Wilhelm Conrad Röntgen

Wilhelm Conrad Röntgen[2] (27 Mac 184510 Februari 1923) ialah ahli fizik dan jurutera mekanik berbangsa Jerman[1] Usaha beliau menemukan sinar X yang menggembar-gemburkan zaman fizik moden dan memperbaharukan kedoktoran diagnostik menjadi faktor kemasyhuran beliau yang menerima Hadiah Nobel dalam Fizik pertama pada tahun 1901.[3]

Wilhelm Röntgen
Kelahiran
Wilhelm Conrad Röntgen

(1845-03-27)27 Mac 1845
Meninggal dunia10 Februari 1923(1923-02-10) (umur 77)
WarganegaraJerman[1]
Pusat pendidikan
Terkenal keranaPenemuan sinar-X
AnugerahPingat Matteucci (1896)
Pingat Rumford (1896)
Pingat Elliott Cresson (1897)
Pingat Barnard (1900)
Hadiah Nobel dalam Fizik (1901)
Kerjaya saintifik
BidangFizik
Astronomi
Institusi
Penasihat kedoktoranAugust Kundt
Pelajar kedoktoran
Pelajar lain yang terkenalFranz S. Exner
Tandatangan

Awal hidup sunting

Röntgen dilahirkan di pekan Lennep yang kini sebahagian daripada bandar Remscheid di barat North Rhine-Westphalia. Beliau ialah anak tunggal kepada pengusaha kain, Friedrich Conrad Röntgen serta isterinya, Charlotte Constanze Frowein yang berasal dari Amsterdam.[4] Ketika berusia tiga tahun, keluarga Röntgen berpindah ke Belanda, tempat tinggal ibunya.[5] Beliau bersekolah di Apeldoorn hingga 1861 sebelum berpindah ke Utrecht dan belajar di sana pada 1862.[6][7]

Pendidikan dan kerjaya sunting

 
Kepingan sinar X pertama hasil Röntgen pada tangan isterinya.

Rontgen mendapat pengajiannya di politeknik di Zurich dan kemudian menjadi profesor pensyarah fizik di Universiti Strasbourg (1876-79), Giessen (1879-88), Wurzburg (1888-1900), dan Munich (1900-20). Penelitiannya juga termasuk karya penulisan mengenai keanjalan, tindakan rerambut pada cecair, suhu gas tertentu, kekonduksian pada hablur, penyerapan haba gas, dan piezoelektrik.

Pada 1895, saat melakukan percubaan dengan aliran arus elektrik dan tabung gelas yang dikosongkan sebahagian (tabung sinar katod), Roentgen mengamati bahawa potongan barium platinosianida yang berdekatan melepaskan sinar ketika tabung itu dioperasikan. Beliau merumuskan teori bahawa saat sinar katod (elektron) menembus dinding gelas tabung, beberapa radiasi yang tidak diketahui terbentuk yang melintasi ruangan, menembusi bahan kimia, dan menyebabkan pendafluoran. Pengamatan lebih lanjut mendapati bahawa kertas, kayu, dan aluminium di antara bahan lainnya kelihatan lutsinar apabila dipancarkan pada sinar ini. Beliau menemukan bahawa sinaran tersebut mempengaruhi plat fotografi, dan tidak secara nyata menunjukkan beberapa sifat cahaya, seperti pantulan atau pembiasan, lalu beliau tersilap berfikir bahawa sinar itu tidak berhubungan pada cahaya. Dalam pandangan pada sifat yang tidak pasti itu, beliau menyebut fenomena sinaran X, walau juga dikenal sebagai sinaran Roentgen. Beliau mengambil fotografi sinar-X pertama, dari bahagian dalam objek logam dan tulang tangan isterinya, Anna Ludwig.

Penulisan pertama beliau mengenai penemuan ini bertajuk Ueber eine neue Art von Strahlen ("Perihal Suatu Jenis Sinaran Baru") diterbitkan pada 28 Disember 1895, laporan ini pula dihebahkan sebuah akhbar dari Austria tidak lama kemudian pada 5 Januari 1896. Röntgen diberikan anugerah ijazah Kedoktoran Perubatan kehormat oleh Universiti Würzburg atas penemuan ini. Beliau menerbitkan sebanyak tiga buah laporan mengenai sinar X secara keseluruhannya antara tahun-tahun 1895 dan 1897.[8] Beliau kini dianggap sebagai "bapa radiologi", yakni bidang perubatan yang melibatkan pengimejan sinaran X untuk mengesan penyakit.

