Wikipedia Bahasa Swahili

Wikipedia versi bahasa Swahili

Wikipedia Bahasa Swahili (Bahasa Swahili: Wikipedia ya Kiswahili) adalah Wikipedia edisi bahasa Swahili. Ini adalah edisi terbesar Wikipedia dalam bahasa Niger–Congo atau Nilo-Saharan, diikuti oleh Wikipedia Bahasa Yoruba.[1] Wikipedia Swahili juga adalah yang kedua di Afrika melampaui 10,000 rencana setelah Wikipedia Bahasa Afrikaans.[2]

Wikipedia Bahasa Swahili
Maklumat umum
URLsw.wikipedia.org
JenisProjek ensiklopedia internet
Tersedia dalamSwahili
Ditubuhkan8 Mac 2003 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikYayasan Wikimedia
Kandungan dan sokongan
KeluaranEnsiklopedia internet Edit the value on Wikidata
KomersialTidak
PendaftaranPilihan
LesenAtribusi-Perkongsian Serupa 3.0 Tidak Mudah Alih Creative Commons dan Lesen Dokumentasi Bebas GNU Edit the value on Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatMiami, Florida
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perkara itu disebutkan pada 27 Ogos 2006 dalam rencana oleh International Herald Tribune dan New York Newsday mengenai perjuangan edisi bahasa Wikipedia yang lebih kecil.[2] Pada 2009, Google menaja pembuatan rencana di Wikipedia Bahasa Swahili.[3] Pada 20 Jun 2009, Wikipedia Bahasa Swahili memberikan perubahan pada laman utamanya. Setakat Ogos 2020, ia mempunyai sekitar 60,000 rencana, menjadikannya Wikipedia terbesar ke-87.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "List of Wikipedias by language group" [Senarai Wikipedia mengikut kumpulan bahasa]. wikimedia.org (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ a b Building Wikipedia in African languages, oleh Noam Cohen, (dalam bahasa Inggeris) International Herald Tribune, 27 Ogos 2006.
  3. ^ "Hungry for New Content, Google Tries to Grow Its Own in Africa". nytimes.com (dalam bahasa Inggeris). 24 Januari 2010. Dicapai pada 14 Oktober 2014.
  4. ^ "List of Wikipedias" [Senarai Wikipedia]. wikimedia.org (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar sunting