Wikipedia:Permohonan pendapat/Kugiran vs Pancaragam

Antara dua perkataan ini, mana yang lebih sesuai digunakan untuk menterjemahkan perkataan Inggeris band? Kumpulan adalah istilah yang sering digunakan. Tapi masalah penggunaan pekataan 'kumpulan' ialah kumpulan adalah terlalu general. Saya bercadang untuk menggunakan perkataan pancaragam/kugiran pada tajuk band-band. Sebagai contoh "The Times (kugiran)" atau "The Times (pancaragam)" memandangkan wujud akhbar The Times. — kurnia[binc|sumb] 18:01, 5 Julai 2008 (UTC)

Pancaragam=brassband. Main ramai-ramai kat tengah padang dengan formasi dengan uniform. 121.120.164.46 00:27, 6 Julai 2008 (UTC)
Walaupun kedua-dua perkataan tersebut diterjemahkan kepada "band" dalam Bahasa Inggeris tetapi "kugiran" bermaksud kumpulan pemuzik yang terdiri daripada pemain gitar dan dram tetapi "pancaragam" terdiri daripada pemain alat-alat pancaragam seperti trompet dsb. dan dimainkan di tengah padang dengan formasi tertentu serta pakaian seragam tersendiri. Oleh itu kugiran tidak sama dengan pancaragam. Hezery99 03:06, 6 Julai 2008 (UTC)

Kugiran sememangnya tidak sama dengan Pancaragam. The Times lebih kepada kugiran.--Kekacang 12:01, 6 Julai 2008 (UTC)

Menurut kamus dewan, pancaragam adalah 1. sl bermacam-macam ragam; 2. muzik, bunyi-bunyian; 3. pasukan (kumpulan) pemain muzik: sebuah ~ mengikuti perarakan itu. Kugiran: kumpulan gitar rancak, pancaragam moden yg popular.
Saya bukan cuma terhadkan kepada The Times, saya mahukan satu istilah yang piawai untuk menggantikan perkataan band untuk digunakan pada rencana berkaitan. Contohnya "Coldplay adalah sebuah kugiran/pancaragam britpop dari...". Atau pada tajuk rencana bagi dua kumpulan yang mempunyai nama yang sama tapi berasal dari negara yang berbeza. Contohnya, "Butterfingers (kugiran/pancaragam Malaysia)" dan "Butterfingers (kugiran Australia)". Patutkah diadakan satu undian untuk memilih satu istilah yang piawai, Kugiran atau pancaragam? — kurnia[binc|sumb] 01:16, 7 Julai 2008 (UTC)

Istilah tersebut berasal:

KUGIRAN = Kumpulan Gitar Rancak
PANCARAGAM = Panca + Ragam
Panca = lima (5) cheguman 04:52, 8 Julai 2008 (UTC)
Setuju dengan kekacang...biasanya kugiran memang berkisar kepada 'band' manakala pancaragam biasanya digunakan di sekolah-sekolah...kecil-kecilan..skopnya hanya tertumpu kepada kumpulan amatur peringkat sekolah..dan sifatnya tidak komersial...Che 15:58, 7 Julai 2008 (UTC)
Bagaimana pula dengan penggunaan istilah mengatikan perkataan band bagi kumpulan muzik yang berasal daripada luar negara? — kurnia[binc|sumb] 05:22, 8 Julai 2008 (UTC)
  1. Symbol support vote.svg Setuju Kugiran. Yosri 04:54, 8 Julai 2008 (UTC)
  2. Symbol support vote.svg Setuju Kugiran. Bunyinya pelik tapi segar dan moden. Imran Al-Sahih 11:48, 9 Julai 2008 (UTC)

Perkataan yang lebih sesuai untuk menggantikan istilah band ialah kumpulan muzik. Meskipun, kelihatan agak panjang tetapi lebih berfokus serta mudah difahami. — Didie (bincang) 02:01, 10 Julai 2008 (UTC)

