Laman ini mengumpulkan fakta-fakta dari Wikipedia:Tahukah anda yang pernah dipaparkan di Laman Utama dan fakta-fakta ini diletakkan di bawah kategori:
Politik dan Kerajaan
Merangkumi fakta berkenaan tokoh, struktur, dan cara pentadbiran organisasi politik dan pemerintahan kerajaan.
- "... bahawa di Indonesia, desa merupakan satu peringkat pentadbiran rasmi?"
- "... bahawa pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui pengaruh?"
- "... bahawa di Ukraine kerajaan telah meminta agar para majikan tidak menghukum pegawainya apabila mereka tiba-tiba bercuti sakit sementara pasukan bola sepak Ukraine masih bertanding dalam Piala Dunia FIFA?"
- "... bahawa Republik Hawaii adalah nama rasmi untuk Hawaii dari 1894 ke 1898 apabila ia ditadbir sebagai sebuah republik?"
- "... bahawa Peristiwa Memali 1985 menyebabkan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Musa Hitam terpaksa mengundur diri?"
- "... bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ialah sebuah badan bebas yang ditugaskan oleh Perlembagaan Malaysia untuk memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri di Malaysia?"
- "... bahawa provinsi ialah sejenis entiti subnegara yang setaraf dengan negeri, wilayah dan prefektur?"
- "... bahawa Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif bagi kerajaan negeri yang mempunyai Raja atau Sultan sahaja?"
- "... bahawa fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia adalah seolah-olah fungsi Bahagian Sumber Manusia dalam sebuah syarikat swasta?"
- "... bahawa Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani tidak hanya memperjuangkan pembebasan Wilayah Pattani sahaja tetapi seluruh kawasan Patani Raya?"
- "... bahawa liberalisme adalah satu fahaman, falsafah dan tradisi politik yang meletakkan kebebasan sebagai nilai politik yang tertinggi?"
- "... bahawa Ketuanan Melayu ialah fahaman perkauman bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Malaysia ataupun Tanah Melayu?"
- "... bahawa Sultan Brunei merupakan pemerintah mutlak negera Brunei?"
- "... bahawa mantan presiden Iran, Mohammad Khatami memenangi pilihan rayanya yang pertama setelah berkempen dengan anggota pasukan bola sepak kebangsaan Iran?"
- "... bahawa bentuk kerajaan sebuah persekutuan dikenali sebagai federalisme?"
- "... bahawa idea satu negara, dua sistem lahir dari Dasar Satu China?"
- "... bahawa perlembagaan Republik Rakyat China menetapkan tiga peringkat kerajaan tempatan secara de jure, tetapi kini terdapat lima peringkat secara de facto?"
- "... bahawa fungsi Suruhanjaya Eropah adalah seperti kabinet menteri di peringkat Kesatuan Eropah?"
- "... bahawa banyak parti politik mengatur tindakan dan program mereka berasaskan satu ideologi politik?"
- "... bahawa politik kiri kanan ialah satu cara biasa mengelaskan pendirian, ideologi atau parti politik sepanjang spektrum politik satu dimensi?"
- "... bahawa hanya separuh ahli Bundestag mewakili kawasan parlimen, manakala separuh lagi mewakili parti politik?"
- "... bahawa ahli Dewan Perwakilan Australia dilantik berkhidmat untuk tidak lebih daripada tiga tahun sahaja?"
- "... bahawa Maoisme ialah satu bentuk Marxisme diterbitkan dari ajaran pemimpin China iaitu Mao Zedong?"
- "... taraf politik Taiwan bergantung pada sama ada Taiwan kekal sebagai wilayah Republik China, disatukan semula dalam Republik Rakyat China atau mengisytiharkan kemerdekaan menjadi Republik Taiwan?"
- "... bahawa hak untuk memiliki dan memegang senjata rakyat A.S. dilindungi oleh Perakuan Hak Amerika Syarikat?"
- "... bahawa Rumah Putih Rusia menempatkan kerajaan pusat Rusia?"
- "... bahawa Robert Bobby Tufts merupakan seorang datuk bandar yang termuda di dunia?"
|