William IV dari United Kingdom
William IV (William Henry; 21 Ogos 1765 – 20 Jun 1837) ialah raja United Kingdom Great Britain dan Ireland dan raja Hanover berikutan kemangkatan kakandanya, Raja George IV, pada 26 Jun 1830 sehingga kemangkatannya sendiri hampir tujuh tahun kemudian. Baginda merupakan anakanda lelaki ketiga Raja George III.
Di masa mudanya, William berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja British di Amerika Utara dan Caribbean, oleh itu baginda dipanggil "Sailor King" ("Raja Pelaut") semasa dan selepas pemerintahannya.[1][2] Pada tahun 1789, baginda diberikan gelaran Duke Clarence dan St Andrews. Oleh sebab kedua-dua kakandanya mangkat tanpa meninggalkan waris, baginda menaiki takhta ketika berusia 64 tahun dan merupakan orang yang tertua menaiki takhta British. Pemerintahannya bertepatan dengan pembaharuan kebajikan golongan miskin, pengetatan buruh kanak-kanak, penghapusan sistem perhambaan di hampir seluruh Empayar British dan pembaharuan sistem pengundian British di bawah Akta Pembaharuan 1832. Walaupun baginda tidak bermain peranan yang aktif dalam politik semacam ayahanda dan kakandanya, baginda merupakan raja British terakhir yang melantik seorang Perdana Menteri bercanggah dengan kehendak Parlimen. Adindanya Putera Adolphus yang mewakili baginda sebagai pemangku raja di Hanover menggubalkan sebuah perlembagaan yang liberal bagi Hanover, meskipun perlembagaan itu tidak bertahan lama.
Semua anakanda-anakanda William IV dengan isterinya Adelaide dari Saxe-Meiningen mati awal, tetapi baginda mempunyai sepuluh orang anak tidak sah taraf dengan seniwati Dorothea Jordan yang merupakan perempuan simpanannya selama 20 tahun. Selepas baginda mangkat pada tahun 1837, baginda digantikan oleh anakanda saudaranya Victoria sebagai Ratu United Kingdom dan adindanya Ernest Augustus sebagai Raja Hanover.
Rujukan
suntingWilliam IV dari United Kingdom Cabang kadet bagi Kerabat Welf Tarikh keputeraan: 21 Ogos 1765 Tarikh kemangkatan: 20 Jun 1837
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh George IV |
Raja United Kingdom 26 Jun 1830 – 20 Jun 1837 |
Diikuti oleh: Victoria |
Raja Hanover 26 Jun 1830 – 20 Jun 1837 |
Diikuti oleh: Ernest Augustus | |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh The Viscount Melville sebagai First Lord of the Admiralty |
Lord High Admiral 1827–1828 |
Diikuti oleh: The Viscount Melville |
Gelaran Kehormat | ||
Didahului oleh The Duke of York and Albany |
Great Master of the Order of the Bath 1827–1830 |
Kosong Gelaran dipegang kemudian oleh The Duke of Sussex |