Laksamana Madya William Bligh FRS RN (9 September 1754 – 7 Disember 1817) ialah pegawai Royal Navy British serta juga pentadbir kolonial. Satu dahagi terkenal dilakukan berlaku pada 1789 sewaktu HMS Bounty di bawah ketumbukannya. Justeru, Bligh dan pengikutnya yang setia membuat satu perjalanan yang luar biasa ke Timor, setelah dihanyutkan oleh para pendahagi pimpinan Fletcher Christian dalam pelayaran.

William Bligh
1814 portrait
Gabenor Ke-4 New South Wales
Dalam jawatan
13 Ogos 1806 – 26 Januari 1808
Didahului olehPhilip Gidley King
Digantikan olehLachlan Macquarie
Butiran peribadi
Lahir(1754-09-09)9 September 1754
St Tudy, Cornwall, England, Great Britain
Meninggal dunia7 Disember 1817(1817-12-07) (umur 63)
25 Bond Street, London, England, Great Britan
Tempat persemadianSt Mary-at-Lambeth, Lambeth, London, England
PasanganElizabeth (Betsy) Betham
PekerjaanLaksamana Madya

Lima belas tahun selepas dahagi Bounty, Bligh dilantik sebagai Gabenor New South Wales di Australia, dengan arahan untuk mencegah rasuah dalam perdagangan rum yang dijalankan oleh New South Wales Corps dan dengan itu, mengakibatkan apa yang kini digelar Pemberontakan Rum.