เลย
Loei
Peta Thailand menunjukkan Loei
Statistik
Keluasan (km²) 11,424.6
Jumlah penduduk 607,083 (tahun 2000)
Kepadatan (orang/km²) 53

Wilayah Loei (bahasa Thai: เลย) ialah satu wilayah (changwat) yang terletak di bahagian timur laut negeri Thai, dan merupakan salah satu wilayah yang mempunyai paling sedikit penduduk. Wilayah-wilayah berjiran (dengan arah ikut jam dari timur) ialah Nong Khai, Udon Thani, Nongbua Lamphu, Khon Kaen, Phetchabun, dan Phitsanulok. Di utara, ia menyempadani Xaignabouli dan Wilayah Vientiane di Laos.

Geografi sunting

Wilayah ini berbukit-bukau, dengan ibu kota Loei terletak di lembangan subur. Sungai Loei, cawang Sungai Mekong, yang mengalir merentasi wilayah ini membentuk sempadan antara Wilayah Loei di utara dan Laos yang berjiran.

Sedangkan suhu-suhu pada musim yang panas dalam sekitar bulan April boleh mencapai 40°C, wilayah ini adalah satu-satunya tempat di negeri Thai yang mencapai dengan tetap suhu yang lebih rendah daripada 0°C pada malam-malam musim yang sejuk pada sekitar bulan Disember.

Wilayah ini mempunyai banyak gunung, termasuk Gunung Phu Kradung yang merupakan sebahagian Taman Negara Phu Kradung.

Sejarah sunting

Pada tahun 1853, Raja Mongkut (Rama IV) mengasaskan kota Loei untuk mentadbirkan penduduk yang semakin bertambah di kawasan itu. Pada tahun 1907, Wilayah Loei ditubuhkan.

Lambang sunting

Mohor wilayah menunjukkan menara Phra That Si Song Rak yang dibina pada tahun 1560 oleh Raja Maha Chakrapat dari kerajaan Ayutthaya, dan Raja Chai Chetha dari Lan Xang. Ia menandai sempadan antara kedua-dua kerajaan. Pokok wilayah ialah Pokok Pinus Khasi (Pinus kesiya).

Bahagian pendtabiran sunting

 
Peta Amphoe

Wilayah ini dibahagikan kepada 12 buah daerah (Amphoe), serta 2 buah daerah kecil (King Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan lagi kepada 89 buah komun (tambon) dan 839 buah kampung (muban).

Amphoe King Amphoe
  1. Mueang Loei
  2. Na Duang
  3. Chiang Khan
  4. Pak Chom
  5. Dan Sai
  6. Na Hao
  1. Phu Ruea
  2. Tha Li
  3. Wang Saphung
  4. Phu Kradueng
  5. Phu Luang
  6. Pha Khao
  1. Erawan
  2. Nong Hin

Pautan luar sunting