Kumpulan muzik tidak boleh digunakan, ini kerana band tidak semestinya terdiri daripada lebih dari seorang, manakala kumpulan bermaksud sekelompok orang. Contoh-contoh band yang hanya mempunyai satu ahli adalah Nine Inch Nails, Secondhand Serenade dsb (Sila rujuk rencana Musical ensemble dalam Wiki En). Kalau saya tidak silap, istilah pancaragam digunakan sebelum wujudnya istilah kugiran. Tambahan lagi, dalam kamus istilah karyanet, band diterjemahkan sebagai pancaragam bukan kugiran mahupun kumpulan muzik.[1]

Kumpulan Nine Inch Nails, Secondhand Serenade sebenarnya masih terdiri dari sekumpulan pemuzik. Lihat ayat Reznor is the only official member of Nine Inch Nails and remains solely responsible for its direction.. NIN's music straddles a wide range of genres, while retaining a characteristic sound using electronic instruments and processing. After recording a new album, Reznor usually assembles a live band to perform with him. Kugiran tidak pernah merujuk kepada pemuzik dalam formasi atas padang, hanya pemuzik atas pentas. Pancaragam lebih umum dan juga merupakan nama khusus bagi pasukan muzik beruniform dengan formasi atas padang. Yosri 09:25, 10 Julai 2008 (UTC)
Live band bukanlah ahli rasmi. Mereka boleh dipanggil sebagai seasonist. Hanya untuk persembahan live dan setiap pemuzik bukannya tetap. Kugiran mungkin boleh digunakan. Tapi masalahnya, adakah ianya merupakan istilah yang piawai? Pancaragam tidak semestinya untuk pancaragam sekolah, pancaragam okestra pun ada. Kumpulan pemuzik yang memainkan muzik untuk konsert seorang penyanyi turut dipanggil pancaragam. — kurnia[binc|sumb] 11:00, 10 Julai 2008 (UTC)
Seasonist masih membentuk kumpulan (walaupun bersifat sementara). Semasa rakaman dia masih menggunakan Seasonist (mana mungkin dia main semua alat muzik seorang diri serentak), cuma bukan dianggap ahli rasmi kerana ahli tunggal mahu mengekalkan kuasa (gila kuasa, heee..., heee..., heee...). Pancaragam (yang berpakaian seragam dan berbaris) pula tiada istilah lain kecuali Pancaragam. Jadi untuk mengelak kekeliruan, tetapkan sahaja Pancaragam bagi yang berpakaian seragam dan berbaris, kugiran/kumpulan pemuzik bagi kumpulan kecil pemuzik atas pentas. Yosri 11:14, 10 Julai 2008 (UTC)
Saya rasa Band itu beerti kumpulan muzik. Tetapi sebuah kumpulan pancaragam juga disebut band. Jamming itu merujuk kepada kugiran. Pancaragam merujuk kepada sekumpulan pemain alat muzik dalam marching competition atau ceremony. Mrzackhangrove 14:21, 10 Julai 2008 (UTC)

Band ada macam-macam jenis/maksud. Band juga bukan cuma untuk muzik. Sekumpulan penunjuk perasaan pun dipanggil a band of protesters. Terpulang pada maksud band tersebut untuk diterjemah. Kalau Rock Band jadi Kumpulan Gitar Rancak lah. Kalau big band kumpulan orkestra. Kalau bass band jadi pancaragam. Tak faham kenapa perlu bincang perkara yang mudah seperti ini. ...... Rubber band gelang getah... lalala~ izzudin 08:02, 13 Julai 2008 (UTC)

Amboi! Senangnya jawab. Pengkhususan istilah "band" didorong oleh sesuatu situasi dan kehendak penggunaan istilah berkenaan. Masalahnya sekarang, bukannya istilah rubber band, rock band dan selainnya yang dibincangkan untuk terjemahannya. Akan tetapi, yang sedang diketengahkan di sini ialah apakah istilah yang sesuai diterjemahkan ke atas istilah band sahaja tanpa menokok tambah selain perkataan band. Harap sekalian jelas dengan maksud pernyataan saya. Didie (bincang) 08:51, 13 Julai 2008 (UTC)

