Satun (Bahasa Thai: สตูล; Bahasa Melayu: Setul, Tulisan Jawi: ستول) merupakan salah satu wilayah (changwat) di selatan Thailand. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala utara ikut jam) ialah Trang, Phattalung dan Songkhla. Di bahagian selatan, Satun bersempadan dengan Malaysia.

Satun

สตูล

Setoi
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiستول
 • Tulisan Thaiเซทอย
Bendera bagi Satun
Official seal of Satun
Peta Thailand tertumpu pada Wilayah Satun
Peta Thailand tertumpu pada Wilayah Satun
Negara Thailand
Ibu kotaSatun
Kerajaan
 • GabenorNuachai Jiraapirak
Luas
 • Jumlah2,479.0 km2 (957.1 batu persegi)
Ranking kawasanKe-63
Penduduk
 (2011)
 • Jumlah301,467
 • KedudukanKe-69
 • Kepadatan120/km2 (310/batu persegi)
 • Kedudukan kepadatanKe-45
Zon waktuUTC+7 (Waktu di Thailand)
Kod ISO 3166TH-91

Geografi sunting

Satun terletak di Semenanjung Malaysia dan berpantai dengan Laut Andaman.

Taman marin Ko Tarutao dan Phetra terdapat di wilayah ini. Berdekatan dengan sempadan Malaysia ialah Thale Ban, sebuah taman yang memiliki sebuah rawa air tawar yang besar.

Sejarah sunting

Sehingga 1813, Satun merupakan sebuah mukim negeri Kedah Darul Aman di Malaya, dikenali sebagai Mukim Setul. Akibat perjanjian British dengan Siam pada 1909, British menyerahkan Setul kepada Siam kerana kebanyakan penduduknya ialah bangsa Thai. Satun pada mulanya ditadbirkan bersama Phuket dan pada 1925 disertakan dalam wilayah Nakhon Si Thammarat. Satun mula ditadbirkan secara sendirian pada 1933.

Bertitik-tolak dari peristiwa perjanjian British Siam pada tahun 1909 maka terpisahlah wilayah-wilayah Melayu di selatan Thailand dengan negeri-negeri serumpunnya iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Wilayah Setul ditukar namanya kepada Satun, Singgora menjadi Songkhla, Terang menjadi Trang, Jala menjadi Yala dan Menara menjadi Narathiwat. Wilayah-wilayah ini kemudiannya menerima perpindahan orang-orang Siam yang agak ramai untuk menyeimbangkan populasi Melayu-Muslim dengan Siam-Buddha. Satun contohnya, mempunyai populasi Muslim melebihi 90% pada awal kurun ke 19 tetapi sekarang ini, populasi Muslimnya berkurangan kepada 67.5%.

Dasar Thesapiban

Setelah wilayah-wilayah selatan ini menjadi milik mutlak Siam pada tahun 1909, pemerintah Siam pada ketika itu mengenakan dasar Thesapiban kepada penduduk-penduduk di kawasan ini dengan harapan untuk mengasimilasikan orang-orang Melayu Muslim kepada budaya masyarakat majoriti Siam-Buddha. Dasar ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Siam, Pibul Songgram yang memerintah Siam di antara tahun 1939 sehingga 1944.

Penduduk-penduduk Melayu dipaksa untuk menerima adat dan budaya masyarakat majoriti Siam-Buddha untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Bahasa Siam diajarkan di sekolah-sekolah dengan bahasa Melayu tidak diberikan perhatian langsung oleh pemertintah. Mujur sekali Dasar Thesapiban tidak memaksa orang-orang Melayu untuk meninggalkan Islam sebagai agama yang dianuti oleh mereka.

Apabila Siam menjadi Thailand pada tahun 1949, masyarakat Melayu telah dilabelkan sebagai ‘Thai-Muslim’. Jati diri masyarakat Melayu di selatan Thailand berjaya secara sedikit demi sedikit, dihakis menerusi Dasar Thesapiban ini. Kini, majoriti generasi muda Thai-Muslim di selatan Thailand tidak lagi fasih berbahasa Melayu dan lebih selesa menuturkan bahasa Thai.

Demografi sunting

Satun merupakan satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; 67.8% ialah Muslim dan 31.9% ialah penganut Buddha. 9.9% rakyat Satun ialah orang Melayu.

Simbol sunting

Lambang wilayah Satun memaparkan dewa Pra Samut Thewaa yang sedang duduk di atas batu dan berlatarkan laut dan matahari yang sedang membenam. Dewa Pra Samut Thewaa ialah penjaga laut dan matahari melambangkan Laut Andaman, yang terletak di sebelah barat wilayah tersebut.

Simbol-simbol yang lain termasuk pokok Thai Rosewood (Dalbergia bariensis), dan bunga Snowy Orchid Tree (Bauhinia acuminata). Slogan wilayah ialah, "Aman, Bersih dan Alam Semulajadi".

Bahagian pentadbiran sunting

Satun dibahagikan kepada 7 daerah (amphoe). Daerah-daerah ini dibahagi lagi kepada 36 sub-daerah (tambon) dan 277 kampung (muban). Satun sendiri ialah satu-satunya bandar (thesaban mueang), terdapat 5 lagi bandar (thesaban tambon). Kawasan bukan perbandaran ditadbir oleh 35 organisasi pentadbiran Tambon (TAO).

Peta Nombor Nama Thai Melayu
  1 Mueang Satun เมืองสตูล Mambang
2 Khuan Don ควนโดน Dusun
3 Khuan Kalong ควนกาหลง Padang Kecil
4 Tha Phae ท่าแพ Berakit
5 La-ngu ละงู Laut
6 Thung Wa ทุ่งหว้า Sungai Upe
7 Manang มะนัง ?

Pada asalnya, wilayah ini dibahagikan kepada 2 daerah – Mambang and Thung Wa – dan daerah kecil (King Amphoe) La-ngu. Disebabkan oleh penurunan pengeluaran lada di daerah Thung Wa, pada tahun 1930 kerajaan menjadikan Thung Wa daerah kecil dan mengisytiharkan La-ngu sebagai daerah. Pada tahun 1939 Mambang ditukar nama kepada Mueang Satun. Khuan Kalong telah dipisahkan daripada daerah Mueang pada tahun 1969, Tha Pae dipisahkan pada tahun 1976 dan Manang pada tahun 1996. Pada tahun 1973 Thung Wa mendapat kembali status daerah. Khuan Don telah ditubuhkan pada tahun 1975 dengan memisahkannya daripada daerah Mueang.

Pautan luar sunting