Laman ini mengumpulkan fakta-fakta dari Wikipedia:Tahukah anda yang pernah dipaparkan di Laman Utama dan fakta-fakta ini diletakkan di bawah kategori:
Bahasa
Merangkumi fakta berkenaan bahasa, tulisan, aksara, etimologi dan linguistik.
- "... bahawa perkataan Artik datang daripada perkataan Greek arktos, yang bermaksud beruang?"
- "... bahawa Dunia Arab merupakan unit linguistik bumi yang kedua terbesar di dunia selepas Rusia?"
- "... bahawa hanya 4 % aksara Cina diperolehi dari piktograf, yang lainnya diperolehi daripada agregat logik dan piktofonetik?"
- "... bahawa beberapa perkataan bahasa Inggeris seperti amok, bamboo dan cockatoo berasal dari bahasa Melayu?"
- "... Hukum D-M ialah peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan?"
- "... bahawa bahasa baku ialah sejenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa, dan boleh dikatakan sebagai "loghat yang paling betul" bagi sesuatu bahasa?"
- "... bahawa perumpamaan dan pepatah merupakan dua dari pelbagai jenis peribahasa yang dimiliki bahasa Melayu?"
- "... bahawa perkataan banglo berasal dari perkataan Hindi bangla yang bermakna sebuah rumah "dalam gaya Bengal"?"
- "... bahawa kefahaman menyaling adalah ciri suatu set bahasa apabila penutur satu bahasa dalam set tersebut mampu memahami bahasa lain tanpa belajar bersungguh-sungguh?"
- "... bahawa kebanyakan bahasa suci telah pupus?"
- "... bahawa abjad untuk Bahasa Korea pernah ditulis menggunakan Hanja?"
- "... bahawa Kamus Kangxi merupakan kamus bahasa Cina piawai pada abad ke-18 dan ke-19?"
- "... bahawa tiada syarat khusus yang diterima umum bagi membezakan bahasa dan loghat?"
- "... bahawa bukan semua aksara hieroglif Mesir melambangkan huruf, ada yang melambangkan perkataan penuh?"
|