Wikipedia:WikiProjek Anime dan manga

Wikipe-tan Malaysia

Selamat datang ke WikiProjek Anime dan manga, sebuah WikiProjek bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan mutu rencana berkaitan anime dan manga berdasarkan standard dan liputan Wikipedia terhadap rencana-rencana yang berkaitan.

Skop WikiProjek Anime dan manga terdiri daripada semua media, orang, organisasi dan fandom (kumpulan peminat) yang dikaitkan dengan francais ini. Hal ini termasuk juga subjek-subjek antarabangsa yang penting untuk liputan meluas dalam topik-topik dasarnya.

Meskipun skop WikiProjek ini meluas, ia masih memastikan bahawa tumpuannya terhad kepada media yang disediakan khas buat kegunaan di Jepun. Karya-karya animasi atau cetakan yang dihasilkan untuk penggunaan di luar Jepun sekalipun menarik perhatian media Jepun dari segi kandungannya atau bentuknya (seperti Animasi Cina, Animasi Korea, manhua, Megatokyo, dan Peach Fuzz) malang sekali tidak berada di bawah skop kami, termasuklah media, terutamanya media dalam permainan video, di mana watak-watak anime atau manga membuat kemunculan mereka.

WikiProjek berkaitan sunting

 
Maskot WikiProjek: Wikipe-tan
WikiProjek Induk
WikiProjek turun-temurun
WikiProjek serupa


Peserta sunting

Secara teknikal, sesiapa sahaja yang menyunting / menyumbang kepada rencana berkaitan dengan anime dan manga merupakan seorang peserta; syarat-syarat lain tidak diperlukan. Jika diinginkan, anda boleh menyenaraikan nama anda sebagai seorang perserta untuk menyebarkan berita tentang minat anda. Perbuatan ini dapat membantu menyebarkan berita tentang projek ini serta membenarkan penyunting dan penyumbang lain untuk mengenal pasti rencana yang anda gemar sunting.

Untuk meletakkan nama anda kepada senarai peserta projek, tambah yang berikut pada laman pengguna anda:

[[Kategori:Peserta WikiProjek Anime dan manga|{{subst:PAGENAME}}]]

Ataupun, jika anda ingin menggunakan kotak pengguna, sila letakkan {{Pengguna WP Anime}} pada laman pengguna anda dan abaikan templat di atas kerana ia disertakan bersama-sama kotak pengguna ini.

Pautan rujukan sunting

  • (Inggeris) Anime News Network - Laman berita tentang anime dengan ensiklopedia berkaitan.
  • (Inggeris) ANN Reviews - Hampir 1,000 ulasan berkaitan dengan anime dan manga daripada Anime News Network.
  • (Inggeris) AnimeResearch.com - Mengandungi rencana akademik berkaitan dengan anime dan budayanya.
  • (Inggeris) ICv2 - Berita industri terkini dan dalam arkib, termasuklah kedudukan jualan untuk novel-novel manga/grafik.
  • (Inggeris) Intersections - Jurnal akademik percuma, bertumpu pada media Asia Timur.
  • (Inggeris) Kanji Converter - Mengubah kanji kepada kana dan huruf-huruf Roman.
  • (Jepun) Voice Artist DataBase - Pangkalan pelakon suara latar Jepun.

  WikiProjek

 

  Majlis

 

  Panduan