Buka menu utama

Wikipedia:Permohonan pendapat/Jamaika vs Jamaica

Dari Perbincangan:Jamaika. — Didie (bincang) 10:38, 14 Jun 2008 (UTC)

Isi kandungan

Nama JamaikaSunting

Saya fikir kena letak kepada nama asal iaitu Jamaica...lebih sesuai..Che 09:17, 14 Jun 2008 (UTC)

Sememangnya istilah Jamaica lebih sesuai digunakan berbanding Jamaika. Ini kerana ejaan Jamaica adalah nama rasmi. Namun, Jamaika ialah terjemahan bahasa Melayu. Rasa-rasanya ia saling berkepentingan. — Didie (bincang) 10:43, 14 Jun 2008 (UTC)

Saya faham memang berkepentingan..tapi tak sesuai sebab ia merupakan nama khas..kena diubah..Che 15:15, 14 Jun 2008 (UTC)

Lihat Wikipedia:Nama khas sebagai panduan. Jamaica ialah nama khas di dalam bahasa Inggeris, bahasa utama di pulau itu. Sebagai Wikipedia dalam bahasa Melayu, Jamaika lebih sesuai. Tetapi, elok juga disertakan nama Jamaica sebagai nama panggilan lain, lebih-lebih lagi yang dikenali ramai. --Tikar aurum 15:56, 14 Jun 2008 (UTC)

Habis tu, kenapa New Zealand tak digelar Zealand Baru. PuteraLuqman Tunku Andre 17:10, 14 Jun 2008 (UTC)

Sebenarnya pernah ada mat salleh yang fasih berbahasa Melayu memanggil New Zealand sebagai Zealand Baru dan dia bercakap ketika ditanya wartawan di Malaysia. Saya pilih Jamaika tapi boleh juga Jamaica. Gunakan saja redirect. Saya akan buat Jamaika atau Jamaica. Kamalzack 16:14, 16 Jun 2008 (UTC)

Merujuk kepada rakan kita, PuteraLuqman, ada banyak negara-negara lain yang kita tidak boleh ubah sewenang-wenangnya mengikut makna...melainkan ia merupakan nama yang amat popular di kalangan penutur bahasa Melayu itu sendiri..harap diubah..Che 18:21, 14 Jun 2008 (UTC)

Daripada carian di dalam Google, saya cuba masukkan kata kunci "Jamaika", dan saya dapati banyak juga laman web bahasa lain yang menggunakan istilah "Jamaika", mungkin untuk diserasikan dengan bahasa mereka. Hezery99 03:00, 16 Jun 2008 (UTC)

Tak kisahlah, yang penting kita bangga dengan bahasa kita. Cuba sesuaikan dengan sebutan. PuteraLuqman Tunku Andre 15:16, 16 Jun 2008 (UTC)

Memang Jamaica nama rasmi (dalam bahasa Inggeris), tetapi jika ada nama dalam bahasa Melayu, utamakanlah nama BM itu. Contoh penggunaan: UUM. ...Aurora... 15:23, 16 Jun 2008 (UTC)

Jamaika adalah serupa dengan ejaan negara Kanada atau bahasa Inggerisnya, Canada. Namun, Kanada diterapkan. Ini kes biasa sahaja. Sebaik-baiknya menggunakan "Jamaika". - p.m.c. 13:02, 19 Jun 2008 (UTC)

Situasi yang sama dengan pertikaian antara "Thailand" dan "Negara Thai" dahulu tapi jelas ramai sukakan "Thailand" sedangkan bahasa Melayunya ialah Negara Thai... Jadi, "Jamaica" atau "Jamaika"... Anda fikirlah sendiri sama ada mahukan perkara yang sama atau tidak. Polar 09:02, 23 Jun 2008 (UTC)

Semua media massa tempatan menggunakan ejaan "Jamaica" [1] [2] [3]. Kanada, German, Itali dsb adalah kes khas sebab sudah lama dieja sebegitu. —Aviator, 07:31, 24 Jun 2008 (UTC)

Mungkin faktor utamanya lebih mendorong kepada penggunaan yang lazim. Maka, mengikut keadaan ini istilah Jamaica masih relevan untuk digunapakai dalam Wikipedia. Istilah Jamaika jarang digunakan dan ia mungkin kedengaran agak janggal untuk digunapakai. Terpulanglah kepada pihak komuniti Wikipedia untuk menentukannya. Lihat [4] [5] - Jamaica (148,000,000 carian) & Jamaika (15,500,000 carian). — Didie (bincang) 16:16, 24 Jun 2008 (UTC)

Didie, anda tak boleh bergantung kepada keputusan carian Google kerana misleading. Hasil bagi Jamaika itu tak merujuk kepada ejaan standard Melayu.—Aviator, 04:44, 25 Jun 2008 (UTC)

Saya sangat tidak bersetuju dengan nama Jamaika, dan Jamaica ialah nama rasmi. lihat di sini: Contoh dari Berita Harian Contoh dari BBC Indonesia Pendek katanya yang mengguna ejaan Jamaika adalah dari perkataan Indonesia. Dari segi ejaan dari google, contohnya pengguna bahasa Luxembourg, juga mengguna perkataan Jamaika. Jamaika versi Luxembourg Jadi memang tak boleh berpandu kepada Google, kerana Google membuat carian melalui semua jenis bahasa, melalui Web Page cache.--Kekacang 16:19, 29 Jun 2008 (UTC)


- Salam sejahtera mrzackhangrove ,

Soalan : Saya mahu tanya nama negara apakah yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai nama rasmi dalam bahasa melayu. Misalnya Kanada untuk 'canada'. Bagaimana dengan England? Jamaica? dan New Zealand? . Bukankah England itu Inggeris dan New Zealand itu Zealand baru (atau Selandia Baru / bhs. Indonesia) ?

