Wikipedia:Takrifan istilah dasar dan garis panduan

TAKRIFAN ASAS PERLEMBAGAAN WIKIPEDIA BAHASA MELAYU

Dalam penggunaan segala dasar dan garis panduan yang termaktub dalam Wikipedia, sebagai suatu perlembagaan utama yang diperlengkap dengan syarat dan peraturan yang konsisten dan berubah-ubah demi memelihara kualiti dan nilai keterampilan ensiklopedia ini agar selari dengan perubahan semasa, pengguna perkhidmatan ini wajar mengikuti kehendaknya melainkan konteksnya menghendaki maksud yang lain;


  • Wikipedia” ialah sebuah projek ensiklopedia pelbagai bahasa yang percuma, atas talian yang boleh diubah suai dan dibina secara kerjasama dengan menggunakan perisian wiki.
  • Bahasa Melayu” merupakan bahasa rasmi, bahasa rencana, bahasa suntingan, bahasa perantara, bahasa kerjasama, dan bahasa pelopor utama yang paling berhak digunakan dalam Wikipedia versi ini.
  • Bahasa Melayu Piawai” iaitu Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Bahasa Melayu piawai ini juga wajib mengikut saranan dan ketepatan yang ditentukan/diselaras oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Wikipedia bahasa Melayu hanya mengiktiraf penggunaan bahasa Melayu dari keluarga bahasa ini beserta dengan tatabahasa, kosa kata, susunan frasa, ayat, dialek dan lain-lain yang bersangkutan dengan penggunaan jenis bahasa ini.
  • Tulisan” hanya tulisan yang menggunakan aksara rumi atau/dan jawi dibenarkan penggunaan dalam Wikipedia bahasa Melayu. Penggunaan aksara-aksara lain dari bahasa-bahasa lain adalah terhad dan terbatas bergantung pada syarat dan keadaan tertentu. Nombor digit dan simbol pertukaraan aritmatik dan formula-formula khusus adalah dibenarkan.
  • Jimbo Wales” ialah Jimmy Wales merupakan pengasas dan presiden Yayasan Wikimedia.
  • Ahli Wikipedia” ialah orang yang menulis dan menyunting rencana/penyataan dalam/ untuk Wikipedia. Sesetengah orang merujuk ahli Wikipedia sebagai “Wikipedist”.
  • Penyelia Wikipedia” ialah Ahli Wikipedia yang mempunyai hak istimewa dalam aspek pentadbiran disesuatu versi Wikipedia sahaja.
  • "Birokrat" merupakan penyelia Wikipedia yang mempunyai kebolehan tambahan dalam urusan pentadbirannya.
  • Bot internet" (singkatan robot internet) merupakan satu program (proses automatik atau semi-automatik) yang berinteraksi dengan Wikipedia melalui internet.
  • "Pemeriksa" merupakan status seorang pengguna yang dapat memeriksa alamat IP mana-mana pengguna berdaftar, ataupun nama pengguna mana-mana alamat IP.
  • Pengguna berdaftar” pengguna yang telah disahkan berdaftar dalam Wikipedia.
  • Pengguna tidak berdaftar” pengguna yang melayari perkhidmatan yang disampaikan dalam Wikipedia tetapi tidak berdaftar atau pendaftaran masih belum disahkan oleh sistem.
  • Pengguna boneka (sockpuppet)“ adalah akaun tambahan yang digunakan oleh seseorang pengguna Wikipedia untuk tujuan mengganggu, mengelirukan atau menipu pengguna lain.
  • Alamat IP” adalah suatu nombor unik yang digunakan oleh peranti sebagai pengenalan dan untuk berkomunikasi antara satu sama lain di dalam satu rangkaian komputer yang menggunakan piawaian Protokol Internet (IP).
  • Penyumbang” merujuk kepada pihak/individu yang member sumbangan kepada projek Wikipedia samada secara sumbangan kredit, sumbangan moral, sumbangan penyuntingan, sumbangan pentadbiran ataupun sumbangan penyelenggaraan.
  • Duta” ialah wakil Wikipedia bahasa Melayu untuk Kedutaan Wikimedia.


Lain-lain maksud, entri dan erti istilah yang diguna pakai di laman bantuan dan projek boleh dirujuk melalui laman rencana atau artikel tertentu. Selain itu, laman dasar atau garis panduan Wikipedia bahasa Melayu juga boleh dijadikan medium bantuan. Anda juga amat disarankan untuk merujuk istilah umum lain yang biasa digunakan di Wikipedia dengan merujuk laman Wikipedia:Glosari.