Wilayah Luar Negeri British

(Dilencongkan dari Wilayah Luar Negeri)

Wilayah Luar Negeri British (juga dikenali sebagai Wilayah Seberang Laut British)[a] atau secara alternatifnya Wilayah Luar Negeri United Kingdom (atau Wilayah Seberang Laut United Kingdom)[b] ialah 14 buah wilayah di bawah bidang kuasa dan kedaulatan United Kingdom.[1][2] Wilayah tersebut merupakan sebahagian daripada Empayar British yang tidak beroleh kemerdekaan atau telah memilih untuk kekal sebagai wilayah British dan mereka bukanlah sebahagian daripada United Kingdom. Kebanyakan wilayah tersebut mempunyai pemerintahan sendiri dengan United Kingdom bertanggungjawab dalam hal ehwal pertahanan dan hubungan asing, manakala selebihnya tidak berpenduduk atau mempunyai penghuni sementara yang terdiri daripada anggota tentera atau masyarakat saintifik. Mereka berkongsi ketua negara yang sama iaitu Baginda Ratu Elizabeth II (terkini).

Wilayah Luar Negeri British
ولايه لوار نڬري بريتيش
Bendera Wilayah Luar Negeri British ولايه لوار نڬري بريتيش
Lokasi United Kingdom dan Wilayah Luar Negeri Brisith
Lokasi United Kingdom dan Wilayah Luar Negeri Brisith
(penempatan terbesar) terbesarGeorge Town, Gibraltar, Road Town
Bahasa rasmiInggeris
DemonimBritish, Briton
Wilayah
Pemimpin
• Ratu
Elizabeth II
Boris Johnson
• Menteri Negara
Tariq Ahmad
• Menteri Negara
Alan Duncan
Keluasan
• Jumlah
1,727,570 km2 (667,020 bt2)
Penduduk
• Anggaran 2010
250,000
Format tarikhhh/bb/tttt (AD)

Istilah "Wilayah Luar Negeri British" diperkenalkan oleh Akta Wilayah Luar Negeri British 2002, menggantikan istilah Wilayah Tanggungan British yang diperkenalkan melalui Akta Kerakyatan British 1981. Sebelum 1 Januari 1983, wilayah-wilayah tersebut secara rasmi dirujuk sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Dengan pengecualian Wilayah Antartik British serta Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan (yang hanya menempatkan pegawai dan kakitangan stesen penyelidikan) dan Wilayah Lautan Hindi British (digunakan sebagai pangkalan tentera), wilayah-wilayah lain mempunyai populasi awam yang tetap. Penduduk tetap untuk 7,000 orang atau lebih yang menetap di Kawasan Pangkalan Berdaulat Akrotiri dan Dhekelia adalah terhad untuk rakyat Republik Cyprus.

Walaupun wilayah tanggungan mahkota Jersey, Guernsey dan Pulau Man juga berada di bawah kedaulatan pemerintahan beraja British, mereka berada dalam hubungan perlembagaan yang berbeza dengan United Kingdom.[3][4] Wilayah luar negeri dan wilayah tanggungan diraja juga berbeza dengan alam Komanwel, satu kumpulan yang terdiri daripada 15 buah negara merdeka (dan United Kingdom) di mana Ratu Elizabeth II merupakan ketua negara mereka, dan daripada negara-negara Komanwel, sebuah persatuan yang terdiri daripada 52 buah negara yang kebanyakannya mempunyai hubungan bersejarah dengan Empayar British (yang juga merangkumi semua alam Komanwel).

Wilayah terkiniSunting

Empat belas Wilayah Luar Negeri British adalah:[5]

