Wikipedia:Rencana sempurna

Rencana Wikipedia sempurna...

Penciptaan rencana
Asas bantuan
Konsep dan panduan
Proses pembangunan
Meta peralatan dan kumpulan
  • Mengisi kekosongan; menjadi tujuan atau berkaitan dengan carian mengenai sesuatu topik.
  • Memiliki tajuk yang bagus sehingga ia boleh dipautkan dan mudah dijumpai serta mengikuti kelaziman penamaan.
  • Bermula dengan penerangan jelas mengenai subjek terbabit; bahagian pengenalan memperkenalkan dan menjelaskan subjek dan kepentingannya dengan jelas dan tepat, tanpa memberikan butiran berlebihan.
  • Boleh difahami; ia cukup jelas untuk kedua-dua ahli dan bukan ahli dengan butiran yang wajar, dan benar-benar memeriksa dan menjelaskan subjek.
  • Hampir serba lengkap; ia menyertakan maklumat dan istilah penting, dan boleh difahami dengan sendirinya, tanpa memerlukan pembacaan lanjut rencana lain.
  • Bercabang; ia mengandungi pautan wiki dan sumber ke rencana lain dan maklumat luaran yang menambah makna terhadap subjek.
  • Dan merupakan cabang; ada penyumbang yang menjumpai dan menyunting rencana wiki lain untuk menyebut topik tersebut dan memaut kepadanya.
  • Mengakui dan memeriksa semua aspek subjek; i.e., ia meliputi semua sudut pandangan ensiklopedia subjek.
  • Benar-benar neutral dan tidak berpihak; ia memiliki pandangan berkecuali, menyajikan pandangan berbeza mengenai sesuatu kontroversi secara logik dan adil, dan menunjuk semua sudut pandangan tanpa memihak pandangan tertentu. Pandangan paling berfakta dan diterima ditekankan, manakala pandangan minoriti diberikan keutamaan yang lebih rendah; maklumat dan rujukan yang cukup diberikan supaya pembaca boleh mengetahui lebih lanjut mengenai pandangan tertentu.
  • Memiliki panjang yang sesuai; ia cukup panjang untuk memberikan maklumat, kedalaman dan analisis yang cukup berkenaan subjek, tanpa memasukkan butiran tidak penting atau maklumat yang lebih sesuai dalam "sub-rencana", rencana berkaitan, atau projek saudara Wikimedia.
  • Mencerminkan pengetahuan pakar; ia didasarkan pada fakta dan pada prinsip kesarjanaan dan logik kukuh.
  • Tepat dan nyata; ia bebas daripada hal umum kabur dan kenyataan separuh benar yang mungkin timbul daripada pemahaman tidak sempurna akan subjek.
  • Didokumen dengan baik; semua fakta dipetik daripada sumber bereputasi, seelok-eloknya sumber yang boleh dicapai dan mutakhir.
  • Jelas; ia ditulis untuk mengelak kekaburan dan salah faham, menggunakan struktur logik dan prosa biasa dan jelas; ia bebas darupada bahasa berbunga-bunga.
  • Menarik; bahasanya deskriptif dan memiliki nada ensiklopedia menarik.
  • Mengikuti kelaziman penulisan piawai bahasa moden, termasuk tatabahasa yang betul, kala kata kerja, tanda baca dan ejaan yang tekal.
  • Menyertakan imej berkait bermaklumat—termasuk peta, potret, gambar foto dan karya seni—yang menambah minat atau pemahaman teks pembaca, tetapi tidak terlalu banyak sehingga mengganggunya. Setiap gambar mesti mempunyai keterangan dan teks alternatif.
  • Berkategori untuk memudahkan pencarian dan pengelompokan.
  • Memiliki pautan antara bahasa jika boleh.
  • Tidak akan dapat dicapai. Penyuntingan mungkin akan menjadikan suatu rencana lebih sempurna, tetapi pada akhirnya, kesempurnaan mempunyai makna berbeza pada orang berbeza. Untuk lebih lanjut, lihat dasar penyuntingan.

Lihat juga sunting