Buka menu utama

Wilayah Bebas Trieste (Bahasa Itali: Territorio libero di Trieste, Bahasa Slovenia: Svobodno tržaško ozemlje; Bahasa Croatia: [Slobodni teritorij Trsta] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) merupakan sebuah kawasan bebas terletak dalam Eropah Tengah antara utara Itali dan Yugoslavia menghadap utara Laut Adriatik. Kawasan ini dipertanggungjawabkan secara langsung oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berikutan Perang Dunia Kedua.

Wilayah Bebas Trieste

Territorio Libero di Trieste (bahasa Itali)
Svobodno tržaško ozemlje (bahasa Slovene)
Slobodni Teritorij Trsta (bahasa Croatia)
1947–1954
Official flag of the Free Territory of Trieste
Coat of Arms
Flag Coat of arms
Lokasi  Wilayah Bebas Trieste  (center of red circle) di Eropah  (dark grey)
Lokasi  Wilayah Bebas Trieste  (center of red circle)

di Eropah  (dark grey)

StatusKawasan bebas di bawah tanggungjawab langsung Majlis Keselamatan PBB
Ibu kotaTrieste
Bahasa lazimbahasa Itali · bahasa Venezia · bahasa Slovene · bahasa Croatia · bahasa Friulia · bahasa Inggeris (sebagai bahasa pentadbiran)
Agama
Gereja Katolik Rom, Gereja Orotdoks Serb, Judaisme
DemonimTriestine
Pemerintahanpemerintah tentera sementara
dikawal Majlis Keselamatan PBB
Gabenor 
• 1947–51
Terence Sydney Airey
Mirko Lenac
• 1951–54
Thomas Winterton
Miloš Stamatović
PerundanganPeople's Assembly (never designated)
Era sejarahCold War
• Diasaskan
1947
• Resolusi 16 Majlis Keselamatan PBB
10 Januari 1947
10 Februari 1947
• 
Dibubarkan
Keluasan
738 km2 (285 bt2)
Populasi
• 1949
370000
Mata wangLira Itali (Zone A)
Triestine lira (Zone B)[1]
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Itali (1861–1946)
[[SFR Yugoslavia]]
Itali
Hari ini sebahagian daripada Croatia
 Itali
 Slovenia

Kawasan ini diagihkan antara kedua-dua negara jirannya secara de facto pada 1954 di mana ia dirasmikan oleh Perjanjian Osimo 1975, yang turut diratifikasikan pada tahun 1977.[2][3][4]

Gambaran umumSunting

Kota Trieste merupakan sebahagian daripada sebuah pelabuhan terpenting dalam Kerajaan Habsburg sejak ia diambil alih empayar tersebut pada 1382. Kawasan Istria pula dibahagikan antara kerajaan tersebut (di tengah, utara dan timur) dan Republik Venezia (di barat dan selatan). Kawasan keseluruhannya mempunyai kepelbagaian penduduk mengikut bahasa dan kaum, di mana majoriti penutur bahasa Itali hidup bersama minoriti-minoriti orang Slovenia, Serb, Croatia, Yunani dan Yahudi.[5][6]

Pihak Itali mengilhak Trieste, Istria dan sebahagian kawasan Slovenia pada 1921 tidak lama selepas Perang Dunia Pertama, lalu membentuk kawasan bernama Venezia Giulia, di mana banyak warga berbangsa Slav ditindas rejim fasis Mussolini. Kawasan ini diambil alih tentera Jerman Nazi selepas runtuhnya pemerintahan Mussolini lalu ia dijadikan suatu kawasan operasi (Operationszone Adriatisches Küstenland, "Kawasan Operasi Pesisiran Adriatik]]. Pihak tentera tersebut menyerah kalah pada 1 Mei 1945 setelah dikepung pihak tentera Yugoslav dan Divisyen Kedua New Zealand berikutan suatu konflik bersenjata di Opicina. Kedamaian sementara wujud di kawasan tersebut sehingga suatu perjanjian ditandatangani di Duino pada 10 Jun yang membentuk Garisan Morgan. Tentera Yugoslav menarik diri dari kawasan tersebut pada lusa harinya.[7][8]

Pada bulan Januari 1947, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan suatu "Resolusi 16" di bawah Perkara 24 piagamnya yang menyeru kepada pembentukan suatu negara bebas dalam kota ini serta kawasan sekelilingnya. Suatu statut kekal menentukan peruntukan untuk pembentukan negara ini diiktiraf undang-undang antarabangsa di bawah seorang gabenor disahkan Penguasa Pihak Empat (Quartipartite Powers).

Wilayah ini didirikan pada tanggal 10 Februari 1947 berdasarkan protokol Perjanjian Damai dengan Itali, dengan tujuan menampung populasi Trieste yang memiliki keanekaragaman kaum dan budaya dalam satu negara berdaulat yang berkecuali dari mana-mana pihak yang berperang. Ia juga didirikan untuk meredakan sebarang persengketaan yang wujud antara Itali dan Yugoslavia yang disebabkan oleh kedudukan Trieste yang berstrategi dalam perdagangan dengan Eropah Tengah, laliu menjadi rebutan kedua-dua kawasan tersebut. Pembaagian kawasan ini membentuk dua zon:

  • Zon A yang terdiri dari kota pelabuhan Trieste dan pesisir di barat laut
  • Zon B yang terdiri dari sebahagian kecil semenanjung Istria

==

RujukanSunting

  1. ^ "A/AC.25/Com.Jer/W.4". United Nations. Diarkibkan daripada asal pada 6 May 2014. Dicapai 5 June 2013. 
  2. ^ Drašček, Nuša. "Slovenska zahodna meja po drugi svetovni vojni", diplomsko delo, Univerza v Ljubljani, Ljubljana, 2005
  3. ^ Linden, Ronald Haly (2002). Norms and Nannies: The Impact of International Organizations on the Central and East European States (dalam bahasa Inggeris). Rowman & Littlefield. ISBN 9780742516038. 
  4. ^ Valussi, Pacifico; Ressmann, Costantino (1861). Trieste e l'Istria e loro ragioni nella quistione italiana (dalam bahasa Itali). Presso la liberia Brigola. 
  5. ^ http://www.kozina.com/premik/1910-02.pdf
  6. ^ "Ljudsko štetje Avstrijskega-ilirskega Primorja 31. decembra 1910 - Österreichisch-Illyrisches Küstenland - Volkszählung von 31. Dezember 1910 - Censimento del Litorale Austriaco-illirico del 31 dicembre 1910". www.kozina.com. Dicapai 10 September 2017. 
  7. ^ "Stanford University". stanford.edu. Diarkibkan daripada asal pada 21 Julai 2006. Dicapai 10 September 2017. 
  8. ^ "Ashburton Guardian". ashburtonguardian.co.nz. Diarkibkan daripada asal pada 27 Jun 2017. Dicapai 10 September 2017.