Edirne adalah sebuah wilayah Turki. Wilayah ini ialah wilayah yang terletak paling barat. Penduduknya berjumlah kira-kira 132,000 orang. Edirne merupakan pintu masuk sebelah barat yang pernah dilalui oleh Sultan Muhammad Al-Fateh untuk masuk ke dalam Kota Konstantinopel selepas proses penaklukan berakhir lantaran apabila pintu tersebut merupakan pintu pertama yang berjaya ditakluk oleh tentera Turki. Pintu tersebut merupakan pintu utama ke Lembah Lycos yang dikuasai oleh Giustiniani dan tenteranya yang berasal dari Genoa semasa peperangan sedang meletus. Selepas melangkah masuk melalui pintu tersebut, Sultan Muhammad Al-Fateh terus bersujud syukur lalu berdoa "Kami bersyukur kepadamu Tuhan. Jadikanlah kota ini (Konstantinopel) Islam keseluruhannya. Ramai syuhada' yang terkorban bagi merebut kota ini. Tempatkanlah mereka di syurga dan ampunkanlah dosa-dosa kami yang masih hidup."

Lokasi Wilayah Edirne