P'yŏng'an (P'yŏng'an-do [pʰjʌŋando]) adalah salah satu daripada Lapan Wilayah Korea semasa Dinasti Joseon. P'yŏngan terletak di barat laut Korea. Ibu kota wilayah itu ialah P'yŏngyang.

Wilayah P'yŏng'an
Pyongan
Nama Korea
Hangul평안도
Hanja平安道
Perumian SemakanPyeong-an-do
McCune–ReischauerP'yŏng'an-do
Nama Pendek
Hangul평안
Perumian SemakanPyeongan
McCune–ReischauerP'yŏngan
Statistics
KerajaanWilayah
Ibu KotaP'yŏngyang
WilayahKwansŏ
DialekP'yŏngan

Sejarah sunting

Wilayah P'yŏngan dibentuk pada tahun 1413. Namanya berasal dari nama dua bandar utamanya, P'yŏngyang (평양; 平壤) dan Anju (안주; 安州).

Pada tahun 1895, wilayah itu telah digantikan oleh Daerah Kanggye (Kanggye-bu; 강계부; 江界府) di timur laut, Ŭiju (Ŭiju-bu; 의주부; 義州府) di barat laut, dan P'yŏngyang (P'yŏngyang-bu; 평양부; 平壤府) di selatan.

Pada tahun 1896, Daerah Kanggye dan Ŭiju telah disusun semula ke dalam Wilayah P'yŏngan Utara, dan Daerah P'yŏngyang telah disusun semula ke dalam Wilayah P'yŏngan Selatan. Wilayah P'yŏngan Utara dan Selatan hari ini sebahagian daripada Korea Utara.

Geografi sunting

P'yŏngan telah disempadani di timur oleh Hamgyŏng, di selatan oleh Hwanghae, di sebelah barat oleh Laut Kuning, dan di utara oleh China.

NNama serantau untuk wilayah itu ialah Kwansŏ.

Pautan luar sunting

Templat:Kawasan dan bahagian pentadbiran di Korea Utara