Pentadbiran
Polisi
Tanggungjawab
Birokrat
Pemeriksa
Permohonan
Pengundian
Senarai penyelia
Log hak pengguna

Laman ini menampilkan semua polisi mengenai kepenyeliaan di Wikipedia Bahasa Melayu iaitu prosedur perlantikan ataupun perlucutan seorang penyelia.

Definisi dan istilah umum

  • Pengguna berdaftar ialah seorang pengguna yang telah berdaftar di Wikipedia bahasa Melayu dan telah berdaftar minimum selama seminggu (selanjutnya dinamakan sebagai "umur") dan telah memiliki minimum 15 jumlah suntingan (selanjutnya dinamakan "editcount") serta bukan merupakan pengguna boneka.
  • Pengguna baru ialah pengguna berdaftar yang tidak memenuhi syarat di atas.
  • Undian pengguna tidak berdaftar, pengguna baru serta pengguna boneka tidak dikira.
  • Jumlah undian adalah jumlah keseluruhan undian yang diundi (sokong + bantah). Undi berkecuali tidak dikira.
  • Waktu yang digunapakai adalah waktu berdasarkan UTC.

Perlantikan menjadi penyelia

Sysop

Syarat-syarat

Syarat-syarat yang harus dipenuhi seorang pengguna sebelum mencalonkan diri atau dicalonkan sebagai calon:

  • Calon haruslah seorang yang mengetahui selok belok Wikipedia seperti kata kunci yang terdapat di Wikipedia, templat, kategori, interwiki dsb.
  • Alamat e-mel (surat elektronik) harus diaktifkan dan tepat serta telah dipersetujui. Selain itu, calon penyelia haruslah memperbolehkan pengguna lain mengirimkan e-mel dengan mengaktifkan fungsi tersebut di tatarajah pengguna.
  • Telah menyunting di Wikipedia minimum selama 3 bulan.
  • Jumlah suntingan minimum mencapai 500. Kepelbagaian serta kualiti suntingan juga merupakan faktor.
  • Aktif dalam laman perbincangan/kedai kopi/permohonan pendapat/pengundian dsb.
  • Turut serta melakukan tugas-tugas seorang penyelia. Misalnya, memperbaiki rencana, menambahkan interwiki, kategori, templat, meletakkan templat 'hapus' pada rencana yang layak dsb.
  • Dipersetujui minimum 70% pengundi. (Pengundi haruslah pengguna berdaftar yang mempunyai 15 suntingan dan minimum telah berdaftar selama 1 minggu sebelum pengundian bermula serta bukan merupakan pengguna boneka).
  • Apabila calon dicalonkan oleh pengguna lain, pengusul harus merupakan pengguna berdaftar dan calon harus menyatakan sudah bersedia dicalonkan terlebih dahulu sebelum dicalonkan.

Perlantikan

  • Perlantikan melalui mekanisme pengundian yang berlangsung minimum selama 1 minggu.
  • Calon dapat dilantik apabila disokong minimum 70% daripada jumlah undian.
  • Pengundian dianggap selesai apabila "jumlah undian" mencapai minimum 14 ataupun pengundian sudah berlangsung selama 2 minggu.

Penyelia non-sysop

Penyelia non-sysop adalah termasuk jawatan birokrat, pemeriksa, dan kemungkinan jawatan-jawatan non-sysop lain yang bakal diwujudkan pada masa akan datang.

Syarat-syarat

Syarat-syarat yang harus dipenuhi seorang pengguna sebelum mencalonkan diri atau dicalonkan sebagai calon:

  • Calon haruslah seorang sysop di Wikipedia Bahasa Melayu selama minimum 6 bulan.
  • Apabila calon dicalonkan oleh pengguna lain, pengusul harus merupakan pengguna berdaftar dan calon harus menyatakan bersedia dicalonkan terlebih dahulu sebelum dicalonkan.

Perlantikan

  • Perlantikan melalui mekanisme pengundian yang berlangsung minimum 1 minggu.
  • Calon dapat dilantik apabila memperoleh undian sokongan minimum 25 ataupun disokong minimum 70% daripada jumlah undian.
  • Pengundian dianggap selesai apabila "jumlah undian" mencapai minimum 35 ataupun pengundian sudah berlangsung selama 1 bulan (30 hari).