Mana boleh mengkhususkan istilah "band". Sebab "band" boleh membawa pelbagai maksud. Serupa juga macam "mouse" yang boleh membawa maksud "tikus" mahupun "tetikus". "Hot" yang boleh membawa maksud "panas" mahupun "pedas" (kekadang bleh gak jadik "seksi"). Nak khususkan tak boleh. Band boleh jadi "pancaragam", "jalur", "kugiran" so on so on... Ikutlah mana yang sesuai. Macam OAG, The Times, Hujan, Butterfingers, Bittersweet, Meet Uncle Hussain .. blablabla.. sume tuh rock band. Jadilah kugiran. Kalau band tentera kat padang sume tuh jadilah pancaragam. Susah sangat ke? izzudin 14:02, 13 Julai 2008 (UTC)
Kalau ianya mudah sudah tentu tidak dibincangkan di sini. Tujuan laman ini diwujudkan adalah untuk memilih satu istilah piawai untuk menggantikan perkataan BI band. Band dalam konteks ini adalah kumpulan muzik yang bersama-sama membuat EP/LP/single/album/gig/konsert. Tidak semestinya rock band kerana ada juga pop band, garage band atau emo band dsb. Pancaragam tidak semestinya brassband kerana pancaragam juga adalah terjemahan bagi band (sila rujuk KIMD, brassband juga diterjemahkan sebagai 'bresben') manakala kugiran adalah istilah baru yang wujud selepas pancaragam. Mengikut maksud asal kugiran, ianya lebih merujuk kepada rock band namun bukan hanya ada genre rock di dunia ini dan bukan semua genre adalah rancak seperti rock dan tidak semua band menggunakan gitar (ada yang menggunakan piano dan dram sahaja, cth Keane). Di laman ini, kita ingin tentukan sama ada menggunakan kugiran tanpa mengira maksud asalnya atau pancaragam, istilah yang digunakan untuk menterjemahkan band. Saya harap anda telah dapat memahami biarpun sedikit kenapa perkara mudah ini perlu dibincangkan. — kurnia[binc|sumb] 08:52, 13 Julai 2008 (UTC)


Saya cadangkan untuk terjemahan asas, kumpulan digunakan. Jika ada maklumat lebih khusus, ie pemuzi =Kugiran, Brass band = Pancaragam. Serupa juga, hot asasnya panas, tetapi bila diguna bersama makanan jadi pedas. dsb....Yosri 11:19, 13 Julai 2008 (UTC)
Saya cadangkan saudara dan saudari sekalian tanya Dato' Dr. Firdaus Abdullah. Hahaha. Bebel kerjanya korang nie. -- Tebu.an 09:49, 15 Julai 2008 (UTC)
Kenapa mahu gunakan kumpulan sedangkan kita ada perkataan pancaragam dan kugiran? Bagi saya, kumpulan itu agak kabur. Perkataan yang akan dipilih ini boleh digunakan dalam laman nyahkekaburan. Cth: Butterfinggers (kugiran Australia), Butterfinggers (kugiran Malaysia) dsb. Lagipun, penggunaan kugiran atau pancaragam ini secara jelas menunjukkan sebuah kumpulan muzik itu mempunyai pengendali alat muzik di dalam kumpulan muzik tersebut. Sekiranya gunakan kumpulan saja, bukan semua kumpulan mempunyai pengendali alat muzik, contohnya Kumpulan Inuendo, Backstreetboys, FIVE dsb.— kurnia[binc|sumb] 10:09, 15 Julai 2008 (UTC)
Oh! yang itu kerana nanti ada kumpulan nashyid yang tidak menggunakan gitar, atau kumpulan mat saleh yang hanya guna papan kekunci, ada pula yang mempersoalkan kenapa guna kugiran bila tiada gitar. Guna kumpulan lebih umum. Ie. Kumpulan Butterfinggers, Malaysia ; Kumpulan Butterfinggers, Australia. Atau kita undi saja.... Yeeehhh. Yosri 11:36, 15 Julai 2008 (UTC)
Suka hatilah, saya cuma mahukan perubahan. Buatlah undian (saya dapat rasakan yang saya akan kalah). Saya cadangkan undian dimulakan, pemilihan antara tiga istilah, kumpulan (istilah yang kurang jelas), kugiran (istilah yang baru) atau pancaragam (istilah bagi kumpulan pemuzik), tempoh undian yang saya cadangkan adalah selama dua minggu. Sila sesiapa sokong. - kurniasan 11:53, 15 Julai 2008 (UTC)
Hmm.. baru perasan, di wiki-en, band (music) dan music group dilencongkan ke en:musical ensemble (ensembel muzik).