Bendera Jata Nama Lokasi Moto Luas Jumlah penduduk Ibu wilayah
Akrotiri dan Dhekelia Cyprus, Laut Mediterranean 255 km2 (98 bt2)[6] 7,700 (warga Cyprus; anggaran)
8,000 bukan tetap (anggota tentera UK dan keluarga mereka; anggaran)
Episkopi Cantonment
Anguilla Caribbean, Laut Atlantik Utara "Strength and Endurance" (Kekuatan dan Ketahanan) 91 km2 (35.1 bt2)[7] 13,500 (anggaran 2006)[8] The Valley
Bermuda Laut Atlantik Utara di antara Puerto Rico dan Cape Sable, Kanada "Quo fata ferunt" (Latin; "Ke mana takdir membawa") 54 km2 (20.8 bt2)[9] 64,000 (anggaran 2007)[10] Hamilton
Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan Lautan Atlantik Selatan "Leo terram propriam protegat" (Latin; "Biarkan singa melindungi tanahnya sendiri") 4,066 km2 (1,570 bt2)[11] 0
99 bukan tetap (pegawai dan kakitangan penyelidikan)[12]
King Edward Point
Gibraltar Semenanjung Iberia, Eropah daratan "Nulli expugnabilis hosti" (Latin; "Tiada musuh akan mengusir kita") 6.5 km2 (2.5 bt2)[13] 28,800 (anggaran 2005)[14]
1,250 bukan tetap (anggota tentera UK; anggaran 2012)
Gibraltar
Kepulauan Cayman Caribbean, Lautan Atlantik Utara "He hath founded it upon the seas" (Dia telah dirikannya di atas laut) 264 km2 (101.9 bt2)[15] 56,092 (anggaran 2013)[15] George Town
Kepulauan Falkland Lautan Atlantik Selatan "Desire the right" (Inginkan hak) 12,173 km2 (4,700 bt2)[9] 2,955 (bancian 2006)[16]
1,350 bukan tetap (anggota tentera UK; anggaran 2012)
Stanley
Kepulauan Pitcairn, Henderson, Ducie dan Oeno Lautan Pasifik 47 km2 (18 bt2)[17] 49 (anggaran 2014)[18]
6 bukan tetap (anggaran 2014)[19]
Adamstown
Kepulauan Turks dan Caicos Kepulauan Lucayan, Lautan Atlantik Utara 430 km2 (166 bt2)[20] 32,000 (bancian 2006)[20] Cockburn Town
Kepulauan Virgin British Caribbean, Lautan Atlantik Utara "Vigilate" (Latin; "Jaga-jaga") 153 km2 (59 bt2)[21] 27,000 (anggaran 2005)[21] Road Town
Montserrat Caribbean, Lautan Atlantik Utara "A people of excellence, moulded by nature, nurtured by God" (Rakyat cemerlang, dibentuk oleh alam, dipelihara oleh Tuhan) 101 km2 (39 bt2)[22] 4,655 (anggaran 2006)[22] Plymouth (ditinggalkan keran letusan gunung berapi—ibu kota de facto: Brades)
Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha,
termasuklah:
Lautan Atlantik Selatan 420 km2 (162 bt2) 5,530 (keseluruhan; anggaran) Jamestown
Saint Helena "Loyal and Unshakeable" (Setia dan Tidak Goyah) (Saint Helena) 4,255 (Saint Helena; bancian 2008)[23]
Pulau Ascension 880 (Ascension; anggaran)[24]
1,000 bukan tetap (Ascension; anggota tentera UK; anggaran)[24]
Tristan da Cunha "Our faith is our strength" (Keyakinan kita adalah kekuatan kita) (Tristan da Cunha) 300 (Tristan da Cunha; anggaran)[24]
9 bukan tetap (Tristan da Cunha; kakitangan kajicuaca)
Wilayah Antartik British Antartika "Research and discovery" (Penyelidikan dan penemuan) 1,709,400 km2 (660,000 bt2)[7] 0
50 bukan tetap pada musim sejuk, lebih 400 orang pada musim panas (kakitangan penyelidikan)[25]
Rothera (pangkalan utama)
Wilayah Lautan Hindi British Lautan Hindi "In tutela nostra Limuria" (Latin; "Lemuria di bawah lindungan kita") 46 km2 (18 bt2)[26] 0
3,000 bukan tetap (anggota tentera UK dan AS; anggaran)[27]
Diego Garcia (pangkalan)
Keseluruhan 1,727,570 km2 s. 250,000

RujukanSunting

CatatanSunting

  1. ^ Bahasa Inggeris: British Overseas Territories
  2. ^ Bahasa Inggeris: United Kingdom Overseas Territories

