Wikipedia:Permohonan memadam laman/Bantah 1

Arkib Laman ini merupakan arkib. Kandungannya harus dipelihara dalam bentuk asal.
Sila tujukan komen anda ke laman perbincangan.


30 September 2013Sunting

Kontroversi NameweeSunting

Mengapakah ingin memadam Kontroversi Namewee? Saya sudah tambah pautan Kawanku dalam rencana tersebut. Kalau ada siapa yang menulis tag {{Delete}}, tolong jawab. Kalau saya tidak kisah pasal rencana tersebut, maka padamlah. Tetapi jangan melakukannya kerana amaran sudah tertulis di atas. Terima kasih.

--Cat N' Rat (bincang) 08:36, 30 September 2013 (UTC)

Rencana tersebut telah dipadam selepas lebih daripada 7 hari diletakkan tag hapus. Anda sepatutnya membuat bantahan pada laman perbincangannya dalam masa 7 hari selepas tag hapus diletak. Mungkin penyelia yang menghapuskan laman anda tidak sedar adanya bantahan di sini. --Kurnia [ bual ] 01:10, 4 November 2013 (UTC)

3 November 2013Sunting

Sekolah Kebangsaan Sena Sunting

Boleh berikan sebab mengapa Visi dan Misi SK Sena tidak diperbolehkan di Wikipedia? Kedua-dua item tersebut ialah penyataan rasmi organisasi yang diiktiraf. Mohon pembatalan usul penghapusan laman Sekolah Kebangsaan Sena.

--Sksenaedumy (bincang) 22:57, 3 November 2013 (UTC)

Secara jujur saya tidak tahu @Hanamanteo: gunakan polisi yang mana. Tetapi misi dan visi ada dalam rencana berbahasa Inggeris ini. --Kurnia [ bual ] 01:10, 4 November 2013 (UTC)
Visi dan misi dilarang di Wikipedia kerana sebenarnya mengindikasikan iklan terselubung. Hanamanteo Laman perbincangan saya 01:14, 4 November 2013 (UTC)
Tetapi misi dan visi adalah sebahagian daripada identiti sekolah, bukankah sepatutnya dibenarkan? Jika anda ada pautan bagi dasar/polisi yang melarang ia disertakan, sila pautkan di sini jadi si pembantah boleh tahu. --Kurnia [ bual ] 01:18, 4 November 2013 (UTC)
Tidak ada polisi. Visi & misi mungkin menjadi sebahagian rencana iklan jika tidak ada maklumat lain dalam rencana. Lagipun ini sekolah kerajaan, bukan sekolah swasta yang mungkin perlu membuat iklan untuk mencari murid atau membina reputasi. Nada rencana pun neutral, tidak ada anjuran/pembelaan. Mungkin rencana dapat diolah sedikit supaya tidak mirip esei. Namun, kalau pun rencana itu mengandungi iklan, takkanlah nak dibuang seluruh rencana, membuang penulisan yang silap sudah memadai. Saya sudah buang tag {{hapus}} kerana sudah menjadi resam, hampir semua rencana SK dan SMK Malaysia memuatkan bahagian Visi& Misi masing2. --Algazel (bincang) 01:36, 4 November 2013 (UTC)
Terima kasih kepada admin atas pembatalan usul penghapusan laman Sekolah Kebangsaan Sena, dan pembersihan kod / typesetting untuk laman tersebut. --Sksenaedumy (bincang) 07:49, 4 November 2013 (UTC)