 
Batu nisan keluarga Röntgen di Geissen.

Röntgen meninggal dunia akibat karsinoma usus pada 10 Februari 1923.[9] Sebagai menunaikan wasiatnya, beliau dikebumikan bersama-sama ibu bapanya di Giessen. Harta kekayaannya disumbangkan terhadap badan-badan kebajikan seperti bantuan kepada orang miskin di Weilheim.[10]

Keluarga sunting

Röntgen berkahwin dengan Anna Bertha Ludwig pada tahun 1872 (meninggal tahun 1919). Mereka bersama membesarkan seorang anak angkat daripada abang Anna bernama Josephine Bertha Ludwig pada tahun 1887.[11] Beliau mewarisi kekayaan bernilai 2 juta Reichsmark daripada mendiang ayahnya,[12] namun inflasi yang berlaku berikutan Perang Dunia Pertama menyebabkannya muflis lalu beliau menghabiskan sisa hidupnya di kediaman peribadinya di Weilheim, berdekatan Munich.[13]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Wilhelm Röntgen (1845-1923) – Ontdekker röntgenstraling" (dalam bahasa Jerman). historiek.net.
  2. ^ nama keluarganya turut dieja sebagai Roentgen sekiranya tiada kemudahan meletakkan tanda umlaut.
  3. ^ Novelize, Robert (1997). Squire's Fundamentals of Radiology (ed. ke-5). Harvard University Press. m/s. 1. ISBN 0-674-83339-2.
  4. ^ Heinz Otremba: Wilhelm Conrad Röntgen. Ein Leben im Dienst der Wissenschaft. ... Würzburg 1970, m/s. 31.
  5. ^ "Wilhelm Röntgen". University of Washington: Department of Radiology (dalam bahasa Inggeris). 7 Januari 2015.
  6. ^ Walter Beier: Wilhelm Conrad Röntgen. Teubner Verlagsgesellschaft, Leipzig u. a. 1970, m/s. 11.
  7. ^ Angelika Schedel, Gundolf Keil: Der Blick in den Menschen. Wilhelm Conrad Röntgen und seine Zeit. Urban & Schwarzenberg, Munich/Wien/Baltimore 1995, ISBN 3-541-19501-0, m/s. 31.
  8. ^ Wilhelm Röntgen, "Ueber eine neue Art von Strahlen. Vorläufige Mitteilung", dalam: Aus den Sitzungsberichten der Würzburger Physik.-medic. Gesellschaft Würzburg, m/s. 137–147, 1895; Wilhelm Röntgen, "Eine neue Art von Strahlen. 2. Mitteilung", dalam: Aus den Sitzungsberichten der Würzburger Physik.-medic. Gesellschaft Würzburg, m/s. 11–17, 1896; Wilhelm Röntgen, "Weitere Beobachtungen über die Eigenschaften der X-Strahlen", dalam:"Mathematische und Naturwissenschaftliche Mitteilungen aus den Sitzungsberichten der Königlich Preußischen Akademie der Wissenschaften zu Berlin" (dalam bahasa Jerman). 1897: 392–406. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  9. ^ Glasser, Otto (1933). Wilhelm Conrad Röntgen and the Early History of the Roentgen Rays. London: John Bale, Sons and Danielsson, Ltd. m/s. 305. OCLC 220696336.
  10. ^ Deutsches Röntgen-Museum (Hrsg.): Die Augen des Professors. ... Berlin 2008, m/s. 80.
  11. ^ Glasser (1933: 63)
  12. ^ Lessing, Hans-Erhard. "Eminence thanks to fluorescence - Wilhelm Röntgen". German Life. Grantsville MD (Oct/Nov 1995): 40-42.
  13. ^ Nitske, Robert W. (1971). The Life of W. C. Röntgen, Discoverer of the X-Ray. University of Arizona Press.

Pautan luar sunting