Wikipedia:Tahukah anda/Arkib/2013

Daftar mingguan

Minggu 1 Minggu 2
Minggu 3 Minggu 4
Minggu 5 Minggu 6
Minggu 7 Minggu 8
Minggu 9 Minggu 10
  • "... bahawa kalung telah menjadi perhiasan lebih awal daripada penciptaan tulisan?"
  • "... bahawa kecederaan akibat neurotoksin boleh dirawat melalui suntikan antioksidan dan etanol?"
  • "... bahawa Raja biasanya adalah buah paling lemah di awal permainan catur?"
  • "... bahawa albedo bergantung kepada frekuensi sesuatu sinaran?"
  • "... bahawa komponen yang menghasilkan gas dalam beg udara, natrium azida ialah bahan yang sangat toksik?"
  • "... bahawa misi tunggal Unit 684 Korea Selatan ialah membunuh pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Il-sung?"
  • "... bahawa paparazi bukan wartawan dan selalunya tidak mempunyai apa-apa sijil dalam fotografi mahupun seni halus?"
  • "... bahawa sebatian gas adi boleh digunakan sebagai cara untuk menyimpan gas adi dalam bentuk padat?"
  • "... bahawa digit pertama kod status HTTP meletakkannya dalam satu daripada lima kelas jawapan?"
  • "... bahawa selain daripada membunuh mangsa, fungsi bisa hemotoksin ialah membantu penghadaman?"
  • "... bahawa dihidrogen monoksida membawa kematian jika tersedut, namun selalu digunakan sebagai pelarut?"
  • "... bahawa anjing pengutip keemasan dinamai sedemikian kerana kebolehannya mengutip hasil buruan tanpa kerosakan?"
Minggu 11 Minggu 12
  • "... bahawa tanaman lorong berfungsi untuk meningkatkan kesuburan tanah dan produktiviti tanaman serta sebagai tampan angin?"
  • "... bahawa kebanyakan kad kredit menggunakan algoritma Luhn sebagai kaedah ringkas bagi membezakan nombor sah dengan digit rawak?"
  • "... bahawa hanya dimolibdenum dan ditungsten mempunyai ikatan ganda enam yang sebenar?"
  • "... bahawa ikatan kovalen terkuat ialah ikatan sigma?"
  • "... bahawa tanpa jenis MIME, pelanggan e-mel tidak dapat mengendalikan lampiran dengan betul?"
Minggu 13 Minggu 14
  • "... bahawa penyelesaian negatif Tujuh Jambatan Königsberg menjadi asas kepada teori graf dan memberi gambaran awal topologi?"
  • "... bahawa permainan tradisional India kho-kho berlangsung tidak lebih daripada 37 minit?"
  • "... bahawa alkohol dan ubat bantuan tidur dos-preskripsi biasa digunakan sebagai dadah rogol janji temu?"
  • "... bahawa lebam serius boleh membawa kepada bahaya atau membawa kepada bentuk hematoma yang boleh mengancam nyawa?"
  • "... bahawa tingkah laku anjing dipercayai dipengaruhi oleh sebab genetik, sosial, keadaan dan persekitaran?"
Minggu 15 Minggu 16
Minggu 17 Minggu 18
  • "... bahawa defibrilator luaran automatik direka khas bagi orang awam?"
  • "... bahawa lukisan gua bukan hanya untuk hiasan tempat tinggal?"
  • "... bahawa selepas jangka hayat berguna kereta konsep berakhir, ia selalunya dimusnahkan?"
  • "... bahawa pengesahan dan penentusahan adalah komponen kritikal bagi sistem pengurusan kualiti seperti ISO 9000"
  • "... bahawa lembangan bertindak sebagai corong dengan mengumpulkan semua air di dalam kawasan terbabit dan menyalurkannya ke satu titik tunggal?"
  • "... bahawa metrologi merangkumi segala segi ilmu pengukuran yang teori mahupun amali?"
  • "... bahawa telinga dan mata bionik hanya membantu pesakit yang pekak atau buta atas faktor tertentu?"
  • "... bahawa banyak HEV mematikan enjin ketika melahu dan menghidupkannya kembali apabila diperlukan?"
  • "... bahawa penghasilan insulin ialah tujuan utama pankreas buatan?"
  • "... bahawa ABS amnya memendekkan jarak membrek, kecuali pada permukaan berkerikil atau bersalji?"
Minggu 19 Minggu 20
Minggu 21 Minggu 22
  • "... bahawa istilah kriogenik biasanya disalahgunakan dalam budaya popular untuk merujuk kepada krionik?"
  • "... bahawa ΔT akan terus meningkat pada kadar yang lebih cepat pada masa depan?"
