Buka menu utama

William Henry Harrison ialah Presiden Amerika Syarikat yang ke-9. Beliau dilantik sebagai Presiden pada 4 Mac 1841 dan meninggal dunia 31 hari selepas pelantikan beliau. William H. Harrison adalah presiden Amerika Syarikat pertama yang meninggal dunia ketika masih menjawat jawatan presiden.

William Henry Harrison
William Henry Harrison daguerreotype edit.jpg
Presiden Amerika Syarikat ke-9
Dalam jawatan
4 Mac 1841 – 4 April 1841
Naib PresidenJohn Tyler
Didahului olehMartin Van Buren
Digantikan olehJohn Tyler
Menteri Amerika Syarikat ke Gran Colombia
Dalam jawatan
24 Mei 1828 – 26 September 1829
PresidenJohn Quincy Adams
Andrew Jackson
Didahului olehBeaufort Taylor Watts
Digantikan olehThomas Patrick Moore
Senator A.S.
dari Ohio
Dalam jawatan
4 Mac 1825 – 20 Mei 1828
Didahului olehEthan Allen Brown
Digantikan olehJacob Burnet
Ahli A.S. Dewan Rakyat
dari daerah 1st
Dalam jawatan
8 Oktober 1816 – 3 Mac 1819
Didahului olehJohn McLean
Digantikan olehThomas R. Ross
Gabenor Wilayah Indiana
Dalam jawatan
10 Januari 1801 – 28 Disember 1812
Dilantik olehJohn Adams
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehThomas Posey
Delegasi ke
Dewan Rakyat Amerika Syarikat
dari Wilayah Barat Laut
Dalam jawatan
4 Mac 1799 – 14 Mei 1800
Didahului olehKawasan pilihan raya ditubuhkan
Digantikan olehWilliam McMillan
Setiausaha Wilayah Barat Laut
Dalam jawatan
28 Jun 1798 – 1 Oktober 1799
GabenorArthur St. Clair
Didahului olehWinthrop Sargent
Digantikan olehCharles Willing Byrd
Butiran peribadi
Lahir(1773-02-09)9 Februari 1773
Charles City County, Virginia, Amerika British
Meninggal dunia4 April 1841(1841-04-04) (umur 68)
Washington, D.C., A.S.
Tempat persemadianMemorial Negeri Makam Harrison
Parti politikDemokrat-Republik (Sebelum 1828)
Whig (1836–1841)
PasanganAnna Symmes (k. 1795)
Anak-anak10, termasuk John dan Carter
SaudaraBenjamin Harrison V (Bapa)
PendidikanHampden–Sydney College
Universiti Pennsylvania
TandatanganTandatangan kursif berdakwat
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan United States
Perkhidmatan/
cawangan
Bendera Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Darat Amerika Syarikat
 • militia Wilayah Indiana
Tahun perkhidmatan1791–1798, 1811, 1812–1814
PangkatArmy-USA-OF-07.svg Major General (U.S. Army)
UnitLegion Amerika Syarikat
PerkhidmatanTentera Laut Barat Laut
Pertempuran

Kehidupan awalSunting

William H. Harrison dilahirkan pada 9 Februari 1773 di Charles City, Virginia, Amerika Syarikat. Beliau merupakan anak kepada salah satu Pemimpin Amerika Syarikat, Benjamin Harrison V dan Elizabeth Basset. Ayahnya salah seorang menandatangani Deklarasi Kemerdekaan Amerika. Cucunya kemudian menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-23, Benjamin Harrison.

William Harrison awalnya mengikuti pendidikan kedoktoran, tetapi berhenti setelah ayahnya meninggal dunia. Beliau menyertai ketentaraan dan berkhidmat 7 tahun.

Pada 1812 saat Amerika berperang dengan SHTI, William Harrison yang berpangkat Brigadir Jenderal berjaya menewaskan pasukan SHTI di wilayah barat-laut Amerika Syarikat. Kemenangan ini secara tidak langsung menaikkan namanya menjadi mashyur.

Setelah menamatkan perkhidmatannya dalam bidang ketenteraan, William Harrison kembali semula ke kehidupan biasa dan menjadi ahli perniagaan walaupun perniagaannya menemui kegagalan. Pengalaman beliau yang terkenal di situ lalu dilantik sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat kemudian menjadi Gabenor dan Senator. Pada tahun 1828, William Harrison dipilih menjadi Duta Amerika Syarikat untuk Colombia selama satu tahun. Beliau kemudian diusir kerana menghina Presiden Colombia. Pada tahun 1836, beliau dipilih menjadi calon presiden dari Parti Whig yang baru ditubuhkan. Dalam pemilihan presiden, beliau dikalahkan oleh Martin Van Buren yang kemudian menjadi Presiden Amerika yang ke-8.

Pada 4 Mac 1841 William Harrison dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-9, didampingi wakil presiden John Tyler walaupun menjawat jawatan tersebut selama 32 hari sahaja.

Meninggal duniaSunting

Pada 4 April 1841, Presiden William Harrison disahkan meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru yang dihidapinya kerana terlali lama berdiri di bawah hujan ketika di hari perlantikannya menjadi presiden.

RujukanSunting

  • Buku Presiden-Presiden Amerika Syarikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)

Lihat jugaSunting