UmumSunting

  1. ^ "Supporting the Overseas Territories". Kerajaan UK. Dicapai pada 8 November 2014. There are 14 Overseas Territories which retain a constitutional link with the UK. .... Most of the Territories are largely self-governing, each with its own constitution and its own government, which enacts local laws. Although the relationship is rooted in four centuries of shared history, the UK government's relationship with its Territories today is a modern one, based on mutual benefits and responsibilities. The foundations of this relationship are partnership, shared values and the right of the people of each territory to choose to freely choose whether to remain a British Overseas Territory or to seek an alternative future.
  2. ^ "What is the British Constitution: The Primary Structures of the British State". The Constitution Society. Diarkib daripada yang asal pada 6 Oktober 2014. Dicapai pada 15 November 2014. The United Kingdom also manages a number of territories which, while mostly having their own forms of government, have the Queen as their head of state, and rely on the UK for defence and security, foreign affairs and representation at the international level. They do not form part of the UK, but have an ambiguous constitutional relationship with the UK. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  3. ^ "States of Guernsey: About Guernsey". Gov.gg. Diarkib daripada yang asal pada 12 Oktober 2010. Dicapai pada 8 Disember 2010. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  4. ^ "Government – Isle of Man Public Services". Gov.im. Diarkib daripada yang asal pada 18 Disember 2010. Dicapai pada 8 Disember 2010. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  5. ^ "[ARCHIVED CONTENT] UK Overseas Territories Foreign & Commonwealth Office". Collections.europarchive.org. Diarkib daripada yang asal pada 23 Jun 2012. Dicapai pada 8 Disember 2010. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  6. ^ "SBA Cyprus". Jncc.gov.uk. Dicapai pada 8 Disember 2010.
  7. ^ a b "British Antarctic Territory". Jncc.gov.uk. Dicapai pada 8 Disember 2010.
  8. ^ "Commonwealth Secretariat – Anguilla". Thecommonwealth.org. Diarkib daripada yang asal pada 17 Disember 2010. Dicapai pada 8 Disember 2010. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  9. ^ a b "UNdata | record view | Surface area in km2". United Nations. 4 November 2009. Dicapai pada 8 Disember 2010.
  10. ^ "Bermuda". Jncc.gov.uk. Dicapai pada 8 Disember 2010.
  11. ^ Vital Statistics – SOUTH GEORGIA AND THE SOUTH SANDWICH ISLANDS. 22 Januari 1993. CIA WORLD FACTBOOK 1992 melalui Perpustakaan Universiti Missouri-St. Louis.
  12. ^ "Population of Grytviken, South Georgia and the South Sandwich Islands". Population.mongabay.com. 31 Mac 2009. Diarkib daripada yang asal pada 17 Julai 2011. Dicapai pada 8 Disember 2010. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  13. ^ "Gibraltar". Jncc.gov.uk. Dicapai pada 8 Disember 2010.
  14. ^ "Commonwealth Secretariat – Gibraltar". Thecommonwealth.org. 7 November 2002. Diarkib daripada yang asal pada 6 Mac 2010. Dicapai pada 8 Disember 2010. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  15. ^ a b "The World Factbook: Cayman Islands". CIA. Dicapai pada 7 September 2016.
  16. ^ "Commonwealth Secretariat – Falkland Islands". Thecommonwealth.org. 14 Jun 1982. Diarkib daripada yang asal pada 13 Mei 2011. Dicapai pada 8 Disember 2010. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  17. ^ "Pitcairn Island". Jncc.gov.uk. Dicapai pada 8 Disember 2010.
  18. ^ Rob Solomon dan Kirsty Burnett (Januari 2014) Pitcairn Island Economic Review. government.pn. Dicapai 7 September 2016.
  19. ^ "Pitcairn Residents". puc.edu. Dicapai 7 September 2016.
  20. ^ a b "Turks and Caicos Islands". Jncc.gov.uk. 1 November 2009. Dicapai pada 8 Disember 2010.
  21. ^ a b "British Virgin Islands (BVI)". Jncc.gov.uk. Dicapai pada 8 Disember 2010.
  22. ^ a b "Montserrat". Jncc.gov.uk. Dicapai pada 8 Disember 2010.
  23. ^ "UN Statistics – St Helena census 2008" (PDF). United Nations. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 29 Jun 2014. Dicapai pada 4 Januari 2011. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  24. ^ a b c "St Helena, Ascension, Tristan da Cunha profiles". BBC. 16 Mac 2016. Dicapai pada 25 Jun 2016.
  25. ^ "Commonwealth Secretariat – British Antarctic Territory". Thecommonwealth.org. Diarkib daripada yang asal pada 5 Jun 2011. Dicapai pada 8 Disember 2010. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  26. ^ "British Indian Ocean Territory". Jncc.gov.uk. Dicapai pada 8 Disember 2010.
  27. ^ "Commonwealth Secretariat – British Indian Ocean Territory". Thecommonwealth.org. Diarkib daripada yang asal pada 5 Jun 2011. Dicapai pada 8 Disember 2010. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)

Bacaan lanjutSunting

  • Charles Cawley. Colonies in Conflict: The History of the British Overseas Territories (2015) 444pp
  • Harry Ritchie, The Last Pink Bits: Travels Through the Remnants of the British Empire (London: Hodder & Stoughton, 1997)
  • Simon Winchester, Outposts: Journeys to the Surviving Relics of the British Empire (London & New York, 1985)
  • George Drower, Britain's Dependent Territories (Dartmouth, 1992)
  • George Drower, Overseas Territories Handbook (London: TSO, 1998)
  • Ian Hendry dan Susan Dickson, "British Overseas Territories Law" (London: Hart Publishing, 2011)
  • Ben Fogle, The Teatime Islands: Adventures in Britain's Faraway Outposts (London: Michael Joseph, 2003)
  • Bonham C. Richardson (16 Januari 1992). The Caribbean in the Wider World, 1492–1992. Cambridge University Press. Dicapai pada 8 Disember 2010.

Pautan luarSunting