Songkhla (Bahasa Thai: สงขลา, disebut [sǒŋ.kʰlǎː]) ataupun Singgora merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah (changwat) di selatan Thailand. Wilayah-wilayah yang berdekatan adalah Satun, Phatthalung, Nakhon Si Thammarat, Pattani dan Yala. Di bahagian selatan Songkhla bersempadan dengan Malaysia.

Singgora

สงขลา
Songkhla Fisherman Village.jpg
Official seal of Singgora
Map of Thailand highlighting Songkhla Province
Map of Thailand highlighting Songkhla Province
Negara Thailand
Ibu kotaSongkhla
Kerajaan
 • GabenorKritsada Bunrat
Luas
 • Jumlah7,393.9 km2 (2,854.8 batu persegi)
Ranking kawasanKe-26
Populasi
 (2011)
 • Jumlah1,367,010
 • RankingKe-11
 • Kepadatan179.2/km2 (464/batu persegi)
 • Rangking kepadatanKe-14
Zon waktuUTC+7 (Waktu di Thailand)
Kod ISO 3166TH-90

Berbeza dengan kebanyakan wilayah lain, ibu kota, Songkhla bukanlah bandar terbesar dalam wilayah itu. Bandar yang lebih baru Hat Yai, yang mempunyai populasi seramai 359,813 orang, dianggap lebih besar, dua kali lebih banyak daripada populasi Songkhla (163,072). Ini sering membawa salah tanggapan bahawa Hat Yai adalah ibu kota wilayah.

GeografiSunting

Wilayah ini terletak di Semenanjung Tanah Melayu dan berpantai dengan Teluk Thailand. Tempat paling tinggi adalah Khao Mai Kaeo dengan 821 meter.

Di utara wilayah ini terletak Tasik Songkhla, tasik semula jadi terbesar di Thailand. Tasik ini berkeluasan 1,040 km². Dua taman negara terketak dalam wilayah ini. Taman Negara Sankalakhiri meliputi 214 km² tanah tinggi pergunungan di sempadan Thailand - Malaysia (Sankalakhiri ialah panggilan orang Thailand untuk Banjaran Titiwangsa); Khao Nam Khang, juga terletak di kawasan pergunungan.

SejarahSunting

Nama Songkhla sebenarnya adalah dari perkataan Thai Singgora (Jawi: سيڠڬورا); nama asalnya bermaksud kota singa dalam Bahasa Melayu. Ini merujuk kepada sebuah gunung berbentuk singa berdekatan kota Songkhla.

Dahulunya,Songkhla atau Singgora,nama asal wilayah Melayu sebelum dikuasai oleh kerajaan Siam atau kini,Thailand salah satu wilayah yang pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Kedah.

DemografiSunting

Majoriti penduduk Songkhla beragama Buddha, kebanyakannya orang Thai atau Cina Thai.[1] Kira-kira satu perempat daripada penduduk adalah Muslim.[2]

SimbolSunting

Lamabang wilayah Songkhla memaparkan kulit kerang di atas Phan (dulang) dengan hiasan kaca.

Bahagian pentadbiranSunting

Songkhla dibahagikan kepada 16 daerah (amphoe), daerah-daerah ini pula dibahagi lagi kepada 127 sub daerah (tambon) dan 987 kampung (muban).

  1. Mueang Songkhla (Melayu: Singgora)
  2. Sathing Phra
  3. Chana (Melayu: Chenok)
  4. Na Thawi (Melayu: Nawi)
  5. Thepha (Melayu: Tiba)
  6. Saba Yoi (Melayu: Sebayu)
  7. Ranot (Melayu: Renut)
  8. Krasae Sin
  1. Rattaphum
  2. Sadao (Melayu: Sendawa)
  3. Hat Yai
  4. Na Mom
  5. Khuan Niang
  6. Bang Klam
  7. Singhanakhon
  8. Khlong Hoi Khong

Peta Nombor Nama Thai Melayu Amphoe Yala.svg 1 Mueang Yala เมืองยะลา Jala, Jolor 2 Betong เบตง Betung 3 Bannang Sata บันนังสตา Benang Setar 4 Than To ธารโต Air Kedung 5 Yaha ยะหา Johar 6 Raman รามัน Reman 7 Kabang กาบัง Kabae, Kabe 8 Krong Pinang กรงปินัง Kampung Pinang

NotaSunting

  1. ^ Geoffrey Benjamin, Cynthia Chou. Tribal Communities in the Malay World. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 80. ISBN 981-230-166-6.
  2. ^ Kobkua Suwannathat-Pian. The Historical Development of Thai-Speaking Muslim Communities in Southern Thailand and Northern Malaysia. Civility and Savagery: Social Identity in Tai States. Routledge. m/s. 173. ISBN 0-7007-1173-2.

RujukanSunting

Pautan luarSunting