Jawapan : Tidak semua nama di luar negara dieja dalam bahasa Melayu. Jamaica, England dan New Zealand tetap dieja seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Nama negara yang diterjemahkan dan dieja dalam bahasa Melayu antaranya, ialah Kanada, Jepun, Perancis, Sepanyol, Belanda, Turki dll.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Device: "sbmbsys@dbp.gov.my" <sbmbsys@dbp.gov.my>.

  • Saya rasa perkataan Jamaica adalah tepat. Bahasa melayu kebanyakkan mengikut kesesuaian perkataan dalam bahasa Melayu. seperti New Zealand. Agak janggal kalau dipanggil Zealand Baru. Mrzackhangrove 04:34, 2 Julai 2008 (UTC)
  • Setuju Jamaica. Saudara Didie, sila buat keputusan segera. 60.53.176.250 12:16, 2 Julai 2008 (UTC)

Memandangkan perkara ini sudah dibincangkan selama hampir sebulan. Maka, laman pengundian dibuka untuk memutuskan istilah yang lebih tepat. Pengundian dibuka pada 00:00, 3 Julai 2008 (UTC) dan akan ditutup pada 00:00, 17 Julai 2008 (UTC). Harap maklum. — Didie (bincang) 16:08, 2 Julai 2008 (UTC)

PengundianSunting

JamaicaSunting

  1.   Setuju Setelah membaca dengan lebih mendalam, saya tukar pendapat. Apa sekalipun keputusannya, kepada saudara-saudara yang menyunting Wikipedia BM, sila ambil perhatian terhadap hal-hal yang berkaitan. - p.m.c. 17:15, 2 Julai 2008 (UTC)
  2.   Setuju *Saya rasa perkataan Jamaica adalah tepat. Bahasa melayu kebanyakkan mengikut kesesuaian perkataan dalam bahasa Melayu. seperti New Zealand. Agak janggal kalau dipanggil Zealand Baru. Mrzackhangrove 02:29, 3 Julai 2008 (UTC)
  3.   Setuju Sebelum ini saya tak kisah, tetapi setelah membaca dengan lebih mendalam termasuklah daripada sumber-sumber yang lebih sahih seperti DBP dan Berita Harian, saya tukar pendapat. Nasihat daripada DBP seperti yang telah dilampirkan itu lebih dipercayai. - Hezery99 02:34, 3 Julai 2008 (UTC)
  4.   Setuju Lampiran DBP nampak lebih tepat . Sasamika 02:57, 3 Julai 2008 (UTC)
  5.   Setuju Saya mengundi Jamaica.--Kekacang 15:52, 3 Julai 2008 (UTC)
  6.   Setuju. — Didie (bincang) 03:26, 4 Julai 2008 (UTC)
  7.   Setuju Saya mengundi Jamaica. Yosri 04:52, 8 Julai 2008 (UTC)
  8.   Setuju Sama seperti di atas. Imran Al-Sahih 12:00, 9 Julai 2008 (UTC)
  9.   Setuju' - Siapalah kita untuk melawan DBP... PuteraLuqman Tunku Andre 16:34, 9 Julai 2008 (UTC)
  10.   Setuju kalau suka sangat guna "Jamaika" maka kita perlu masuk dalam DBP dulu! --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 17:53, 9 Julai 2008 (UTC)
  11.   Setuju Mengikut DBP, nama khas bahasa Inggeris mesti dikekalkan walaupun ia boleh diterjemahkan. Misalnya, University of London harus dikekalkan namanya dan tidak boleh diterjemahkan sebagai "Universiti London", suatu kesilapan yang banyak saya lakukan di portal ini. — Syarikat Pemunggahan Rencana 21:50, 9 Julai 2008 (UTC)
  12.   Setuju - memang mengikut polisi wikipedia bahasa melayu..Che 06:55, 12 Julai 2008 (UTC)

JamaikaSunting

KeputusanSunting

Selepas tarikh tamat pengundian, keputusannya ialah Jamaica memperoleh 12 sokongan sementara Jamaika tidak memperoleh sebarang sokongan. Oleh yang demikian, istilah yang dipersetujui komuniti ialah Jamaica yang akan digunapakai bagi yang melibatkannya. Harap maklum. — Didie (bincang) 13:58, 17 Julai 2008 (UTC)



Pengundian mengenai istilah Jamaica vs Jamaika dilangsungkan iaitu bermula pada 3 Julai 2008 dan berakhir pada 17 Julai 2008 mengikut waktu UTC. Keputusan selepas tarikh tamat pengundian adalah muktamad.