Buka menu utama

Wikipedia:Projek saudara Wikimedia

(Dilencongkan dari Wikipedia:Projek saudara)


Untuk memaut projek saudara menggunakan pautan teks dalam baris tradisional, sila lihat Wikipedia:Pautan antara Wikimedia.

Projek saudara Wikimedia adalah wiki awam yang dikendalikan oleh Wikimedia Foundation, termasuk Wikipedia. Laman ini menyenaraikan panduan merangkumi hubungan Wikipedia dengan projek saudara lain, termasuk memaut dan menyalin kandungan di antara keduanya.

Isi kandungan

Garis panduanSunting

Wikipedia menggalakkan pautan daripada rencana ke laman di projek saudara bila ia mungkin menjadi berguna kepada pembaca, dan pautan antarabahasa ke edisi Wikipedia bahasa lain bila wujud.

Terdapat lima cara untuk memaut ke projek saudara (tidak termasuk pautan antara edisi Wikipedia):

  • dengan memaut imej dan fail lain yang berada di Wikimedia Commons, seperti File:International draughts.jpg,
  • melalui pautan dalam baris seperti b:Dam (muslihat lapik berfungsi: [[b:Dam|''Dam'']] menghasilkan Dam),
  • melalui templat grafik besar, seperti {{Wikibooks|Dam}}, seperti ditunjukkan di kanan,
  • melalui pautan biasa terus ke URL, sama seperti pautan luar ke tapak web lain, seperti Dam, dan
  • dengan templat yang menghasilkan baris berformat untuk senarai berbutir, seperti {{Wikibooks-inline|Dam}}, yang menghasilkan:

Tempat dan format terbaik untuk meletakkan pautan ke projek saudara bergantung kepada keadaan. Sebagai contoh, jika suatu perkataan dalam teks mungkin agak asing bagi sesetengah pembaca, pautan dalam baris ke Wiktionary boleh membantu pembaca memahami maksudnya. Pautan ke projek saudara pada laman nyahkekaburan lazimnya menggunakan tempat grafik besar seperti {{Sisterlinks}} di bahagian atas laman.

Dalam senarai dan rencana biasa, jika tiada bahagian berkait langsung mengenai laman di projek saudara, maka pautan lazimnya diletak pada bahagian pautan luar (jika menggunakan pautan gaya pautan luar) atau apa jua bahagian terakhir jika menggunakan templat grafik, seperti disebut dalam panduan reka letak. Pautan saudara jarang sekali diletakkan di bahagian Lihat juga, yang merupakan tempat untuk pautan dalam Wikipedia BM.

Jika terdapat banyak templat pautan saudara atau templat lain di bahagian kanan bawah rencana. cuba guna cara lain, misalnya gaya pautan luar, atau gunakan {{Sisterlinks}} untuk menggabungkan semua pautan projek saudara dalam satu templat. Pilihan lain ialah menukar kedudukan mana-mana templat ke tempat yang lebih sesuai.

Projek saudaraSunting

Wikipedia ialah projek Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bukan untung yang turut mengendalikan beberapa projek pelbagai bahasa yang lain.


Wikikamus
Kamus bebas
Wikiberita
Sumber berita bebas
Wikiquote
Koleksi petikan kata
Wikibuku
Buku teks dan manual bebas
Wikispecies
Panduan spesies
Wikisumber
Perpustakaan bebas
Wikiversity Beta
Bahan pelajaran bebas
Commons
Koleksi multimedia bebas
Meta-Wiki
Penyelarasan projek Wikimedia
Wikivoyage
Panduan perjalanan bebas
Wikidata
Pangkalan pengetahuan bebas
MediaWiki
Pembangunan perisian bebas

Di atas merupakan senarai projek saudara Wikipedia Bahasa Melayu. Bagaimanapun, ketika ini hanya Wikikamus (Wiktionary) dan Wikibuku (Wikibooks) tersedia dalam versi bahasa Melayu, manakala Commons dan Meta-Wiki adalah projek multi-bahasa. Wikinews, Wikiquote dan Wikisource versi BM pula dalam peringkat ujian.

TemplatSunting

Laman templat projek saudara menyenaraikan templat yang boeh digunakan untuk memaut rencana Wikipedia dengan laman sesuai di projek saudara Wikimedia.

Untuk mencalonkan pemindahan laman di Wikipedia ke projek saudara yang lebih sesuai, templat {{Pindah}} boleh digunakan.

Pautan antara projekSunting

Log masuk disatukanSunting

Log masuk disatukan ialah satu mekanisme yang membolehkan pengguna masuk log sekali sahaja di kebanyakan projek saudara Wikimedia Foundation. Ini memudahkan pengguna menggunakan identiti tunggal di seluruh projek Wikimedia dengan mendaftar sekali sahaja. Kelebihan lain termasuklah mengelakkan penyamaran identiti dan status log masuk automatik bila melawat projek saudara. Pengguna boleh mencipta log masuk bersatu dengan pergi ke Khas:MergeAccount di projek di mana mereka telah memiliki akaun, dan mengikuti arahan yang diberikan.

Lihat jugaSunting