Perlucutan status kepenyeliaan

  • Apabila seorang penyelia diputuskan untuk dilucutkan status kepenyeliaannya, status yang dilucutkan adalah seluruh status jawatannya tanpa dikecualikan.
  • Seorang penyelia (tanpa melihat jawatan) dapat dilucutkan jawatannya dengan alasan-alasan berikut:

Melalui pengundian

Ketidakaktifan

  • Jumlah suntingan YBS dibawah 50 dalam tempoh 3 bulan terakhir.
  • Apabila YBS sedang bercuti, harus dengan alasan yang kukuh serta diberitahu terlebih dahulu mengenainya. Tempoh cuti maksimum ialah 6 bulan setahun.
  • Usul perlucutan diajukan oleh pengguna berdaftar.

Penyalahgunaan kuasa

  • Terbukti menyalahgunakan kuasa seperti: perang suntingan, penghapusan/penyekatan/perlindungan secara sebarangan.
  • Seorang pengguna berdaftar kemudian dapat mengajukan permohonan agar status kepenyeliaan YBS dilucutkan.
  • Dalam tempoh seminggu, YBS dapat memberikan penjelasan yang akan dihakimi oleh para penyelia yang lain.
  • Setelah seminggu, jika majoriti penyelia tidak menerima penjelasannya, proses perlucutan status YBS kemudian dilanjutkan kepada proses pengundian secara terbuka (di bawah ini).

Proses

  • Perlucutan melalui mekanisme pengundian yang berlangsung minimum 1 minggu.
  • Perlucutan status dapat segera diproses apabila disetujui minimum 70% daripada jumlah undian.
  • Pengundian dianggap selesai apabila pengundian sudah berlangsung selama 2 minggu.

Langsung

  • Apabila YBS tidak menyunting sama sekali dalam tempoh 1 tahun, YBS akan langsung diproses perlucutan statusnya tanpa melalui proses pengundian.

Meletakkan jawatan

Jika YBS ingin meletakkan jawatan atas kehendak sendiri, maka YBS diberi tempoh 1 bulan sejak pernyataannya diberikan, apabila dalam tempoh 1 bulan YBS masih tetap dengan pendiriannya untuk meletakkan jawatan atau tidak ada sebarang pernyataan lagi dari YBS, maka perlucutan status kepenyeliaannya segera diproses.

Perlantikan kembali

Sesudah dilucutkan jawatan kerana alasan ketidakaktifan atau meletakkan jawatan, YBS dapat dilantik kembali menjadi sysop atas permintaan YBS tanpa menjalani proses pengundian jika dalam tempoh 1 bulan YBS kembali aktif (min: 50 suntingan dalam 1 bulan). Jika syarat tersebut tidak dipenuhi, YBS harus menjalani proses pengundian untuk menjadi sysop.

Perlantikan kembali YBS yang mana statusnya dilucutkan kerana alasan penyalahgunaan kuasa, YBS harus menjalani proses pengundian seperti layaknya seorang pengguna berdaftar menjadi sysop.


Dewan Kemasyhuran

  • Satu usul akan dicipta ke atas satu kelompok dalam komuniti Wikipedia yang diberi nama "Hall of Fame" (istilah lain: Pengguna Kehormat, Ahli Kehormat, dan lain-lain lagi) untuk dianugerahkan kepada pengguna yang dianggap berjasa dalam perkembangan Wikipedia Bahasa Melayu.
  • "Pengguna Kehormat" ini adalah penghargaan tertinggi daripada pihak komuniti Wikipedia Bahasa Melayu kepada seseorang pengguna yang dianggap memiliki sumbangan berharga terhadap Wikipedia Bahasa Melayu.
  • Calon ialah pengguna berdaftar (sysop atau non-sysop) yang telah berdaftar dengan Wikipedia Bahasa Melayu selama minimum 6 bulan.
  • Calon diusulkan oleh pengguna berdaftar.

Penentuan

  • Penentuan melalui mekanisme pengundian yang berlangsung selama minimum 1 minggu.
  • Calon dapat dilantik apabila disetujui minimum 70% daripada jumlah undian.
  • Pengundian dianggap selesai apabila "jumlah undian" mencapai minimum 40 atau pengundian sudah berlangsung selama 1 bulan (30 hari).

Lihat juga