Wilayah-wilayah Amerika Syarikat

Wilayah-wilayah Amerika Syarikat adalah satu jenis pembahagian politik Amerika Syarikat, ditadbir secara langsung oleh kerajaan persekutuan Amerika Syarikat dan bukan sebahagian daripada mana-mana Negeri A.S. Wilayah-wilayah ini telah dicipta untuk mentadbir tanah-tanah yang baru diperolehi sementara sempadan Amerika Syarikat masih lagi berubah. Wilayah-wilayah ini boleh dikelaskan sama ada mereka diperbadankan (bahagian Amerika Syarikat sebenar) dan sama ada mereka mempunyai sebuah kerajaan terancang (menerusi sebuah Akta Organik yang diluluskan oleh Kongres A.S. atau perlembagaan wilayah). Wilayah Amerika Syarikat yang terancang dan diperbadankan telah wujud dari tahun 1789 hingga 1959, yang menerusinya 31 wilayah memohon dan mencapai taraf kenegerian. A.S. sudah tidak mempunyai wilayah yang tidak diperbadankan (juga dikenali sebagai "pemilikan luar negeri" atau "kawasan insular") sehingga tahun 1856 tetapi masih lagi mengawal beberapa kawasan di antara mereka masakini.

Pembahagian politik Amerika Syarikat dari tahun 1868 hingga 1876, termasuklah sembilan wilayah terancang dan dua wilayah tak terancang.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting