Wilhelmus

(Dilencongkan daripada Wilhelmus van Nassouwe)

Het Wilhelmus [hét vil-hél-mus; "Sang Wilhelm"] atau Wilhelmus van Nassouwe ("Wilhelmus dari kerabat Nassau") ialah lagu kebangsaan Belanda. Ia merupakan lagu kebangsaan dengan gubahan lagu tertua di dunia. Irama lagu tersebut dapat dikenalpasti digubah seawal 1572.[2]

Wilhelmus
Sebuah manuskrip awal Wilhelmus tahun 1617[1]

anthem  Belanda
Liriktidak diketahui
MuzikAdrianus Valerius, 1574
Diguna pakai1932
1954 (Antillen Belanda)
Dilepaskan1964 (Antillen Belanda)
Sampel audio
Wilhelmus (organ dan choir)

Seni kata lagu ini pula pada asalnya dinukilkan sebagai sebuah sajak oleh Marnix van St. Aldegonde antara 1568 dan 1572 yang menceritakan pengalaman William sang Pendiam (dari sudut pandang beliau) dan perjuangannya memerdekakan Negeri-Negeri Pamah daripada pengaruh pemerintahan Habsburg Sepanyol semasa meletusnya Perang Lapan Puluh Tahun. Sajak ini kemudiannya ditambahkan iramanya oleh seorang penyajak bernama Adriaan Valerius pada tahun 1626 menggunakan sebuah lagu tentera Perancis yang lama bernama "Autre chanson de la ville de Chartres assiégée par le prince de Condé"[3]. Lagu ini disytiharkan secara rasmi kegunaannya sebagai lagu kebangsaan Belanda pada 10 Mei 1932.

Lagu ini turut digunakan di kawasan Nusantara dijajah Belanda sehingga adanya terjemahan bahasa Melayu untuk memudahkan ia dinyanyikan orang jelata jajahan pada ketika itu.

Sejarah penukilan

sunting

Irama lagu

sunting

Irama lagu kebangsaan ini disadur daripada "Autre chanson de la ville de Chartres assiégée par le prince de Condé", suatu lagu yang digubah dalam masyarakat Katolik Perancis pada tahun 1568 yang meraikan serta mempersendakan kegagalan Putera Louis dari Condé (yang bermazhab Huguenot) mengepung Chartres semasa Perang Agama Perancis.[4] Lagu ini kemudiannya dipakai pihak Protestan Belanda untuk tujuan mengajuk pihak Katolik ini.[5] Lagu ini dimainkan dalam tempo yang lebih laju[6] sebelum ia diperlahankan dalam penggubahan dikarang Adriaen Valerius pada 1626 agar ia mudah dinyanyikan di gereja-gereja.

Seni kata lagu

sunting

Seni kata lagu ini dikaji tercatat seawal April 1568 dari masa mulanya Perang Lapan Puluh Tahun dengan Pengepungan Brielle pada 1 April 1572.[7] Pengkaryaan ia banyak dipertikaikan sama ada dari datuk bandar Antwerp Filips van Marnix atau Dirck Coornhert, seorang penulis, penerjmah dan ahli politik; namun tiada bukti ada menunjukkan pengakuan mereka mengkarya lagu ini. Walau bagaimanapun, terdapat kajian terbaharu bahawa lirik lagu ini dikaryakan Pieter Datheen berdasarkan perbandingan stilometri antara gaya penulisannya dengan bait-bait seni kata ini.[8][9][10]

Lirik penuh

sunting

Lirik bahasa Belanda asal
(ejaan lama, 1568)

Wilhelmus van Nassouwe
Ben ick van Duytschen bloet
Den Vaderlant getrouwe
Blyf ick tot in den doet:
Een Prince van Oraengien
Ben ick vrij onverveert,
Den Coninck van Hispaengien
Heb ick altijt gheeert.

In Godes vrees te leven
Heb ick altyt betracht,
Daerom ben ick verdreven
Om Landt om Luyd ghebracht:
Maer God sal mij regeren
Als een goet Instrument,
Dat ick zal wederkeeren
In mijnen Regiment.

Lydt u myn Ondersaten
Die oprecht zyn van aert,
Godt sal u niet verlaten
Al zijt ghy nu beswaert:
Die vroom begheert te leven
Bidt Godt nacht ende dach,
Dat hy my cracht wil gheven
Dat ick u helpen mach.

Lyf en goet al te samen
Heb ick u niet verschoont,
Mijn broeders hooch van Namen
Hebbent u oock vertoont:
Graef Adolff is ghebleven
In Vriesland in den slaech,
Syn Siel int ewich Leven
Verwacht den Jongsten dach.

