Wilfried Bony

Pemain bola sepak

Wilfried Guemiand Bony (lahir 10 Disember 1988) merupakan pemain bola sepak Ivory Coast yang bermain untuk Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris dan pasukan kebangsaan Ivory Coast sebagai penyerang.[2]

Wilfried Bony
Bony bersama Swansea City pada tahun 2013
Maklumat peribadi
Nama penuh Wilfried Guemiand Bony[1]
Tarikh lahir (1988-12-10) 10 Disember 1988 (umur 35)
Tempat lahir Bingerville, Ivory Coast
Ketinggian 1.82 m (5 ka 12 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Manchester City
Nombor 14
Kerjaya remaja
Akademi Cyrille Domoraud
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2008 Issia Wazi
2007–2008Sparta Prague B (pinjam) 14 (2)
2008–2011 Sparta Prague 59 (22)
2011–2013 Vitesse 65 (46)
2013–2015 Swansea City 54 (25)
2015– Manchester City 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2010– Ivory Coast 32 (11)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13:25, 14 Januari 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13:25, 14 Januari 2015 (UTC)

Dia memulakan kariernya bersama Issia Wazi sebelum berpindah ke Sparta Prague pada tahun 2007, dan membantu mereka memenangi kejuaraan Gambrinus liga pada tahun 2010. Pada bulan Januari 2011, dia menyertai Vitesse, dimana dia menjadi penjaring terbanyak Eredivisie pada musim 2012–13, sebelum berpindah ke Swansea City dengan yuran perpindahan £12 juta. Dia menyertai Manchester City dengan yuran perpindahan £28 juta pada bulan Januari 2015.

Bermain di peringkat antarabangsa sejak tahun 2010, Bony dipilih ke dalam skuad Ivory Coast untuk Piala Dunia FIFA 2014 dan tiga kejohanan Piala Negara-Negara Afrika.

Rujukan sunting

  1. ^ "Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14". Premier League. 16 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-21. Dicapai pada 17 August 2013.
  2. ^ "Bony's the boy for Swans". swanseacity.net. Swansea City A.F.C. Dicapai pada 11 July 2013.

Pautan Luar sunting