William Francis Hillebrand

United States chemist

William Francis Hillebrand (12 Disember 1853 – 7 Februari 1925) ialah seorang ahli kimia Amerika.

William Francis Hillebrand
Frank Wigglesworth Clarke (and others).jpg
Hillebrand, kedua dari kiri di baris atas
Kelahiran(1853-12-12)12 Disember 1853
Meninggal dunia7 Februari 1925(1925-02-07) (umur 71)
WarganegaraAmerika
Pusat pendidikanUniversiti Heidelberg
Kerjaya saintifik
BidangGeokimia
InstitusiTinjauan Geologi Amerika Syarikat
Biro Standard Kebangsaan

BiografiSunting

Beliau adalah anak kepada ahli botani terkemuka, William Hillebrand. Beliau menuntut ilmu di Universiti Cornell[1] dan kemudiannya di Universiti Heidelberg di Jerman di mana beliau menerima Ph.D. pada 1875. Beliau kemudiannya bekerja dengan Robert Bunsen selama dua semester. Kajiannya terhadap logam serium yang beliau dan Thomas Norton pertama kali peroleh pada 1872, memulakan karier akademiknya.

Beliau mengkaji kimia organik selama tiga semester dengan Wilhelm Rudolph Fittig di Universiti Strasbourg, tetapi bertukar ke bidang geokimia dan kaji logam dengan mengaji di Akademi Perlombongan Freiberg. Setelah pulang ke Amerika Syarikat pada 1878, beliau membuka pejabat cerakin (assay office) di Leadville, Colorado pada 1879, dan kemudiannya bekerja sebagai ahli kimia dengan Tinjauan Geologi Amerika Syarikat pada 1880. Pada tahun tersebut, beliau dihantar ke Denver untuk menubuhkan makmal kimia untuk Bahagian Pergunungan Rocky Tinjauan tersebut. Beliau menguruskan makmal ini selama lima tahun, dan kemudiannya dipindahkan ke makmal utama di Washington.[2] Beliau bertukar ke Biro Standard Kebangsaan pada 1909 di mana beliau berkhidmat sebagai ahli kimia utama.[1]

Beliau merupakan profesor kimia am dan fizik di Kolej Farmasi Kebangsaan, dari 1892 hingga 1910; presiden Persatuan Kimia Amerika pada 1906; dan pada 1908 beliau menjadi penyunting Jurnal Kimia Industri dan Kejuruteraan. Beliau adalah penulis beberapa buku dalam subjek kimia.[1]

Anaknya adalah profesor kesusasteraan Inggeris Harold Newcomb Hillebrand (1887–1953).

Kajian terhadap uraniumSunting

Dalam satu analisis terhadap uraninit, sejenis mineral yang mengandungi uranium, beliau telah menemui bahawa satu gas telah terbentuk. Melalui kaedah spektroskopi beliau mendapati gas tersebut ialah nitrogen. Beberapa tahun kemudian pada 1895 William Ramsay telah menjalankan eksperimen serupa dengan mineral-mineral yang mengandungi uranium dan melalui kaedah serupa telah menemui bahawa gas tersebut adalah campuran gas argon dan helium yang ketika itu hanya telah ditemui dalam korona bintang-bintang.

Kajian semula oleh Ramsay terhadap sampel Hillebrand menunjukkan bahawa gas daripada uraninit mengandungi jumlah nitrogen yang banyak.

Hasil kerjaSunting

NotaSunting

  1. ^ a b c Reynolds, Francis J., penyunting (1921). "Hillebrand, William Francis" . Collier's New Encyclopedia. New York: P. F. Collier & Son Company.
  2. ^ Templat:Appletons

RujukanSunting