Adakah istilah ensembel muzik sesuai untuk terjemahan istilah band. Bagi saya, istilah berkenaan kurang meluas dan kurang popular digunakan namun jika ia istilah yang betul, piawai, dan tepat maka perlulah ia digunakan sebaik mungkin sekaligus terus mempopularkan istilah itu. Apa pendapat sekalian? — Didie (bincang) 14:54, 15 Julai 2008 (UTC)

Kurniasan, kalah atau menang tidak menjadi masalah. Perbincangan seperti ini adalah sangat baik dan menguji kefahaman kita semua dalam penggunaan bahasa.--Kekacang 02:25, 16 Julai 2008 (UTC)

Ensembel muzik adalah istilah payung untuk semua kumpulan muzik. Pada pendapat saya, kumpulan sama seperti perkataan The pada awal nama sebuah pancaragam contohnya "The Beatles" = "Kumpulan Kumbang", tapi tidak mengapalah kalau semua mahu gunakan kumpulan. Band memang diterjemahkan juga sebagai kumpulan, tetapi bukan dalam konteks muzik. Bagi konteks muzik, ia diterjemahkan sebagai pancaragam. — kurnia[binc|sumb] 05:52, 16 Julai 2008 (UTC)

PengundianSunting

Band = KumpulanSunting

  1.   Setuju. — Didie (bincang) 13:19, 15 Julai 2008 (UTC)
  2.   Setuju-Lebih umum,lebih sesuai. PuteraLuqman Tunku Andre 13:53, 15 Julai 2008 (UTC)
  3.   Setuju - Rujukan; terjemahan rock band di www.citcat.com; terjemahan band di http://pgoh13.free.fr/english_malay_dictionary.php; kamus. — Pp.Mm.Cc. 13:59, 15 Julai 2008 (UTC)
  4.   Setuju - ...Aurora... 14:39, 15 Julai 2008 (UTC)
  5.   Setuju Untuk kumpulan dengan penyanyi. Kugiran hanya bagi kumpulan muzik tanpa penyanyi utama (dengan sekurang-kurang 1 alat muzik gitar), Pancaragam hanya bagi kegunaan Brass band, marching band. Yosri 01:28, 16 Julai 2008 (UTC)
  6.   Setuju - Setelah membaca dan meneliti, perkataan kumpulan kurang kompleks dan menunjukkan istilah band secara umum. Kugiran boleh juga diletakkan, tetapi ini bukan istilah band secara umum. Saya bersetuju jika kugiran, "kumpulan gitar rancak" diletakkan mengikut pandangan Yosri.--Kekacang 02:20, 16 Julai 2008 (UTC)
  7.   Setuju - Perkataan ini lebih meluas digunakan berbanding Kugiran. — Imran Al-Sahih 14:25, 28 Julai 2008 (UTC)

Band = KugiranSunting

  1.   Setujukurnia[binc|sumb] 13:13, 15 Julai 2008 (UTC)

Band = PancaragamSunting

  1.   Setuju - Setelah merujuk kepada kamus-kamus yang saya ada, band diterjemahkan sebagai pancaragam bagi konteks muzik, jadi saya tukar pilihan kepada ini kerana Wikipedia bukanlah berdasarkan pendapat. — kurnia[binc|sumb] 05:52, 16 Julai 2008 (UTC)

Band = Ensembel muzikSunting

KeputusanSunting

Selepas tarikh tamat pengundian, keputusannya ialah kumpulan memperoleh 7 sokongan diikuti kugiran - 1 sokongan, ensembel muzik - tiada sokongan. Jumlah pengundi ialah 8. Oleh yang demikian, istilah yang dipersetujui komuniti ialah kumpulan yang akan digunapakai bagi yang melibatkannya. Harap maklum. — Didie (bincang) 13:27, 29 Julai 2008 (UTC)



Pengundian mengenai istilah terjemahan band dilangsungkan iaitu bermula pada 15 Julai 2008 dan berakhir pada 29 Julai 2008 mengikut waktu UTC. Keputusan selepas tarikh tamat pengundian adalah muktamad.

Catatan dan rujukanSunting