Tutorial
Pengenalan | Menyunting | Menformat | Pautan | Memetik sumber | Perbincangan | Peringatan | Pendaftaran | Laman pengguna | Kesimpulan

Perhatian: Ini merupakan versi ringkas bagi Glosari Wikipedia dan juga mengecualikan beberapa istilah yang diliputi dengan secukupnya di laman tutorial yang lain.

Rencana
Entri dalam ensiklopedia. Semua rencana Wikipedia ialah laman, tetapi bukan semua laman Wikipedia ialah rencana. Lihat Wikipedia:Rencana.
Pautan merah
Pautan wiki kepada laman yang tidak wujud, berwarna merah. Jika anda mempunyai pengetahuan tentang topiknya untuk dikongsi, klik pautan itu untuk membuat rencana baru.
Laman nyahkekaburan
Laman yang menerangkan sesuatu perkataan yang pelbagai erti, dan menunjukkan kita kepada laman-laman yang menakrifkan erti yang berbeza-beza itu. Cth., ABC
Konflik penyuntingan
Dua atau lebih parti mencuba untuk menyimpan suntingan yang berlainan kepada satu laman. LihatWikipedia:edit conflicts.
GFDL
Lesen Dokumentasi Bebas GNU. Semua rencana Wikipedia dikeluarkan di bawah lesen ini (lihat Wikipedia:Hak cipta untuk maklumat lanjut).
Ujian Google
Melaksanakan carian Google (atau mana-mana bentuk carian lain) bagi bahagian atau tajuk tertentu dalam sesebuah rencana untuk pelbagai tujuan. Empat tujuan terpenting adalah untuk (i) menyemak pelanggaran hak cipta, (ii) menentukan istilah mana satu yang digunakan paling meluas, (iii) memutuskan jika seseorang itu cukup dikenali untuk mengesahkan keperluan sebuah rencana dibuat mengenainya, dan (iv) memeriksa jika sesebuah topik yang dipersoalkan/kabur adalah benar-benar wujud. LihatWikipedia:Google Test.
Kedai Kopi
"Forum" untuk ahli-ahli membincangkan pembangunan Wikipedia.
Lencongan
Tajuk laman yang sekadar menghalakan pembaca ke laman lain setelah diminta dalam ruangan Cari. Ini digunakan untuk kata sama erti (sinonim) dan kemudahan pemautan. Cth. "komunis" melencong ke "komunisme". Rujuk Wikipedia:Lencongan.
Tidak ensiklopedik
Laman dalam ruang nama rencana (laman berlatar putih) yang membentangkan butiran-butiran tentang tokoh atau pertubuhan yang tidak terkenal secara terlalu memuja dan dianggap tidak sesuai dan/atau tidak bersifat keensiklopediaan oleh ramai ahli Wikipedia. Rencana-rencana sebegini selalunya disyaki hasil tulisan subjeknya. Lihat juga Wikipedia:Kelayakan.
Wikikan
Memformat dan mengolah semula penampilan rencana dengan menggunakan penanda Wiki (daripada teks biasa atau HTML) serta membubuh pautan dalam pada bahan supaya disepadukan dengan seluruh Wikipedia.

Untuk kembali ke tempat anda di Tutorial sebelum ini, klik butang "←" pada pelayar anda.