Wilayah Jazan

Wilayah Jazan (Bahasa Arab: منطقة جازان, translit. Mantiqat Jazan) atau Negeri Jazan merupakan salah satu wilayah di Arab Saudi, yang merupakan wilayah kedua terkecil. Ia membentangi sepanjang 300 kilometer pesisir pantai selatan Laut Merah, tepat di utara Yaman.

Jazan

جازان
Kedudukan Jazan dalam peta Arab Saudi
Kedudukan Jazan dalam peta Arab Saudi
Negara Arab Saudi
Ibu negeriJazan
Kerajaan
 • EmirMuhammad bin Nasser bin Abdulaziz (Sejak 3 April 2001[1])
Luas
 • Jumlah11,671 km2 (4,506 batu persegi)
Penduduk
 (2017)
 • Jumlah1,567,547
 • Kepadatan130/km2 (350/batu persegi)
ISO 3166-2
09

Ia meliputi kawasan seluas 11,671 km2 dan mempunyai penduduk seramai 1,567,547 mengikut bancian 2017.[2] Wilayah ini mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di Arab Saudi. Ibu negerinya ialah Bandar Jazan.[3] Bandar Ekonomi Jazan pula merupakan projek besar yang dirancang untuk melonjakkan ekonomi wilayah tersebut dan menjadi sebahagian daripada punca pertumbuhan ekonomi Arab Saudi[4].

Wilayah ini turut meliputi lebih 100 buah pulau di Laut Merah. Salah satunya ialah Kepulauan Farasan, yang menjadi kawasan pemuliharaan marin pertama di Arab Saudi yang turut menjadi tempat persinggahan burung yang berhijrah dari Eropah pada musim sejuk.

RujukanSunting

  1. ^ "CTHM Issues Four Royal Decrees". Kuwait News Agency. Dicapai pada 19 May 2020.
  2. ^ "Population Characteristics surveys" (PDF). General Authority for Statistics. 2017.
  3. ^ "CTHM issues 4 royal decrees". kuna.net.kw. 2001.
  4. ^ "Jazan Economic City Quarter Report" (PDF). Rcjy.gov.sa. 2017.