Nakhon Ratchasima

(Dilencongkan daripada Wilayah Nakhon Ratchasima)

Nakhon Ratchasima (Bahasa Thai: นครราชสีมา, IPA: [náʔkʰɔːn râːt.tɕʰa.sǐː.maː]; Melayu: Negara Rajasinga) merupakan sebuah bandar (thesaban nakhon) di timur laut (Isan), Thailand dan merupakan pintu masuk ke Isan. Bandar ini merupakan ibu kota Wilayah Nakhon Ratchasima dan daerah Nakhon Ratchasima. Semenjak 31 Mei 2007[1], bandar berkenaan mempunyai populasi seramai 147,437 orang lantas menjadikannya bandar dengan populasi ketiga terbanyak di Thailand.

Patung Thao Suranaree (Khun Ying Mo) menandakan pusat bandar berkenaan, di antara bandar lama di timur dan pembangunan lebih baru di sebelah barat.

Bandar ini dikenali sebagai Khorat or Korat (Bahasa Thai: โคราช) oleh masyarakat Thai yang merupakan nama pendek bagi nama lama Korakapura.[perlu rujukan] Bandar ini terletak di pinggir barat Dataran Khorat dan secara sejarahnya menandakan sempadan di antara Laos dan wilayah Siam. Bagaimanapun, sekarang bandar ini dianggap pintu masuk ke timur laut (Isan). Bandar ini juga merupakan ibu kota wilayah Nakhon Ratchasima dan daerah Nakhon Ratchasima. Nakhon Ratchasima juga adalah pusat kawasan metropolitan Nakhon Ratchasima.

Lokasi geografinya adalah 14°58.5′N 102°6′EKoordinat: 14°58.5′N 102°6′E.

Rujukan

sunting
  1. ^ ""http://www.dopa.go.th/"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-26. Dicapai pada 2007-12-15. External link in |title= (bantuan)