Wikipedia: WikiLeaks bukanlah sebahagian daripada Wikipedia

WikiLeaks tiada kaitan dengan Wikipedia mahupun Yayasan Wikimedia (yang mengendalikan Wikipedia).

"Wiki" merupakan perkataan am yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja; ia bukanlah sejenis jenama. Istilah tersebut wujud sebelum kemunculan Wikipedia, dan Yayasan Wikimedia tidak menuntuk hak milik nama tersebut walau dengan apa cara sekalipun. Perisian yang digunakan oleh kedua-dua laman, MediaWiki, merupakan perisian sumber terbuka yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

Dalam satu rencana bertarikh 11 Ogos 2010 dalam majalah The Daily Telegraph (UK), pengasas bersama Wikipedia Jimmy Wales dilaporkan telah menegaskan bahawa beliau tiada kaitan dengan laman web Wikileaks.org ("Jimmy Wales: orang menganggap saya bertanggungjawab terhadap Wikileaks").[1]

Nama domain wikileaks.com, wikileaks.net, wikileaks.us, wikileaks.biz, dan wikileaks.mobi mempunyai "pendaftarnya"[2] atau "organisasi berdaftar"[3] yang disenaraikan sebagai syarikat Jimmy Wales iaitu Wikia, dan ssetengahnya mempunyai nama Michael Davis (yang merupakan Ketua Pegawai Pengendalian Wikia),[4] yang disenaraikan sebagai "Nama Pendaftar". Laman berkenaan menunjukkan kandungan daripada laman Wikileaks.org. Ia mungkin membentuk asas kepada kekeliruan yang timbul; walau bagaimanapun, Wikia dan Wikimedia Foundation sendiri merupakan dua organisasi yang berasingan.

Menurut satu kenyataan oleh Wales pada 1 Oktober 2010:[5]

Wikia tidak memberi khidmat langsung pada mana-mana laman berkenaan. Rekod CNAME dalam DNS mengalihkan aliran trafik ke www.wikileaks.org.
Nama domain tersebut telah dipindahkan kepada Wikileaks lama dahulu, tetapi atas sebab-sebab yang tidak diketahui, Wikileaks langsung tidak menyelesaikan aspek teknikal pemindahan tersebut. Wikia telah membuat pelbagai permohonan kepada mereka untuk melakukannya, tetapi langsung tiada keputusan diperolehi. En. Assange menyatakan bahawa dia sangat sibuk sekarang, yang mana nampaknya seperti benar, memandangkan liputan berita akhir-akhir ini.

Pada awal Disember 2010, laman-laman tersebut menunjukkan laman parkir ataupun laman tapak tidak diperolehi.[6]

Sebagai tindak balas kepada soalan dalam laman perbincangannya pada 8 Disember 2010, Wales menyatakan:

Untuk menjawab soalan anda, semasa Wikileaks mula-mula dilancarkan mereka melancarkan satu sidang media dengan menggelarkan diri mereka sebagai "Wikipedia segala rahsia". Kami langsung tidak tahu siapa sebenarnya mereka, sama ada ia satu bentuk komplot atau spam atau siapa serba tahu, jadi beberapa nama domain didaftarkan secara defensif. Kami menghubungi mereka serta-merta untuk melihat apa yang telah berlaku dan mereka meminta maaf atas kecuaian menggunakan nama Wikipedia dan segalanya diselesaikan tanpa sebarang masalah... kecuali bagi mereka sebenarnya menamatkan aspek teknikal pemindahan tersebut.--Jimbo Wales (perbincangan) 01:18, 8 Disember 2010 (UTC)

Rujukan sunting

  1. ^ Richmond, Shane (11 August 2010). "Jimmy Wales: people think I'm responsible for Wikileaks". The Daily Telegraph. Dicapai pada 2010-12-01.
  2. ^ "WikiLeaks.com - WikiLeaks Information". DomainTools. Dicapai pada 2010-12-01.
  3. ^ "WikiLeaks.us - WikiLeaks Information". DomainTools. Dicapai pada 2010-12-01.
  4. ^ "User:Mdavis". Wikia Community Central. Wikia. Dicapai pada 2010-12-01.
  5. ^ Wales, Jimbo (1 October 2010). "Diff of past revision of Wikipedia:WikiLeaks is not part of Wikipedia". Wikipedia. Wikimedia Foundation. Dicapai pada 2010-12-01.
  6. ^ "Who Makes Money from WikiLeaks?".

Pautan luar sunting