki ms ini. — Aeon 05:59, 13 Jun 2007 (UTC)[balas]
  •   Tidak setuju Mintak maaf jika saya tidak berapa nak sokong pengundian ini tapi saya hanya melihat dari sudut yang positif. Namun, sudut itu masih mempunyai kekurangan. Seperti yang telah dikatakan oleh pengundi yang lain, anda masih perlu menunjukkan kesungguhan anda di sini. Saya faham dengan situasi anda iaitu masih bersekolah lagi tapi saya rasa anda perlu bijak menangani masalah2 ini dengan menggunakan akal fikiran anda sendiri. Mungkin kali ini, anda masih ada kekurangan tapi peluang anda untuk mentadbir ms.wiki berkemungkinan besar akan tercapai tetapi perlu diingatkan supaya anda berusaha terlebih dahulu. Usaha Tangga Kejayaan Salam hormat dari saya, — Didie 11:04, 14 Jun 2007 (UTC)[balas]
  •   Tidak setuju Sebagai warga Wiki Melayu, saya tidak bersetuju untuk melantik Edmundkh sebagai penyelia. Bantahan ini berdasarkan penggunaan bahasa, penyelenggaraan bahasa, pengemaskinian bahasa, dan persembahan bahasa yang dilakukan oleh Edmundkh tidak boleh dikatakan tahap yang membanggakan walaupun dia mempunyai semangat jitu dan kebolehan dalam menterjemah dan membuat rencana yang baru. Saya yakin dengan Edmundkh akan tahu apa yang dimaksudkan oleh saya. Dan, saya yakin ia akan meningkatkan usahanya lagi dalam membantu Wiki Melayu. Bantahan saya, bukan berdasarkan faktor umur dan berkaitan peribadi Edmundkh. Salam. Hafrul 18:24, 16 Jun 2007 (UTC)[balas]

Berkecuali sunting

  •   Berkecuali Undi saya lebih menjurus kepada seseorang yang menyumbang rencana baru dengan banyak dan berjaya disiapkan. Tetapi sumbangan saudara Edmunkh masih lagi terlalu sedikit untuk membolehkan saya mengundi ya. Tetapi bagus juga kalau ada penyelia bukan beragama Islam atau Melayu di sini bagi mengimbangi penyelia-penyelia lain. Malah kita agak kekurangan penyelia sekarang, bagus juga jika dapat melantik penyelia baru. Jadi buat masa sekarang saya berkecuali. Saya akan sokong permohonan ini jika saudara Edmundkh dapat meningkatkan sumbangan dalam masa dua minggu pengundian ini. — Master2841 10:09, 5 Jun 2007 (UTC)[balas]
  •   Berkecuali Sama seperti Mster2841. Saya fikir perlu banyak suntingan dan penerbitan artikel dilakukan oleh Endmundkh...Jangan risau..itu hanya sementara.che 03:25, 10 Jun 2007 (UTC)[balas]

Komen/Soalan sunting

Di sini ingin saya jelaskan selepas menerima pesanan daripada saudara Pejuang bahasa: Ketika saya memohon menjadi penyelia, saya sangka "kafir" bermaksud "bukan Muslim", namun menurut saudara ni, itu bermaksud "anti Islam". Jadi, maafkan saya kerana saya yg tak tau guna perkataan ni... malunya... Tolong jgn salah faham ya... :-P --Edmundkh 16:49, 7 Jun 2007 (UTC)[balas]

Kalian birokrat jangan lupa lantik saya dengan sendiri jika saya menang ya! Tak payah nak pergi Meta-Wiki pula... Elakkan peristiwa Aeonimitz lagi... Terima kasih banyak-banyak!! --Edmundkh 09:41, 9 Jun 2007 (UTC)[balas]

Walaupun saya tidak ada log hak pengguna di wiki ms ni, saya sendiri akan keluar dari wiki ms pada tahun 2008 atau 2009 kerana saya hendak menyambung pengajian saya di universiti saya di Brunei. Ini kerana saya sudah mengambil cuti saya pada masa yang agak lama. Tak mengapa, walaupun saya sendiri akan keluar dari wiki ni serta tidak ada rekod pada log hak pengguna. Pengguna Edmundkh akan menjadi penyelia unggul selepas saya. Saya harap Edmundkh benar-benar menjalan tanggungjawabnya dengan sikap lebih adil, saksama dan waspada berbanding saya. InsyaAllah! ^-^ — Aeon 09:11, 10 Jun 2007 (UTC)[balas]

Saya ingin membuat usulan untuk pengundian Edmund sebagai penyelia diBATALKAN. Bayangkan apa yang dia boleh buat sebaik sahaja dia jadi penyelia. Mungkin pada masa tu, dia akan ban saya apabila saya menegur dia atau memadam apa yang dia tulis. Setengah terjemahan beliau agak kurang baik dan saya sendiri tidak faham, bagaimana dia nak menyunting (tugas penyelia) kerja orang lain? Tambahan pula, adakah seorang yang membuat amalan copy/paste bahasa Inggeris ke dalam hampir semua rencana -rencana boleh diterima untuk bertanding sebagai penyelia? Bagi saya, kita perlu ada guideline untuk menjadi seorang penyelia. Saya memohon para penyelia melihat perkara ini dengan serius. Saya tak fikir beliau bersungguh-sungguh untuk jadi penyelia untuk membantu Wiki MS, dia hanya nak jadi penyelia untuk nama dan kuasa. Beliau bukan sahaja terlalu muda dan mentah (kurang matang) malah penguasaan bahasa melayu beliau juga kurang baik. Ini bukan satu calon penyelia yang baik sama sekali- Jay 03:34, 16 Jun 2007 (UTC)[balas]
Saya juga setuju, dia akan bertindak liar dengan menyekat orang lain sesuka hati jika sesiapa tidak ikut pendapatnya apabila dia sudah jadi penyelia. Saya harap pengundian ini DIBATALKAN DENGAN SEGERA. — Aeon 04:01, 16 Jun 2007 (UTC)[balas]

Tak perlulah dibatalkan, tengok sahaja keputusan undian selepas tamat pengundian. Tinggal lagi dua hari. Master2841 06:16, 16 Jun 2007 (UTC)[balas]

Keputusan sunting

Pengundian ditutup pada 19 Jun 2007. 3 orang daripada 9 pengundi mengundi untuk menyetujui perlantikan jawatan sysop ke atas Edmundkh. 4 undian daripada 9 orang mengundi untuk tidak mempersetujui perlantikan jawatan sysop ke atas Edmundkh. 2 undian daripada 9 orang pengundi mengundi untuk memilih berkecuali mengenai perlantikan jawatan sysop ke atas Edmundkh.

  •   Setuju - 3 undi (33.3%)
  •   Tidak Setuju - 4 undi (44.4%)
  •   Berkecuali - 2 undi (22.2%)

Hasil pengundian adalah tidak bersetuju untuk melantik jawatan sysop ke atas Edmundkh. — Didie 07:28, 19 Jun 2007 (UTC)[balas]