Wikipedia Bahasa Latvia

Wikipedia versi bahasa Latvia

Wikipedia Bahasa Latvia (Bahasa Latvia: Vikipēdija latviešu valodā) adalah edisi berbahasa Latvia untuk ensiklopedia dalam talian percuma Wikipedia. Ia dicipta pada 6 Jun 2003.[2][3][4] Dengan lebih dari 126,000 rencana, kini Wikipedia Bahasa Latvia adalah yang ke-67 terbesar diukur dengan jumlah rencana[5] dan Wikipedia kedua terbesar dalam bahasa Baltik.[6]

Wikipedia Bahasa Latvia
Logo Wikipedia Bahasa Latvia
Tangkap layar
di 9 Mei 2014
on 9 Mei 2014
Maklumat umum
URLlv.wikipedia.org
JenisEnsiklopedia dalam talian
Tersedia dalamLatvia
Ditubuhkan6 Jun 2003 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikYayasan Wikimedia
Kandungan dan sokongan
KeluaranEnsiklopedia internet Edit the value on Wikidata
KomersialTidak
PendaftaranPilihan
Pengguna121,677 akaun berdaftar
2,192 penyumbang[a] (Dis 2018)
14 pentadbir
Dilancarkan pada6 Jun 2003; 20 tahun yang lalu (2003-06-06)
LesenCC Attribution / Share-Alike 3.0
Sebilangan besar teks juga berlesen dua di bawah GFDL. Pelesenan media berbeza-beza.
Pautan luar berkaitan
Pautan lainFacebook: wikipedialv Twitter: wikipedia_lv Instagram: lv.wikipedia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada Jun 2020, ia adalah Wikipedia bahasa ketiga yang paling banyak dikunjungi di Latvia dengan paparan lebih 2 juta pembaca laman.[7] Ia berada di bawah Wikipedia Bahasa Rusia dan Wikipedia Bahasa Inggeris (setiap 4 juta paparan laman di Latvia[8][9]).

Sejarah sunting

Wikipedia Bahasa Latvia dicipta bersama Wikipedia Bahasa Serbia, Kannada, Walloon, Wolof, dan Xhosa.[3] Rencana tertua adalah "Psihologija", yang diterbitkan pada 6 Jun 2003 dan dialihkan ke "Psiholoģija" (psikologi) pada 7 Disember 2004.[10] Laman utama ditambahkan empat bulan selepas terbitan rencana pertama, pada 6 Oktober 2003.[11]

Pertumbuhan awal edisi ini bergerak perlahan dan beberapa rencana mengenai aspek penting dalam budaya Latvia tiada pada mulanya.[2] Rencana mengenai Jāņi, misalnya, tidak ditulis sehinggalah pada Mac 2008.[12] Kadar pertumbuhan Wikipedia Bahasa Latvia mula menjadi stabil sejak 2006.[13]

Pada 30 September 2013, VisualEditor disediakan untuk pengguna yang masuk, dan pada 7 Oktober 2013, ia tersedia untuk semua pengguna di Wikipedia Bahasa Latvia.[14]

Wikipedia Bahasa Latvia berumur 10 tahun pada 6 Jun 2013. Logo peringatan telah dimuat naik untuk sambutan itu dan pesta kecil di kalangan "Wikiholics" masyarakat berlaku, seperti kebiasaan setiap kali pencapaian baharu dicapai.[15] Edisi ini melebihi 50,000 rencana pada 17 Ogos 2013.[4]

sunting

Pada 22 September 2004, logo "Wikipēdija" Bahasa Latvia pertama kali dimuat naik, dan pada 1 Jun 2005 nama itu ditukar menjadi "Vikipēdija".[16] Di media Latvia, kata-kata "Wikipedia" dan "Vikipēdija" digunakan secara bergantian untuk merujuk kedua-dua Wikipedia secara umum dan edisi Latvia secara khusus, tetapi "Vikipēdija" lebih biasa.[17][18]

Sebagai tindak balas kepada bencana keruntuhan bumbung pasar raya Zolitūde pada 21 November 2013, Wikipedia Bahasa Latvia seperti beberapa laman sesawang Latvia yang lain, mengubah logo selama tiga hari. Logo peringatan ini bewarna hitam dan mempunyai lilin disebelah kanan bawah.

