Wikipedia:Rencana bertindan

Berikut merupakan senarai rencana bertindan yang telah dicipta (selalunya secara tidak sengaja). Rencana tersebut hendaklah digabungkan dan satu tajuk hendaklah mengalih ke tajuk yang lagi satu (atau cipta satu tajuk yang lebih sesuai). Nama tersebut hendaklah mengikut garis panduan di Wikipedia:Cara pemilihan nama.

Jika ada kategori yang bertindan, sila senaraikan di sini juga. Salah satu kategori perlu dihapuskan (tugas penyelia) dan semua rencana dalam kategori tersebut dipindahkan ke kategori yang betul.

Mengelakkan rencana bertindan

sunting

Anda boleh menolong mengelak rencana bertindan dengan:

  • Mencari mengenai topik tersebut ’’sebelum’’ mencipta rencana baru.
  • Mencipta alihan untuk rencana yang memang dikenali dengan pelbagai nama.
  • Menggunakan tatabahasa/huruf besar yang betul apabila membuat pautan.

Cara menggabung rencana

sunting

Sebelum menggabung rencana, pastikan mengikut panduan di bawah.

  • Kenal pasti nama rencana yang betul/rasmi (rencana utama).
  • Salin kandungan rencana kedua ke rencana utama.
  • Jadikan rencana kedua sebagai laman pengalihan.
  • Kemaskini rencana utama.

Setelah selesai, sila keluarkan rencana tersebut dari senarai di bawah ini.

Jika anda tidak sanggup melakukannya, atau anda tidak pasti tajuk mana yang lebih tepat, letakkan templat {{gabung}} pada kedua-dua rencana.

Senarai rencana/kategori

sunting