William C. F. Robinson

Sir William Cleaver Francis Robinson GCMGGCMG (14 Januari 1834 – 2 Mei 1897) merupakan pentadbir penjajahan British dan juga bergelar komposer muzik yang pernah pengarang beberapa buah lagu terkenal. Beliau pernah menjadi Gabenor Kepulauan Falkland, Leftenan-Gabenor Pulau Prince Edward, Gabenor Australia Barat, Gabenor Australia Selatan dan Gabenor Negeri-negeri Selat.

Biografi sunting

Robinson merupakan anak keempat dari Laksamana Hercules Robinson. Pada tahun 1858, beliau menyertai perkhidmatan Pejabat Penjajahan sebagai setiausaha peribadi kepada abangnya, Hercules Robinson, Baron Rosmead Pertama, yang kemudian menjadi Leftenan Gabenor untuk St Kitts.[1]

Beliau pernah bernikah pada tahun 1862, dan dilantik menjadi 1Gabenor Kepulauan Falkland pada tahun 1866. Pada 10 jun 1873 dia dilantik menjadi Leftenan Gabenor Pulau Prince Edward yang pertama.[1]

Setelah meninggalkan Pulau Prince Edward beliau telah dilantik sebagai Gabenor untuk Australia Barat untuk tiga penggal – 1875-1877, 1880-1883 dan 1890-1895 – termasuk peralihan koloni kepada pemenrintahan sendiri pada tahun 1890. Beliau membuat KCMG pada 1877 dan GCMG pada1887.[1]

Di antara tiga penggal di pejabat Australia Barat, beliau mengambil alih pejabat Gabenor Negeri-Negeri Selat (1877-1879) dan Gabenor Australia Selatan (1883-1889), pada masa yang sama beliau bertindak sebagai Presiden Suruhanjaya untuk mengatur Pameran Antarabangsa Adelaide Jubilee pada tahun 1887 selain bertanggungjawab memulakan jurusan Sarjana Muda Muzik di Universiti Adelaide.[2]

Robinson bersara dari tahun 1895 ketika berusia 61 tahun, dan meninggal dunia dua tahun kemudian di Kensington Selatan, London, pada 2 Mei 1897.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Carlyle 1901.
  2. ^ "'Varsity Chairs". The News. XVII, (2, 553). South Australia. 23 September 1931. m/s. 6. Dicapai pada 29 May 2016 – melalui National Library of Australia. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)CS1 maint: extra punctuation (link)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)

Pautan luar sunting