Wikipedia:WikiSihir

(Dilencongkan dari Wikipedia:WITCH)

WikiSihir (Bahasa Inggeris: WikiWitch), atau Wiki Ahli Sihir ialah seorang penyunting wiki yang mempunyai kesetiaan tinggi terhadap Wikipedia. Setiap perkara yang mereka lakukan adalah demi kebaikan Wikipedia.

Seorang WikiSihir sedang bersedia untuk membuka sebuah portal baru ke alam lain.

Perwatakan sunting

Dalam kesetiaan mereka terhadap Wikipedia, mereka mungkin kelihatan serupa dengan WikiFauna lain. Dan, sememangnya, WikiSihir lebih suka menghabiskan harinya dengan mencampurkan ramuan ubat-ubatan magisnya, ramai orang keliru dengan perwatakan WikiSihir ini yang boleh dikira sama dengan WikiPari. Selain itu, WikiSihir juga akan meluangkan harinya dengan menghasilkan sihir baru yang lebih berkuasa seperti pembukaan portal baru dan mewujudkan buku magis baru.

Apa yang membezakan WikiSihir dengan WikiPari ialah kesediaan mereka mempertahankan kerja mereka. Mereka tidak gentar pada raksasa-raksasa di luar sana yang gemar melakukan kerosakan pada Wikipedia.

Walau bagaimanapun, WikiSihir sebenarnya seorang yang suka menghormati orang lain dan bersikap sopan-santun tetapi mereka suka bersendirian. Mereka paling jarang memarahi pengunjung baru dan bersikap terbuka serta tolak-ansur dengan sifat jiran-jirannya, kadang-kadang mereka juga mengalu-alukan pelawat baru.

Bagaimana hendak mengenal pasti WikiSihir sunting

Kerana mereka tidak menunjukkan diri mereka, anda tidak dapat melihat WikiSihir. Kadang-kadang mereka boleh disalah anggap sebagai WikiPari.

Oleh itu, sesetengah mereka lebih suka untuk menunjukkan diri mereka dengan kotak pengguna {{Pengguna Wikipedia/WikiSihir}}.

WikiSihir juga boleh dikenali dengan mudah kerana mereka sering menggantung topi sihir mereka di depan pintu rumah, sebagaimana yang boleh dilihat pada: {{WikiSihir/ikonpuncak}}.