Mojilip Bumburing

(Dilencongkan dari Wilfred Bumburing)

Datuk Seri Panglima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred merupakan ahli politik Malaysia. Beliau adalah bekas Anggota Parlimen bagi kawasan Tuaran, Sabah dari parti United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO); sebuah parti komponen Barisan Nasional dari 2008 hingga 2013.[3] Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013 beliau telah bertanding semula di atas tiket Parti Keadilan Rakyat bagi kerusi Tuaran tetapi kalah kepada calon Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) - Barisan Nasional namun begitu beliau telah menang kerusi Tamparuli bagi Dewan Undangan Negeri Sabah.

Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima

Mojilip bin Bumburing @ Wilfred

PJN; SPDK (Sab); JSM
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tuaran, Sabah
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 3 April 2013
Didahului olehWilfred Madius Tangau (UPKOBN)[1]
Digantikan olehWilfred Madius Tangau (UPKOBN)
Dewan Undangan Negeri Sabah
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 7 April 2018
Didahului olehJahid Jahim (PBSBN)
Kawasan pilihan rayaTamparuli
Butiran peribadi
LahirTuaran, Sabah
Parti politikParti Bersatu Sabah (PBS) (1985-1994)
United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO)-Barisan Nasional (1994-2012)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)-Pakatan Rakyat (2012-2015)
Parti Cinta Sabah (PCS) (2015-)[2]
PekerjaanMalaysia ADUN

Beliau juga pernah menyertai parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).[4] Beliau merupakan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) merupakah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru yang dilancarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011.

Pilihan raya Malaysia 2008 Sunting

Parliamen Malaysia: P170 Tuaran, Sabah[5]
Tahun Barisan Nasional Undi Peratus Pakatan Rakyat Undi Peratus
2008 Wilfred Bumburing (UPKO) 17,645 58% Umsery @ Ansari bin Abdullah (PKR) 11,023 36%

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional di kawasan parlimen Tuaran , negeri Sabah.[5] Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred telah menang dengan mendapat undi sebanyak 17645.

Calon lawan ialah Ajin Nazin Bin Gagah dari (Bebas) mendapat 879 undi dan hilang deposit. Umsery @ Ansari Bin Abdullah dari PKR mendapat 11,023 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 74.9 %. Undi rosak sebanyak 979.

Keluar Barisan Nasional Sunting

Pada 23 Julai 2012, beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran. Pada 29 Julai 2012, beliau mengumumkan keluar dari dan parti UPKO dan Barisan Nasional(BN) bagi menyokong Pakatan Rakyat disebabkan oleh kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum.[6] Seterusnya melancarkan parti baru, Angkatan Perubahan Sabah (APS) atau 'Sabah Reform Front' di Dalit, Tuaran. Majlis itu turut disertai oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim . Tindakan beliau menyamai tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin.

Lihat juga Sunting

Rujukan Sunting

  1. ^ "Madius steps aside for Bumburing". Daily Express (Malaysia). 22 February 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-21. Dicapai pada 16 March 2010.
  2. ^ (Inggeris)PCS, Anak Negeri to contest in 29 state, 11 parliamentary seats
  3. ^ "Mojilip bin Bumburing @ Wilfred, Y.B. Datuk Seri Panglima". Anggota Parlimen. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-17. Dicapai pada 17 March 2010.
  4. ^ "Bumburing steps down as Upko Tuaran chief". BorneoPost. Dicapai pada 13 Jan 2012.
  5. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Dicapai pada 17 March 2010. Percentage figures based on total turnout.
  6. ^ "MP Tuaran keluar BN, sokong Pakatan", Malaysiakini.com, 29 Julai 2012.