Tonggak pencapaian sunting

  • 2003-06-06 — 1 rencana
  • 2004-12-28 — 500 rencana
  • 2005-03-05 — 1,000 rencana
  • 2005-10-15 — 2,500 rencana
  • 2006-09-07 — 5,000 rencana
  • 2007-07-19 — 10,000 rencana
  • 2009-02-13 — 20,000 rencana
  • 2010-09-19 — 30,000 rencana
  • 2012-02-19 — 40,000 rencana
  • 2013-08-17 — 50,000 rencana
  • 2015-03-03 — 60,000 rencana
  • 2016-06-19 — 70,000 rencana
  • 2017-11-17 — 80,000 rencana
  • 2018-12-27 — 90,000 rencana
  • 2020-01-24 — 100,000 rencana
 

Statistik sunting

Setakat November 2020, 126,000 rencana Wikipedia Bahasa Latvia[5] menyumbang kira-kira 32% daripada semua rencana yang ditulis dalam bahasa Baltik. Ia meningkat dari 24% pada 2014. Ini menjadikannya edisi kedua terbesar dalam keluarga bahasa berkenaan setelah Bahasa Lithuania, yang menyumbang 62%.[6] Pada 2018, rencana yang paling popular adalah "Latvija" (Latvia), "2018. gada Pasaules čempionāts hokejā" (Kejuaraan Dunia IIHF 2018), dan "Rīga", ibu kota Latvia.[19]

Komuniti sunting

Walaupun masih belum ada cawangan Wikimedia di Latvia, Yayasan Wikimedia secara rasmi mengiktiraf Wikimedians of Latvia User Group (Bahasa Latvia: Latvijas vikimedisti) pada 5 Mac 2015.[20] Ini adalah kumpulan pengguna aktif yang mewakili semua ahli Wikimedia di Latvia.

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Penyumbang adalah pengguna yang menyunting sekurang-kurangnya 10 kali sejak mereka mendaftar.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Wikipedia Statistics — Tables — Contributors" (dalam bahasa Inggeris). stats.wikimedia.org. Dicapai pada 9 November 2019.
  2. ^ a b ""Vikipēdijas" latviešu versijai jau desmit gadi" (dalam bahasa Latvia). Neatkarīgā Rīta Avīze. 5 Jun 2013. Dicapai pada 21 Julai 2014.
  3. ^ a b Zachte, Erik. "Creation history / Accomplishments". stats.wikimedia.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mei 2014.
  4. ^ a b "Vikipēdija:Aktualitātes". Vikipēdija (dalam bahasa Latvia). Yayasan Wikimedia. Dicapai pada 11 Mei 2014.
  5. ^ a b "List of Wikipedias". Meta-Wiki (dalam bahasa Inggeris). Yayasan Wikimedia. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  6. ^ a b "List of Wikipedias by language group". Meta-Wiki (dalam bahasa Inggeris). Yayasan Wikimedia. Dicapai pada 9 Mei 2014.
  7. ^ Page views by country - Latvian Wikipedia, Wikimedia Statistics, read on July 13th 2020
  8. ^ Page views by country - Russian Wikipedia, Wikimedia Statistics, July 13th 2020
  9. ^ Page views by country - English Wikipedia, Wikimedia Statistics, July 13th 2020
  10. ^ "Raksta "Psiholoģija" vēsture" (dalam bahasa Latvia). Vikipēdija. Dicapai pada 9 Mei 2014.
  11. ^ "Raksta "Sākumlapa" vēsture" (dalam bahasa Latvia). Vikipēdija. Dicapai pada 9 Mei 2014.
  12. ^ "Links — Reference" (dalam bahasa Inggeris). Latvians Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2014. Dicapai pada 12 Mei 2014. Incidentally, seeing as Jāņi is fast approaching, we searched Vikipēdija but came up with nothing. The English version, though, does have quite a comprehensive section on the subject of "Midsummer," covering the whole region of Northern Europe and the way it celebrates this time of the year.
  13. ^ Zachte, Erik. "Wikipedia Statistics — Europe — Contributors" (dalam bahasa Inggeris). stats.wikimedia.org. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  14. ^ "VisualEditor". MediaWiki (dalam bahasa Inggeris). Yayasan Wikimedia. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  15. ^ Elīna, Zalāne (7 Jun 2013). "Latviešu Vikipēdija svin 10 gadu jubileju" (dalam bahasa Latvia). Diena. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  16. ^ "Aizvien par "Wikipēdija" / "Vikipēdija"" (dalam bahasa Latvia). Vikipēdija. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  17. ^ "Vikipēdijas krievu valodas versija pārtrauc darbu, protestējot pret interneta cenzēšanu" (dalam bahasa Latvian). Kasnotiek.com. 10 July 2012. Dicapai pada 13 May 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Pirmā persona, kas iegūst savu "Wikipedia" lapu vēl pirms piedzimšanas" (dalam bahasa Latvia). DELFI.lv. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  19. ^ "Topviews Analysis". tools.wmflabs.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 November 2019.
  20. ^ "Wikimedians of Latvia User Group - Meta". meta.wikimedia.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 November 2019.

Pautan luar sunting