  • "... bahawa anjing berpeluh, terutamanya melalui tapak kaki, namun hanya sebahagian kecil haba hilang dengan cara ini?"
  • "... bahawa pemangsa puncak tidak perlu menjadi hiperkarnivor, boleh juga omnivor?"
  • "... bahawa Bahasa Kadazandusun tidak mempunyai aksara asli?"
  • "... bahawa ketika fenomena supermoon, bulan akan kelihatan 14% lebih besar?"
  • "... bahawa jejari van der Waals adalah jejari sfera keras bayangan yang boleh digunakan untuk memodel suatu atom?"
  • "... bahawa selalunya omake patung dan mainan lebih diingini daripada produk yang dijual?"
  • "... bahawa cemburu merupakan perasaan biasa dalam hubungan sesama manusia?"
  • "... bahawa anjing juga boleh mengalami kencing manis?"
Minggu 23 Minggu 24
Minggu 25 Minggu 26
  • "... bahawa spesies Semachrysa jade dijumpai apabila seorang jurugambar amatur memuat naik gambarnya di laman perkongsian foto Flickr?"
  • "... bahawa media Indonesia pernah keliru Pulau Jemur di Riau dengan Pulau Jemor di Selangor?"
  • "... bahawa usia kawah qamari yang besar ditentukan oleh bilangan kawah kecil yang terkandung di dalamnya?"
  • "... bahawa disebabkan mengekalkan sudut dan bentuk objek kecil, unjuran Mercator mengherotkan saiz dan bentuk objek besar?"
  • "... bahawa trioksidana ialah bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas ciri-ciri antimikrob campuran ozon/hidrogen peroksida yang dikenali?"
  • "... bahawa bergantung kepada banyak mana cat akrilik dilarutkan, lukisan akrilik yang disiapkan mampu menyerupai cat air atau lukisan minyak?"
Minggu 27 Minggu 28
  • "... bahawa apabila Venera 7 mendarat di permukaan Zuhrah, ia menjadi kapal angkasa buatan manusia pertama yang berjaya mendarat di permukaan planet lain dan memancar data dari sana ke Bumi?"
  • "... bahawa air akuifer boleh diambil dengan menggali perigi?"
  • "... bahawa campuran sama 3He dan 4He cecair di bawah suhu 0.8 K akan terpisah kepada dua fasa yang tidak boleh bercampur?"
  • "... bahawa tindak balas berantai proton-proton merupakan tindak balas pelakuran utama dalam bintang bersaiz Matahari atau lebih kecil?"
  • "... bahawa selain anjing, haiwan seperti serigala, anjing laut, rubah dan kucing harimau juga menyalak?"
Minggu 29 Minggu 30
  • "... bahawa sistem jam 24 jam adalah sistem jam yang paling laris digunakan di dunia pada masa kini?"
  • "... bahawa baka anjing gembala Australia sebenarnya dikembangkan di barat Amerika Syarikat?"
  • "... bahawa ketika mendapat kekuatan yang besar daripada hantu air, Badang ialah seorang kuli?"
  • "... bahawa anjing juga mengalami keresahan perpisahan apabila ditinggalkan?"
  • "... bahawa banyak isotop yang dikelaskan sebagai stabil diramalkan memiliki separuh hayat yang teramat panjang?"
Minggu 31 Minggu 32
  • "... bahawa belon bedilan boleh digunakan untuk menghalang serangan kapal udara paras rendah?"
  • "... bahawa walaupun OKH secara rasminya berada di bawah OKW, OKW memerlukan kebenaran Hitler untuk mengarah OKH?"
  • "... bahawa tambo Minangkabau biasanya terbahagi kepada dua bahagian, tambo alam dan tambo adat?"
  • "... bahawa helium cecair hanya wujud pada suhu yang sangat rendah iaitu -269 °C (kira-kira 4 K)?"
  • "... bahawa gaya renang pertama yang digunakan oleh manusia purba ialah gaya kayuh anjing?"
Minggu 33 Minggu 34
Minggu 35 Minggu 36
  • "... bahawa cahaya dari korona matahari datang daripada tiga sumber primer?"
  • "... bahawa menurut legenda, anjing penjejak Rusia mampu menjaga kawanannya hidup selama berbulan-bulan tanpa bantuan manusia?"
  • "... bahawa kitaran Rankine menjana lebih kurang 90% semua kuasa elektrik yang digunakan di seluruh dunia?"
  • "... bahawa walaupun didedahkan sebagai ilusi mekanikal, tiada siapa dapat meneka rahsia pemain catur "automaton" Turk?"
  • "... bahawa transformer bukan sahaja digunakan untuk mencipta voltan yang lebih tinggi atau rendah, tetapi juga untuk mengasingkan litar antara satu sama lain?"
