Wikipedia:Tanggungjawab penyelia/Panduan

Berikut merupakan panduan kepada para penyelia Wikipedia Bahasa Melayu ketika menjalankan tugas kepenyeliaan:

Apa yang istimewa?

Aturcara Wiki mempunyai beberapa ciri terhad, tetapi amat penting. Penyelia boleh:

Melindungi laman

  • Lindung dan nyah lindung laman. Laman hanya dilindungi dalam kes istimewa - untuk maklumat dan garis panduan, lihat Wikipedia:Polisi perlindungan.

Menghapus dan memulih

  • Memadam laman dan sejarahnya. Untuk maklumat dan garis panduan, lihat kedua Wikipedia:Menghapuskan laman dan (seharusnya) Wikipedia:Panduan penghapusan. Untuk mencadang laman untuk dipadam (selepas membaca laman polisi dan garis panduan!), lihat Wikipedia:Permohonan memadam laman. Kadangkala pemadaman merupakan masalah teknikal, yang mana laman alihan perlu dipadamkan bagi menamakan rencana, atau laman yang sejarah telah dipecahkan dan perlu dipadam dan pecahan digabungkan kembali. Di waktu yang lain, ianya merupakan pembersihan suntingan sampah pada laman tanpa isi sebenar, atau menghapuskan bahan yang ditampal dari laman lain dan melanggar hak cipta.
  • Imej kekal dipadamkan. Ini merupakan keputusan tidak boleh ubah: apabila sesuatu imej dipadamkan, ia kekal padam. Untuk maklumat dan garis panduan, lihat Wikipedia:Polisi penggunaan imej. Untuk mencadangkan imej untuk dipadamkan (selepas membaca polisi), lihat Wikipedia:Permohonan memadam laman. Untuk mencabar keputusan memadamkan imej, pastikan anda masih mempunyai salinan imej (sekiranya tidak, tiada cara memulihkannya), kemudian lihat Wikipedia:Permohonan memulih laman. Sebenarnya tiada sebab tertentu pemadaman imej tidak boleh diundur; ini hanyalah cara perisian ini bertindak pada masa ini.

Mengembalikan ke asal

  • Kembalikan laman dengan pantas. Apabila melihat sumbangan pengguna, pautan yang kelihatan seperti [kembalikan] muncul sebelah suntingan yang terdapat di puncak sejarah suntingan. Klik pada pautan memulihkan suntingan akhir yang tidak disunting oleh pengguna tersebut, dengan ringkasan sunting (Suntingan xxx dikembalikan ke versi terakhir oleh xyz). Ini memudahkan pemulihan suntingan oleh pelaku musnah ( vandal ) yang tidak dikenali. Sila ambil perhatian, bahawa semua pengguna, termasuk yang tidak log masuk, mampu memulihkan laman.

Menyekat dan melepaskan sekatan

Sub-seksyen ini perlu dibaca sekali dengan Wikipedia:Polisi sekatan
  • Penyelia boleh menyekat dan tarik balik sekatan menyunting alamat IP dan pengguna berdaftar. Inilah harus diguna hanya untuk menghalang vandalisme yang tidak terhenti. Penyekatan tidak harus diguna untuk menyembunyikan pendapat yang kurang popular, vandalisme yang jarang, dan sebagainya.
  • Sebelum memulakan tindakan menyekat, penyelia mestilah bersikap rasional, jangan menyekat jika berasa was-was, sekatlah jika anda dipihak yang betul.
  • Mana-mana IP yang disekat, pengguna IP tersebut masih boleh melihat mana-mana kandungan dalam Wikipedia dan tidak dapat menyunting. Mereka boleh mencabar keputusan sekatan ini atau menghubungi mana-mana penyelia secara individu termasuk melalui email peribadi penyelia. Biasanya, penyekatan tamat selepas tempoh 24 jam, kerana IP dinamik dan proxy amat biasa digunakan di kalangan pembekal internet, Namun bergantung juga kepada set masa yang ditetapkan oleh penyelia semasa prosedur sekatan dibuat. Mana-mana pengguna yang disekat boleh mencabar keputusan penyekatan alamat IPnya atau alamat IP pengguna lain.

Tambahan

  • Kegunaan aplikasi sekatan untuk mengambil kesempatan dalam pertikaian kandungan adalah dilarang keras. Penyelia dilarang menyekat penyunting sesuka hati walaupun mereka dalam mod pertelingkahan. Bersabarlah dan berundinglah dengan damai.
  • Umumnya, sifat waspada patut dilatih sebelum menyekat pengguna yang mungkin bertindak dalam niat baik.
  • Sekatan-diri untuk mendapatkan kebenaran Wikicuti atau pengunduran diri dari Wikipedia adalah spesifiknya dilarang. Penyelia sepatutnya tidak menyekat diri mereka sendiri untuk tujuan uji kaji laman, melainkan mereka mempunyai IP statik yang tak berkongsi disebabkan dari akibat "autosekat" yang mungkin memberi kesan pada pengguna lain.

Ruangnama MediaWiki

  • Sejak 6 Disember 2004, penyelia boleh menyunting laman di ruangnama MediaWiki yang akan mengubah teks antara muka seperti pesanan di setiap halaman dan laman yang akan dilihat oleh penyunting yang disekat.

Lain-lain

  • 'Memindahkan' kategori.

Lihat juga