Lirik ejaan moden
Wilhelmus van Nassouwe
ben ik, van Duitsen bloed,
den vaderland getrouwe
blijf ik tot in den dood.
Een Prinse van Oranje
ben ik, vrij onverveerd,
den Koning van Hispanje
heb ik altijd geëerd.

In Godes vrees te leven
heb ik altijd betracht,
daarom ben ik verdreven,
om land, om luid gebracht.
Maar God zal mij regeren
als een goed instrument,
dat ik zal wederkeren
in mijnen regiment.

Lijdt u, mijn onderzaten
die oprecht zijt van aard,
God zal u niet verlaten,
al zijt gij nu bezwaard.
Die vroom begeert te leven,
bidt God nacht ende dag,
dat Hij mij kracht zal geven,
dat ik u helpen mag.

Lijf en goed al te samen
heb ik u niet verschoond,
mijn broeders hoog van namen
hebben 't u ook vertoond:
Graaf Adolf is gebleven
in Friesland in de slag,
zijn ziel in 't eeuwig leven
verwacht de jongste dag.

Terjemahan bahasa Melayu
dipakai di Hindia Timur (EYD)

Wilhelmus dari Nassau,
Adalah aku, yang berdarah Jerman.[nota 1]
Setia pada tanah air,
sampai aku mati.
Sebagai Putera Oranye
yang bebas dan tak gentar.
Raja Sepanyol
selalu aku hormati.

Hidup takut kepada Tuhan
Selalu aku usahakan.
Kerana hal inilah aku diusir
Dari tanah dan rakyatku.
Tetapi Tuhan akan menuntunku
seperti hamba yang baik.
Sehingga aku mungkin bisa kembali
ke tanahku.

Setia pada tujuanku,
yang jujur dari sananya.
Tuhan tidak akan meninggalkanmu
meskipun kamu dalam kesulitan.
Dia [sesiapa] yang mencuba hidup dalam Tuhan,
haruslah berdoa siang dan malam,
Ia akan memberiku kekuatan
dan aku akan menolongmu.

Hidup dan keberuntunganku
tidak menyebabkan aku meninggalkanmu.
Saudaraku yang lebih tua
sudah menunjukkan hal ini:
Graaf Adolf gugur
dalam pertempuran di Frisia.
Rohnya disemadi abadi
menunggu Penghakiman Terakhir.

Nota
  1. ^ "Jerman" (atau Duytschen) di sini merujuk kepada asal-usul Raja William baik dari Nassau mahupun tanah-tanah Empayar Rom Suci yang turut merangkumi Belanda pada ketika itu.[11][12] namun ia lebih digunakan untuk menonjolkan diri William berbanding Raja Sepanyol yang menjadi lawannya.[13]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ M. de Bruin, "Het Wilhelmus tijdens de Republiek", in: L.P. Grijp (ed.), Nationale hymnen. Het Wilhelmus en zijn buren. Volkskundig bulletin 24 (1998), p. 16-42, 199–200; esp. p. 28 n. 65.
  2. ^ "Facts About National Anthems". www.national-anthems.org. The words of the Japanese anthem Kimigayo date from the 9th century.
  3. ^ https://www.youtube.com/watch?v=sgECAmtABEM
  4. ^ "O la folle entreprise du Prince de Condé" (Wilhelmus van Nassau), c. 1568 di YouTube
  5. ^ "Geuzenliedboek". cf.hum.uva.nl. Dicapai pada 14 Ogos 2016.
  6. ^ "Het Wilhelmus" (reconstruction) di YouTube, in the pace of the 16th century version
  7. ^ "Louis Peter Grijp-lezing 10 mei 2016". Vimeo. Dicapai pada 13 Ogos 2016.
  8. ^ "'Schrijver Wilhelmus is te ontdekken met computeralgoritme'" (dalam bahasa Belanda). Dicapai pada 13 Ogos 2016.
  9. ^ "Toevallig op Petrus Datheen stuiten" (dalam bahasa Belanda). 11 Mei 2016. Dicapai pada 13 Ogos 2016.
  10. ^ "Louis Peter Grijp-lezing online" (dalam bahasa Belanda). 22 Mei 2016. Dicapai pada 13 Ogos 2016.
  11. ^ Schenkeveld, Maria A. (1991). Dutch literature in the age of Rembrandt: themes and ideas. m/s. 6.
  12. ^ Leerssen, J. (1999). Nationaal denken in Europa: een cultuurhistorische schets (dalam bahasa Belanda). m/s. 29.
  13. ^ DeGrauwe, Luc (2002). Emerging Mother-Tongue Awareness: The special case of Dutch and German in the Middle Ages and the early Modern Period, in: Standardisation: studies from the Germanic languages. m/s. 99–116.

Pautan luar

sunting