  • "... bahawa makanan ringan yang berasal dari Jawa, ampo diperbuat daripada tanah liat dan amat digemari di kalangan wanita yang sedang hamil?"
Minggu 37 Minggu 38
  • "... bahawa terdapat sekumpulan pulau Indonesia yang dipisahkan oleh selat-selat air dalam daripada pentas benua Asia dan Australia, digelar Wallacea?"
  • "... bahawa selain karat merah biasa, ada juga karat hijau?"
  • "... bahawa Pulau Sandy hanya disahkan tidak wujud pada 2012 walaupun telah dicarta selama lebih seratus tahun?"
  • "... bahawa Tafsir ibn Kathir popular kerana menggunakan hadis untuk menerangkan setiap ayat dan surah al-Quran?"
  • "... bahawa beg pelancar nuklear mana-mana negara kuasa nuklear pernah diaktifkan sekali sahaja, akibat insiden roket Norway?"
  • "... bahawa utiliti elektrik akan mengenakan kos yang lebih tinggi untuk pelanggan industri atau komersil yang mempunyai faktor kuasa yang rendah?"
Minggu 39 Minggu 40
  • "... bahawa Masjid Saint Petersburg ialah masjid paling utara di dunia?"
  • "... bahawa cahaya bergerak 1.33 kali lebih perlahan dalam air berbanding dalam vakum?"
  • "... bahawa dalam kedua-dua perang dunia, U-boot Jerman paling berkesan dalam peperangan ekonomi?"
  • "... bahawa tenaga elektrik yang dihantar kepada pengguna oleh syarikat pembekal tenaga lazimnya dibil dalam unit kilowatt jam?"
  • "... bahawa kumbang kura-kura emas mampu menukar warnanya daripada emas berkilauan kepada coklat pudar apabila terasa diancam?"
Minggu 41 Minggu 42
  • "... bahawa dalam kartografi, Bumi sering dianggarkan sebagai sferoid buntal berbanding sfera?"
  • "... bahawa kebangkitan rasionalisme dan sains telah mengurangkan banyak pantang larang dahulu dan membentuk yang baharu?"
  • "... bahawa air kapur tulen adalah jernih dan tidak berwarna, dengan sedikit bau tanah?"
  • "... bahawa menurut hukum Murphy, "apa-apa yang boleh silap, akan menjadi silap"?"
  • "... bahawa ungulat menggunakan hujung jari kaki untuk menampung seluruh berat badannya?"
  • "... bahawa pic ialah ciri persepsi yang membolehkan aturan bunyi mengikut skala berasaskan frekuensi?"
Minggu 43 Minggu 44
  • "... bahawa kromatografi gas dapat menguji ketulenan bahan tertentu atau mengasingkan komponen suatu campuran?"
  • "... bahawa hampir semua fail kod sumber yang mengandungi arahan dalam sebuah bahasa pengaturcaraan merupakan fail teks biasa?"
  • "... bahawa komputer tidak melihat dengan cara yang sama dengan manusia?"
  • "... bahawa selain daripada Renault FT-17, Fiat 2000 ialah kereta kebal pertama mempunyai turet berputar dipasang?"
  • "... bahawa himpunan puisi Nyanyi Sunyi banyak bergantung pada kata-kata bahasa Melayu lama yang tidak banyak digunakan pada zaman penulisnya Amir Hamzah?"
  • "... bahawa ikan bandaraya mampu membersihkan akuarium dan tangki dengan memakan alga serta saki baki makanan ikan?"
  • "... bahawa lapisan nipis di bahagian dalam kulit telur bersifat separa telap?"
  • "... bahawa kuda dahulu dibela sebagai ternakan daging sebelum dilatih sebagai haiwan kerja?"
  • "... bahawa pada mesin kira, logaritma biasa selalunya dilabelkan sebagai "log" mengikut notasi jurutera, dan bukannya ahli matematik?"
  • "... bahawa perdayaan DNS boleh digunakan untuk membawa pengguna sesebuah tapak web ke tapak web lain?"
Minggu 45 Minggu 46
  • "... bahawa kain kiswah Kaabah diganti setahun sekali, sewaktu musim haji?"
  • "... bahawa pelayan nama mengehos khidmat rangkaian untuk menjawab pertanyaan ke atas khidmat direktori?"
  • "... bahawa pasta basah dibuat bukan untuk dipasarkan, kerana ia tidak tahan lama?"
  • "... bahawa IUPAC telah menyeret Jerman ke dalam Perang Transfermium antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet?"
  • "... bahawa gelaran wira dasar laut diberi berdasarkan berat dan jumlah kapal yang ditenggelamkan?"
  • "... bahawa kebanyakan lampu jalan suria boleh kekal menyala bagi lebih daripada satu malam?"
