Wikipedia:Membalikkan laman ke versi terdahulu

(Dilencongkan daripada Wikipedia:RV)

Di Wikipedia, membalikkan (reverting) bermaksud membuat asal (undo) kesan suntingan, supaya laman dikembalikan kepada suatu versi yang terdahulu. Dalam erti kata lain, tindakan ini memadamkan kesan yang ditinggalkan penyunting yang sebelumnya. Laman ini menunjukkan cara membuat pembalikan.

INGAT: tindakan membalikkan sumbangan jujur penyunting lain (berlawan dengan laku musnah) dianggap menimbulkan gangguan jika dilakukan secara berlebihan, dan boleh menyebabkan pembaliknya disekat daripada menyunting.

Bila untuk membalikkan suntingan

sunting

Balikkan kesan laku musnah dan suntingan-suntingan seumpamanya, tetapi balikkan suntingan jujur selepas membincangkan perkara itu sahaja. Pembalikan ini boleh menghapuskan "perkara yang bagus", melemahkan semangat penyunting lain, dan mencetuskan "perang sunting-menyunting". Jadi, jika anda rasa suntingan itu tidak memuaskan, lebih baik anda tingkatkan mutunya. Begitu juga, jika hanya sebahagian suntingan yang bermasalah, lebih baik ubah bahagian itu daripada membalikkan seluruh suntingan.

Jika anda ada perubahan yang dibalikkan secara jujur, jangan pulihkan suntingan anda itu - biarkan status quo itu sahaja. Jika timbulnya pertikaian, status quo dibiarkan sehingga sepersetujuan dicapai untuk membuat perubahan. Daripada terlibat dalam perang sunting-menyunting, usulkan perubahan anda yang dibalikkan itu dalam laman perbincangan rencana atau cari cara lain untuk menyelesaikan pertikaian.

Jika anda tidak pasti sama ada untuk membuat pembalikan atau tidak, mula-mula usulkan pembalikan itu dalam laman perbincangan rencana itu. Jika adanya sebab untuk percaya bahawa pengarang bahan bermasalah itu tidak akan didorong supaya mengubahnya, adakalanya penyunting memutuskan untuk memindahkan teks yang dipersoal itu kepada laman perbincangan sendiri, jadi teks itu tidak dihapuskan langsung.

Pembalikan secara manual

sunting

Adakalanya (misalnya, jika pelaku musnah membubuh atau memadamkan teks, kemudian orang lain membuat suntingan membina), cara yang terbaik untuk membuat asal suntingan adalah menyunting laman semasa untuk menggugurkan teks yang salah atau memulihkan teks yang tersalah padam (ini boleh dilakukan dengan menyalin dan menampal dari versi terdahulu laman); tetapi adalah lebih mudah untuk memulihkan laman kepada versi terdahulu sebelum perubahan yang ingin anda balikkan, dengan:

  • Klik tab "sejarah" di atas laman untuk memaparkan sejarah laman.
  • Klik waktu dan tarikh versi terdahulu yang ingin anda balikkan. Anda akan melihat ungkapan seperti:

Semakan pada 10:06, 2 Mac 2024 (sunting)
***.***.***.*** (Perbualan | sumb.)
(kemas kini)
← Suntingan sebelumnya

    • Penting: dalam kes laku musnah, luangkan masa untuk memastikan anda sedang membalikkan laman kepada versi terdahulu tanpa kesan laku musnah; mungkin ada berbilangan suntingan laku musnah berturut-turut yang diselangkan antara suntingan membina.
  • Klik pautan "sunting" pada ungkapan versi terdahulu. (Di atas kotak penyuntingan, anda akan melihat amaran: "PERINGATAN: Anda menyunting semakan lama. Jika anda menyimpannya, perubahan yang dibuat sejak semakan ini akan hilang.") Jika penyuntingan memerlukan akaun berdaftar, log masuk dahulu, atau tinggalkan pesanan dalam laman perbincangan.
  • Isi ruangan ringkasan suntingan dengan keterangan sewajarnya, seperti "membalikkan laman" atau "membalikkan laku musnah".
  • Simpan halaman.
  • Jika terdapat suntingan membina yang dibuat selepas yang anda ingin balikkan, kembali ke sejarah laman untuk mencari suntingan itu, dan buat semula dengan tangan sebaik yang boleh.

Jelaskan pembalikan

sunting

Adalah penting untuk menyatakan penjelasan yang sah dan bermaklumat apabila membuat pembalikan laman. Cuba nyatakan pautan kepada prinsip Wikipedia yang anda percaya menjustifikasi pembalikan anda itu. Cuba bersedia untuk berbincang tidak lama selepas membalikkan rencana.

Pembalikan merupakan penolakan sumbangan penyunting lain; jika pembalikan itu tidak disokong secukupnya maka penyunting itu sukar menerima kejujuran pembalikan itu. Inilah satu punca boleh terjadinya perang sunting-menyunting. Penjelasan yang substantif juga memupuk sepersetujuan dengan memanggil penyunting yang dibalikkan itu kepada masalah berkenaan suntingan asalnya, supaya penyunting yang dibalikkan itu boleh menyemak suntingannya untuk membetulkan masalah yang diperlihatkan itu. Ini akan menghasilkan rencana yang lebih bermutu, penyunting yang lebih berpengetahuan dan komuniti Wikipedia yang lebih berharmoni.

Selain membantu penyunting yang dibalikkan itu, memberikan maklumat mengenai pembalikan itu juga boleh membantu para penyunting yang lain dengan memaklumkan mereka sama ada mereka perlu melihat versi yang dibalikkan itu, seperti dalam kes laman yang dikosongkan. Penjelasan pembalikan juga membantu para pengguna yang menyemak sejarah penyuntingan mereka untuk menentukan sejauh mana maklumat dalam sesuatu rencana adalah boleh dipercayai atau terkini.

Jika sebab-sebab penyuntingan anda terlalu rumit untuk dijelaskan dalam ringkasan suntingan, tinggalkan pesanan di laman perbincangan rencana. Adakalanya, adalah lebih baik untuk meninggalkan pesanan di laman perbincangan sebelum membuat pembalikan; supaya penyunting lain diberi peluang untuk bersetuju dengan anda dan menyemak suntingannya dengan sewajarnya. Begitu juga, jika seorang penyunting lain membalikkan perubahan anda tanpa penjelasan yang nyata, lebih baik anda menunggu beberapa minit untuk melihat sama ada dia menjelaskan tindakannya pada laman perbincangan rencana atau laman pengguna anda.