Wikipedia Bahasa Inggeris Mudah

Wikipedia versi bahasa Inggeris Mudah

(Bahasa Inggeris: Simplified English Wikipedia) dimulakan sebagai balasan keperluan pelajar Bahasa Inggeris (pelajar EAL) dan para guru Bahasa Inggeris. Projek ini mula terdapat sumbangan utama selepas 150,000+ buah rencana di Wikipedia Bahasa Inggeris asal. Rencana di dalamnya adalah sepatutnya lebih ringkas, dan boleh digunakan demi tujuan pembacaan bebas dalam bilik kelas, kegiatan komputer, dan sebagainya.

Apakah itu Wikipedia Bahasa Inggeris Mudah? sunting

Wikipedia Bahasa Inggeris Mudah menggunakan lebih sedikit perkataan dan tatabahasa yang lebih ringkas daripada Wikipedia Bahasa Inggeris yang asal. Wikipedia Bahasa Inggeris Mudah ini menumpukan pada pembaca yang berbeza daripada kebanyakan pembaca Wikipedia dengan keperluan yang berbeza, misalnya, mereka yang bukan penutur ibunda bahasa Inggeris, para pelajar, kanak-kanak, para penterjemah, dan mereka yang mengalami kesukaran pembelajaran atau mereka yang mengalami kesukaran membaca.

Lazimnya, rencana Wikipedia Bahasa Inggeris Mudah merupakan ringkasan kebanyakan poin penting dalam rencana yang sedia ada.

Pautan luar sunting