  • "... bahawa Knight Cross of the Iron Cross ialah darjah kebesaran tertinggi yang boleh dicapai oleh mana-mana askar Jerman Nazi kecuali seorang?"
  • "... bahawa di Internet, nama hos juga adalah nama domain yang ditetapkan pada komputer hos?"
  • "... bahawa tidak sesiapapun harus menulis autobiografi sehinggalah dia mencapai usia 40 tahun?"
  • "... bahawa anjing laut gajah utara jantan mampu menghamilkan sehingga 50 ekor betina?"
  • "... bahawa sesetengah kereta kebal kecil amat rendah sehinggakan orang di dalamnya perlu baring?"
  • "... bahawa perdagangan rokok tak sah dipacu oleh bekalan dan permintaan?"
Minggu 47 Minggu 48
  • "... bahawa peredaran termohalin kadang-kadang dipanggil "tali sawat penyampai lautan" atau "tali sawat penyampai global"?"
  • "... bahawa kebanyakan kuda "putih" sebenarnya adalah kuda "kelabu" yang putih sama sekali bulunya?"
  • "... bahawa nama dengan awalan "Su-" dan "Wa-" banyak ditemui di kalangan pemilik nama Jawa?"
  • "... bahawa mentega kacang sebenarnya bermula di zaman orang Aztek?"
  • "... bahawa Lencana Cedera ialah salah satu pingat kebesaran Reich Ketiga yang paling berharga, kerana ia terpaksa "dibeli dengan darah"?"
  • "... bahawa setiap kilogram air laut mempunyai kira-kira 35 gram garam terlarut?"
  • "... bahawa bulan Miranda menunjukkan lebih banyak bukti aktiviti geologi lampau daripada mana-mana satelit Uranus lain?"
  • "... bahawa Haji ialah Arafah?"
  • "... bahawa di sesetengah tempat di bawah lautan, mantel terdedah di permukaan Bumi?"
  • "... bahawa drama Shakespeare yang paling lama ialah Hamlet?"
  • "... bahawa tentera Czech menempah kereta kebal LT vz 35 walaupun banyak kecacatan, sehinggakan ia terpaksa dipulangkan?"
Minggu 49 Minggu 50
  • "... bahawa asbestos dianggap tidak menimbulkan bahaya kepada kesihatan jika ia kekal utuh?"
  • "... bahawa kestabilan hidrat pada umumnya ditentukan oleh sifat sebatian, suhu serta kelembapan relatifnya?"
  • "... bahawa semua tasik air tawar yang terbesar di dunia terletak di lembah rengkahan, kecuali satu?"
  • "... bahawa Pulau Easter ialah salah satu pulau paling terpencil di dunia, dan di sana terletak moai?"
  • "... bahawa hidupan terawal di Bumi wujud sekurang-kurangnya 3.5 bilion tahun lalu?"
  • "... bahawa terdapat sekurang-kurangnya dua spesies cacing tubifex yang dibiakkan untuk tujuan komersial?"
  • "... bahawa gabungan teknik akuakultur dan hidroponik menghasilkan sistem piskiponik?"
  • "... bahawa Piala Cabaran AFC dicipta agar negara-negara "kurang membangun" dapat merasai sendiri pengalaman bermain dalam sebuah pertandingan bola sepak ala Eropah?"
  • "... bahawa di titik Lagrange, sesebuah objek kecil yang dipengaruhi oleh graviti sahaja boleh secara teori menjadi sebahagian daripada suatu corak bentuk malar dengan dua objek lebih besar?"
  • "... bahawa kegagalan mematuhi limitasi arus dan voltan ketika mengecas bateri litium-ion boleh menyebabkan letupan?"
  • "... bahawa Kuda Emas menjadi lambang negara Turkmenistan?"
  • "... bahawa dalam geopolitik, laut pinggir sama dengan perairan wilayah?"
Minggu 51 Minggu 52
  • "... bahawa not-not skala muzik diatur mengikut pic?"
  • "... bahawa penggunaan kod ASCII dalam notasi ABC dapat membantu perkongsian muzik dalam talian?"
  • "... bahawa sesebuah pemboleh ubah dalam JavaScript tidak boleh dimulakan dengan nombor atau aksara $ atau _?"
  • "... bahawa lambang Hermes Kaduseus sering dikelirukan dengan lambang perubatan tongkat Asklepios?"
  • "... bahawa kawasan Medina Fes dipercayai kawasan bandar bebas kereta yang terbesar di dunia?"
  • "... bahawa hipster dikaitkan dengan muzik bebas, selera berpakaian yang menentang arus perdana, pandangan politik yang bebas atau liberal, serta kepercayaan dan gaya hidup alternatif?"

Arkib